Tuesday, March 18, 2014

MH370: Dirampas Oleh Seseorang Yang Mempunyai Kepakaran Ketenteraan

Teori terkini dihubungkan dengan pesawat malang Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370, bahawa seseorang yang pakar mengendali pesawat yang terlatih mengendali pesawat pejuang tentera kemungkinan menguasai pesawat malang itu. Selain itu, transponder pesawat itu, sebenarnya ditutup tanpa disedari pilot atau co-pilot, atas sebab itu, sebelum terputusnya hubungan dengan menara trafik udara Subang, co-pilot dengan selamba mengucapkan selamat malam kepada menara Subang, kerana pesawat akan memasuki ruang udara Vietnam (sebelum ini, dikatakan pilot pesawat itu yang mengucapkan salam terakhir "All Right, Goodnight".

Kemungkinan besar pesawat malang MH370, dikuasai lebih seorang, yang diketuai oleh seseorang yang mahir menerbangkan pesawat pejuang.

Teori bahawa pesawat mampu mengelak daripada dikesan radar, adalah melalui "terrain masking" dengan menerbangkan pesawat serendah mungkin, seperti mana yang dilakukan oleh juruterbang pesawat pejuang. Tujuan terbang rendah adalah untuk mengelak di kesan sebarang radar. Namun cara ini, akan memendek jarak penerbangan pesawat. Berasaskan data satellite, kali terakhir pesawat menghantar blip adalah 8.11 pagi Sabtu 7 jam selepas terputus hubungan dengan menara Subang. Radar militri Malaysia mengesan pesawat itu pada 2.40 pagi di utara Pulau Pinang.

Jika "terrain masking" berlaku, maka pesawat besar kemungkinan pernah mendarat untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangan. Kemungkinan kawasan yang disinggahi adalah kawasan "golden triangle" kawasan pengeluar dadah di Asia Tenggara. Adalah percayai terdapatnya "strip" di kawasan itu yang boleh menampung pendaratan pesawat seperti B777.

Melalui kaedah "terrain masking" dengan dibantu alat komunikasi yang boleh "filter" komunikasi, pesawat dapat mengelak dikesan radar awam atau tentera.

Satu tanda tanya besar, kali terakhir pesawat dikesan di utara Pulau Pinang ke arah ruang udara Thailand Mnymar di mana golden triangle berada; kemudian Thailand terlalu lambat memberi bantuan, juga Mnymar; besar kemungkin dua negara itu mempunyai maklumat berkaitan pesawat malang itu.

Adalah tidak pelik, bahawa penumpang telah diturunkan di kawasan golden triangle sebelum pesawat meneruskan misi membawa bekalan dadah yang berjumlah besar. Jangan ambil remeh teori ini.

Tindakan penerbang pada awal hilangnya pesawat daripada radar dengan menerbangkan pesawat pada ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut adalah untuk "knock out" penumpang termasuk pilot dan co-pilot kerana pada ketinggian itu, penumpang akan jatuh pingsan, jika tidak memakai corong oksigen.

Melalui teori terbaru ini, anggapan bahawa juruterbang pesawat malang itu adalah disebalik kehilangan pesawat malang itu, sebenarnya hanya spekulasi. Apa yang mendekati kebenarnan, adalah memang berlaku "terrain masking" dan pesawat dikuasai oleh seseorang yang mempunyai kepakaran menerbangkan pesawat pejuang. Dalam senarai penumpang, sudah pasti dapat dikesan profile siapa kah seseorang itu?

2 comments:

Anonymous said...

2 org iran tu agen israel tapi tak mungkin dia merampas kapal terbang kerana tidak membawa apa senjata. Kawalan keselamatan air amat ketat. Bukan senang nak masuk cokpit kalau tidak dibuka dari dalam. Hanya juru terbang israel saja yg boleh mengelak pesawat dari dikesan radar sebagaimana mereka lakukan semasa jet pejuang israel menyerang pusat nuklear iraq semasa zaman sadam hussin tahun 80an

Anonymous said...

2 org iran tu agen israel tapi tak mungkin dia merampas kapal terbang kerana tidak membawa apa senjata. Kawalan keselamatan air amat ketat. Bukan senang nak masuk cokpit kalau tidak dibuka dari dalam. Hanya juru terbang israel saja yg boleh mengelak pesawat dari dikesan radar sebagaimana mereka lakukan semasa jet pejuang israel menyerang pusat nuklear iraq semasa zaman sadam hussin tahun 80an

Blog Archive