Thursday, March 13, 2014

MH370: Dijumpai? Negara China Jadi Hero!!!


Satellite negara China sebenarnya telah lama mendapat imej kemungkinan besar pesawat malang Mas B777-200ER MH370, namun menyimpannya, sementara menunggu apakah pasukan Penyelamat dan Mencari (SAR) yang melibatkan Amerika Serikat boleh menjumpai pesawat malang itu secara langsung.

Imej yang berkemungkinan MH370, sebenarnya telah dirakam pada 9 Mac, di lokasi awal liputan mencari dan penyelemat. Namun, pihak peguasa China tidak mengeluarkan imej itu, berhubung ada perkembangan bahawa kononnya pesawat berpatah balik.

Pesawat MH370 hilang daripada radar kawalan menara subang pada 1.30 atau 2.40 pagi Sabtu, selepas berlepas daripada KLIA menuju Beijing destinasi akhirnya. Pesawat itu sepatutnya mendarat pada 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah mendarat.

Imej yang ditemui satellite China itu disokong oleh seorang warga New Zealand yang berkerja di sebuah pelantar minyak di kawasan itu. Pekerja itu mendakwa melihat satu kebakaran berlaku di udara bersamaan pesawat itu hilang.

Walau bagaimanapun, pihak SAR sedang menuju lokasi, setakat ini, belum ada kepastian, apa kah tumpukan di laut itu adalah MH370.

Tindakan pihak penguasa china menyembunyikan penemuan imej dan kemungkinan besar lokasi pesawat MH370 yang malang dan mengemukakannya selepas lima hari pencarian dan menyelamat  sangat dikesali.

Kini pihak China, meminta agar semua pihak berhenti daripada mencari dan menyelemat sebaiknya memperbaiki koordinasi operasi yang melibatkan 42 kapal laut dan 39 pesawat terbang serta 10 satellite daripada China.

Imej yang berjaya ditangkap satellite China itu kemungkinan bangkai pesawat MH370, berukuran 78x72kaki, di kawasan liputan asal, berjarak 141 batu timur daripada lokasi pesawat malang itu hilang daripada radar. Imej satellite itu berjaya ditangkap pada pukul 11 pagi 9 Mac, sehari selepas kehilangan misteri B777-200ER MH370.

Kerajaan Malaysia lambat memberi reaksi berkaitan kehilangan pesawat itu, atas sebab sidang akhbar daripada Menteri Pengakutan hanya diadakan selepas jam 3 petang pada Sabtu, lebih 12 jam selepas pesawat malang itu hilang.

Apa yang menghairankan, pihak Vietnam, kononnya telah memeriksa kawasan itu, semasa operasi lima hari, namun tidak menemukan apa-apa imej yang mencurigakan, kecuali tumpukan minyak yang berkepanjangan masing-masing  10-15 km. Keadaan itu menunjukkan bahawa tumpukan minyak itu berasal daripada MH370, atas sebab B777-200ER adalah pesawat twin engine. Namun, pihak SAR menafikan bahawa tumpukan minyak itu kepunyaan MH370 yang malang itu.

Jika benar, imej yang dijumpai satellite china itu adalah MH370, maka sesuatu yang amat malang, kerana selepas lima hari, ianya baru didedahkan 11 jam yang lalu.

Benarlah andaian AYT sebelum ini, bahawa ada pihak tertentu mengetahui di mana pesawat itu, namun menyembunyikannya, agar supaya ianya menjadi hero.

No comments:

Blog Archive