Thursday, March 13, 2014

MH370: Dipercayai Diterbangkan Ke Negara Ketiga

Imej Satellite yang dikeluarkan negara China telah dibuktikan bukan merupakan bangkai pesawat itu oleh kerajaan Vietnam, kini timbul lagi spekulasi baru, bahawa pesawat malang B777-200ER MH370 sebenarnya meneruskan penerbangan sekurang-kurangnya 4 jam selepas hilang daripada radar menara kawalan udara Subang pada 1.30/2.40 pagi Sabtu.

Pesawat MH370 yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu laluan Kuala Lumpur Beijing, sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Fakta yang menunjukkan bahawa pesawat malang itu meneruskan penerbangan selama itu, kerana data yang diperolehi pembekal enjin pesawat itu Roll Royce, menunjukkan bahawa pesawat malang itu telah meneruskan penerbangan sehingga 5 jam.

Berasakan kepada maklumat itu, maka temuan radar tentera Malaysia, yang mengatakan ada kemungkinan pesawat malang itu berpatah balik, ada kebenarannya.

Penerbangan 5 jam, ada lah clue kepada pasukan pencari dan penyelamat. Kini, radius 2,000 batu dari lokasi pesawat itu hilang merupakan kemungkinan pesawat itu di daratkan.

Memandangkan ada dua warga Iran yang menggunakan passport palsu dalam pesawat, apa kah ada hubungan dengan kehilangan pesawat itu? Mungkin pesawat kini berada di satu lokasi di Iran?

Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew dan kebanyakan penumpang adalah warga China, kini telah masuk hari ke-6 kehilangan misterinya.

Teori kini, rampasan pesawat MH370 akan digunakan untuk tujuan yang lebih besar. Sebelum ini, AYT berspekulasi, apa kah ada hubungan antara sodomi II dengan kehilangan pesawat itu?

Jika benar bahawa pesawat itu didapati selamat dan di darat di satu lokasi rahsia (AYT juga ada menulis sebelum ini melalui blog ini) persoalannya? siapa yang mengnonaktofkan semua transponder pesawat? Hanya seseorang/mereka yang mempunyai ekses dengan kokpit pesawat sahaja yang mampu berbuat demikian. Jika berasaskan kepada pendedahan bahawa co-pilot pesawat itu, pernah melanggar kod-etik apabila membenarkan mereka yang tidak berkepentingan berada dalam kokpit; mungkin pada pesawat MH370 berlaku demikian, dan kebetulan orang yang dijemput itu, telah merancang "merampas" pesawat itu untuk tujuan yang lebih besar. Atau pilot sendiri merupakan biang kerok kepada tindakan itu.

Maklumat daripada angkatan tentera Malaysia, bahawa pesawat berpatah balik dan terbang rendah, menjurus kepada tindakan perampasan.

Clue sejak pesawat malang itu hilang, tiada apa-apa tanda bahawa pesawat mengalami kecemasan. Selama 5 hari Mencari dan Menyelamat yang melibat 42 kapal laut, 39 pesawat terbang, 10 satellite China, perkhidmatan mata-mata Amerika, sehingga kini, tiada tanda-tanda di mana pesawat malang itu.

Namun, clue terakhir apabila Roll Royce mendedahkan bahawa pesawat meneruskan penerbangan, selepas hilang daripada radar sekurang-kurang 4 jam. Dengan clue terbaru ini, Pray For MH370 kembali lah, doa rakyat Malaysia dan dunia, akhirnya dikabulkan.

12 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum...
saya berpendapat tak logik langsung nak kaitkan sodomi dgn kehilangan pesawat. seratus lebih penumpang negara china, nak cari nahas ka kalau pemimpin malaysia sesaja suka hati nak main politik mcm ni...
tak logik langsung kait dgn sodomi.

Anonymous said...

SETUJU

Anonymous said...

SETUJU dengan Anon 15:26

Anonymous said...

Dari semalam lagi aku dah bagitau, flight MH370 tu dah sampai Beijing.Cuba korang semua tengok kat Flightradar24 ni. Memang pesawat tu hilang kat area Vietnam, lepas tu ada semula dalam radar..KLIK LINK BAWAH NI OIIII

http://www.flightradar24.com/2014-03-08/21:53/12x/MAS370/2d9dd5b

Anonymous said...

Sebelum terlupa, apa-apa hal, save benda ni jadi video, takut nanti historynya di delete website tu..

Anonymous said...

Flight tu hilang dari radai kat sini. Cuba korang klik link bawah ni

http://www.flightradar24.com/2014-03-08/19:30/12x/17.67,110.32/7

Anonymous said...

Betul ke date flight tu? Cuba check yang 7/3 (time zone berbeza). Status - canceled.

http://www.flightradar24.com/data/flights/mh370/#2d81a27

Anonymous said...

Takper-takper, cuba tengok sini, tarikh 8 hb 3jugak tapi tengok sampai 17:25 apa jadi kat situ

Anonymous said...

http://www.flightradar24.com/2014-03-08/17:00/12x/MAS370/2d9dd5b


ni linknya

Anonymous said...

Kapten zaharie tu adalah penyokong tegar anuar ibrahim ada gambar beliau semasa menyertai ceramah PKR seperti didedahkan oleh blogger. Kejadian berlaku malam selepas anuar dijatuhkan hukuman pnjara. Namun persiapan mungkin telah dirancang apabila blogger mendedah di rumah beliau terdapat simulasi pesawat sebagai latihan tertentu. Kapten yg dah membuat byk pernembangan masih mau berlatih latih. Dari aspek lebih luas lagi mungkin dibantu oleh agen2 cia/mossad berdasarkan 2 org iran yg tidak mempunyai passport. Kapal terbang mungkin dibawa ke negeri iran satu kawasan rahsia.

Anonymous said...

Paling best untuk kita telitikan ialah the Prime Minister In Making iaitu YB Hishamuddin Tun Hussein. Tahun Lepas bertanggungjawab selaku menteri KDN untuk menangani Pencerobohan Lahad Datu, Kini setahun berlalu kebetulan sebagai Pemangku dan Menteri di 2 Kementerian yang berkait rapat dengah Kehilangan MH 370, harap YB akan terus cool, cermat dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab, selebihnya berserah kepada ketentuan Allah s.w.t.

Anonymous said...

jika benar mh370 didaratkan d tpt lain....amatla brsyukur mndgrnya...
namun pelbagai kemungkinan bole brlaku....Jgnlah bgtu menaruh harapan bsr....Doa kita smg MH370 dpt kmbali dgn selamat dgn izin Allah Taala...bgtu simpati dgn ahli keluarga mangsa yg tentu begitu trnanti-nanti kepulangan mrk...Ya Allah Selamatkanlah mrk semua....

Blog Archive