Sunday, March 09, 2014

MH370: Kehilangan Masih Misteri- Kemungkinan Tindakan Teroris

Kehilangan pesawat MH370, merupakan misteri. Apa yang peliknya, sebaik sahaja Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun beberapa jam sebelum itu, pesawat itu hilang daripada radar kawalan DCA Malaysia pada pukul 2.40 pagi Sabtu.

Pakar keselematan penerbangan mengaitkan kehilangan misteri kapal tersebut ada hubungan dengan keganasan, memandangkan terdapatnya 4 suspek menaiki pesawat itu, dua penumpang menggunakan passport palsu, manakala dua lagi belum diumumkan.

Spekukasi terkini, ada yang mengatakan bahawa kapten penerbangan tersebut Zaharie Ahmad Shah,53 adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang- Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun, tiada pengesahan mengenainya.

Adalah satu keadaan luarbiasa, pesawat yang sudah berada dalam zon selamat, atas sebab sudah berada pada ketinggian 35,000-40,000 kaki atas permukaan laut, dan pada zon auto pilot sudah diaktifkan, tiada panggilan kecemasan, kemudian pesawat itu hilang tanpa dikesan sehingga kini.

Kawasan laut dan darat telah diharungi, namun tidak dapat mengesan pesawat itu. Kalau pesawat itu terhempas, sudah tentu ada bangkai dan serpihan. Namun, sehingga kini, tiada tanda-tanda bahawa pesawat itu terhempas, melainkan satu kesan minyak sepanjang 10-15 kilometer setiap satu dikesan di Selatan Vietnam, di mana pesawat malang itu terakhir dikesan. Namun pemerikasaan di tempat kejadian, tiada tanda-tanda pesawat itu terhempas di kawasan itu.

Pihak pencari kini, bukan sahaja menumpukan di kawasan di mana pesawat itu hilang daripada radar, akan tetapi meliputi barat Semenanjung termasuk Selat melaka, memandangkan ada tanda2 pesawat itu berpatah balik. Jika berpatah balik, telah mendarat di mana? kawasan terdekat adalah lapangan terbang Indonesia, Mnymar atau Srilanka, kerana minyak dalam pesawat itu adalah mencukupi menuju wilayah itu.

Anggapan pakar keselematan penerbangan, adalah sesuatu yang pelik, mengapa pesawat itu hilang dengan misteri; melainkan tindakan manusia yang menguasai pesawat itu, yang boleh menyebabkan pesawat tidak dapat dikesan, iaitu melalui mengnonaktifkan semua panel yang dapat mengesan signal pesawat itu.

Selepas 24 jam pesawat itu hilang secara misteri di atas lautan China Selatan, petanda yang ada daripada 239 penumpang pesawat itu, terdapatnya 4 penumpang yang mencurigakan.

Berhubungan dengan kehilangan pesawat MH370 dengan misteri, dan terdapat penumpang yang mencurigakan, pihak berkuasa Malaysia telah berhubungan dengan FBI Amerika Serikat, bagi mengetahui status 4 penumpang yang mencurigakan.

Kehilangan pesawat Mas Boeing 777-200ER mungkin juga ada hubungan dengan pergolakan politik di Selatan China, Kunming, di mana pada minggu lalu berlaku serangan berani mati dengan mengorbankan 33 orang dan mencederkan 143. Kerajaan China menganggap serangan di China itu seperti "9-11" serangan terhadap Twin Towers di New York Amerika tahun 2001.

Adalah mencurigakan bahawa dua penumpang yang menggunakan passport curi telah membeli tikit melalui kaunter tikit Southern Airline, milik kerajaan China, dimana Mas mempunyai sharing code penerbangan.

Terlalu awal untuk membuat kesimpulan berhubungan dengan kehilangan pesawat itu, namun sebagai rakyat Malaysia, kita hanya mampu berdoa agar semua penumpang dalam pesawat itu terselamat.

No comments:

Blog Archive