Friday, March 14, 2014

MH370: Dirampas Kemudian Terhempas?

Maklumat terkini menyelubungi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) B777-200ER MH370 mengsyahkan temuan awal radar TUDM bahawa pesawat malang itu berpatah balik ke arah barat Semenanjung.

Para pegwai Amerika Syarikat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk krew yang berlepas daripada KLIA 12.41 pagi Sabtu laluan Kuala Lumpur Beijing, China; percaya bahawa dua sistem komunikasi yang berada dalam pesawat itu dinoaktifkan berasingan selang 14 minit; maklumat ini menunjukkan bahawa pesawat tidak mengalami gangguan mekanikal atau kehilangan kuasa atau kerosakan enjin.

Sistem penghantar data (data reporting system) ditutup pada 1.07 pagi dan yang kedua ditutup pada pukul 1.21 pagi, sebaik sahaja Juruterbang signed off dengan Menara Trafik Udara Subang dengan kata-kata akhir "All right, good night" kemudian pesawat hilang daripada radar dan kemudian menukar arah menuju barat.

Tindakan menutup transponder (alat komunikasi) merupakan tindakan terancang dan disengejakan. Faktor ini lah yang membawa kepada pasukan penyiasat kehilangan pesawat malang itu, bahawa tindakan manusia merupakan penyebab kehilangan misteri MH370. Tindakan menutup alat komunikasi adalah bertujuan agar supaya tidak dapat dikesan, walaupun pesawat masih meneruskan penerbangan.

Walau semua alat komunikasi pada pesawat malang itu semuanya dinonaktifkan atau ditutup, namun pesawat tetap menghantar signal yang dipanggil "pings" daripada ACARS yang berada dalam pesawat itu terus ke satellite. Sebenarnya melalui signal pings, akan diketahui lokasi, kelajuan dan ketinggian pesawat sekurang-kurangnya 5 jam selepas ianya hilang misteri daripada radar. Data daripada Immarsat- Syarikat Telekomunikasi British menunjukkan pesawat terbang pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, namun pihak Amerika enggan mendedahkan lokasi terakhir pesawat itu menghantar data dan tidak tahu mengapa saluran data terhenti. Walau bagaimanapun, Amerika mengubah liputan pencarian dan menyelamat ke kawasan lautan Hindi kira-kira 1,600 km daripada Kuala Lumpur.

Teori: Lingkaran menunjukan jangkaun jarak yang boleh dicapai MH370, sebelum signal ping terputus

Kemungkinan signal pings diputuskan dengan sengaja oleh seorang dalam pesawat, adalah penyebab terhentinya penghantaran isyarat.

Berasaskan data satellite, signal ping berterusan sehingga penerbangan pesawat MH370 berjaya melepasi 2,200 batu nautika daripada posisi terakhir (hilang pada sken radar). Fakta ini menunjukkan bahawa pesawat dalam keadaan baik dan bukan mengalami kemalangan atau kerosakan atau mengalami kegagalan enjin.

Melihat kepada keadaan bahawa signal pings secara tiba-tiba berhenti, teori yang menyokong keadaan itu apabila pesawat kehabisan minyak dan kemudian terhempas. Oleh kerana destinasinya adalah Asia barat/Iran, maka kemungkinan pesawat malang itu jatuh di lautan Hindi; dan kini berada 5,000 kaki dasar laut.

2 comments:

Anonymous said...

Tak habis/habis si Barat-Zionis DAJAL nak salahkan Iran atau "pengganas Islam"!

Bah. Pertama:

Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis termasuk sistem Satellite NSA dan NASA, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ kampung kat pendalaman dan kwsn. Pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya!
Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya akan dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu MAS terhempas di Lautan Hindi?!) dan kenapa tak mengesahkan dahulu hal ini dgn. K’jaan kita! Maka bukti mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Barat-Zionis ini.

Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/ , Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )! Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild (yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)

Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!

Makcik Sambal Belacan.

Tanak Sabah said...

misteri MH370 merupakan satu plot terancang...kalaupun MH370 dalam keadaan selamat, tentunya ia ada dalam cengkaman tentera.

Blog Archive