Monday, March 17, 2014

MH370: Apa Tujuan Perampas?

INI yang muskil hingga kini. Apa tujuan perampas merampas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) B777-200ER MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk krew yang berlepas daripada KLIA menuju Beijing pada pukul 12.41 Pada Sabtu 8 Mac 2014.

Setakat ini tiada clue, tiada permintaan, hanya data sateliite yang digunapakai bagi menghidupkan peluang Mencari dan Menyelamat pesawat malang itu bersama penumpangnya.

Telah masuk hari ke-10 kehilangan misteri MH370. Operasi mencari diperluas; satu arah ke selatan dan satu arah ke North West. 25 negara terlibat, yang menjadikan operasi mencari pesawat malang MH370 menjadi deminsi baru hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara yang terlibat. keupayaan Malaysia menyatukan berbagai negara dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat malang itu, terbukti negara ini mempunyai hubungan dan sokongan baik dengan negara-negara yang terlibat khasnya dan dunia amnya.

Apa tujuan perampas? tanpa permintaan?? Masa ini data satellite digunakan untuk menyokong bahawa pesawat dirampas. selain itu, tiada fakta yang boleh menyokong perkara itu. Pihak pencari dan menyelamat, hanya berpandukan kepada data satellite, satu-satunya clue yang digunapakai. Data satellite, menunjukkan kali terakhir pesawat menghantar isyarat berbentuk pings adalah pukul 8.11 pagi 8 Mac, lebih 7 jam selepas pesawat MH370 hilang daripada radar menara kawalan udara Subang. Pings daripada enjin pesawat, mengsahkan bahawa pesawat tidak terhempas di laut, melainkan telah mendarat di satu lokasi di darat.

Apa tujuan perampas? tanpa permintaan? teori pertama adalah sabotej!!! Atas sebab pesawat itu daripada Malaysia, dan lebih separuh adalah warga China, maka perampas mahu mengeruhkan hubungan Malaysia dengan China. Kedua, kerana tahun ini adalah Tahun melawat Malaysia, dan data pelancongan menunjukan sejak sedekad lalu, sumbangan pelancong china terhadap pendapatan negara daripada sektor pelancongan sangat signifikan. Di Asia tenggara, jumlah pelancong China di mana pada suatu masa tertumpu kepada Singapura, kini Malaysia menjadi pilihan utama rakyat china. Ketiga, oleh kerana sejak perang Vietnam berakhir dan luputnya pangakalan tentera Amerika di Subic Filipina, negara adi kuasa itu, semacam kehilangan touch di rantau ini. Peranan itu diambil alih oleh China. Malah negara paling ramai penduduk itu, secara bersendirian telah mengubah ruang udaranya, termasuk di ke pulauan spartly sebuah kawasan yang dipercayai kaya minyak yang dierbut berbagai negara termasuk Malaysia.

Apabila berlaku kehilangan pesawat MH370, maka peluang Amerika meronda kawasan-kawasan seperti teluk Thailand, perairan Vietnam, dan Spartly tanpa halangan. Kehadiran dua kapal perang canggih USS Kids dan Pasedon yang mempunyai kemampuan mengupload maklumat, adalah satu pentunjuk, bahawa kehilangan pesawat MH370, ada hubungan dengan teori ini.

Maklumt yang digunapakai kini, adalah seseorang di dalam kokpit pesawat yang mempunyai kemahiran selain kepakaran menerbangkan pesawat juga mahir dalam peralatan komunikasi pesawat. Maklumt kini, dikatakan sebaik sahaja pesawat mengudara daripada KLIA pada 12.41 Sabtu, sebelum merentasi pantai Timur Kelantan, seseorang dalam kokpit pesawat dengan sengaja mematikan transponder perhubungan. Transponder pertama tertutup penuh pada pukul 1.07 pagi, yang kedua 1.21 pagi sebaik sahaja pilot mengucapkan selamat malam kepada menara Subang; 9 minit kemudian, pesawat hilang daripada radar.

Radar militri mengesan pesawat itu kali terakhir pada 2.40 pagi 320 km di utara Pulau Pinang. Sehingga kini, tiada lagi maklumat berkaitan pesawat malang itu, kecuali data satellite yang menunjukkan pesawat itu tidak mengalami kemalangan, atas sebab pings dihantar sehingga 8.11 pagi sabtu.

Kini, disebabkan tiada tuntutan, tiada permintaan, tiada tanda-tanda ada teroris di dalam pesawat, kecuali 2 warga iran yang menggunakan passport palsu dan disahkan oleh interpol tiada hubugan dengan keganasan, dan tujuan mereka berdua, hanya mahu menetap di negara barat. Akan tetapi, satu persoalan besar, 2 orang iran selepas tiba di malaysia, membeli passport palsu dengan harga USD33,000; indikasi ini, biasanya adalah modus operandi perampas/lanun, kerana perampas yang bermotifkan wang, biasanya bersedia melabur. Namun, mengapa hingga kini, tiada tuntutan? tiada permintaan? ini yang menjadikan kehilangan B777-200ER MH370 merupakan misteri abad ini, meskipun penekanan pihak2 tertentu mengaitkan pesawat malang itu dirampas oleh juruterbangnya sendiri. Sebabnya, protes!!! ada hubungan dengan perbicaraan sodomi II pada 7 Mac, atas sebab juruterbang itu turut hadir semasa Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat. Selang beberapa Jam, Kapten Zaharie Ahmad Shah menjadi penerbang kepada pesawat malang itu. Boleh sahaja teori ini, dikaitkan dengan juruterbang itu, dengan alasan protes, dan perampasan pesawat malang itu atas tujuan politik, atas sebab beliau merupakan ahli PKR seumur hidup bagi cabang Subang. Namun, ramai yang meragukan tindakannya.

Satu persoalan besar, selain hilangnya misteri pesawat MH370, juga tujuan rampasan pesawat itu juga misteri.

2 comments:

Anonymous said...

Pesawat tu bukan dirampas tapi dilarikan oleh ahli seumur hidup PKR yg jadi pilot dgn bantuan perisik asing Cia/ mossad bagi memalukan kerajaan dato najib. Tgk saja mereka mengutuk cara kerajaan bertindak. Di burukkan lagi dihantarkan bomoh ke lokasi dgn mendapat liputian meluas dari media barat. Sebab tu hingga kini tiada tuntut yg dibuat. Yang iran tu cuma sebagai penumpang saja bila berlaku kapal terhempas mereka disahkan sebagai pengganas tapi sebenar agen perisik membantu pilot aspek teknikal dan arah tujuan.

Anonymous said...

satu lagi bagaimana dgn saksi2 (nelayan dll) yg mendengar letupan dan kapalterbang yg terbakar tu..? rasanya info mereka ni lebih dipercayai dari info yg dibekalkan oleh amerika.... tak mungkin mereka menipu..... dlm press conference tak da lak wartawan yg bangkitkan soal ni....

Blog Archive