Latest News

MH370: Apa Kah Memang Mahu Ke Diego Garcia?

Kehilangan pesawat B777-200ER MH370 pada 8 Mac, kini memasuki hari ke-15 dan operasi mencari dan menyelamat masih berterusan, namun belum juga ditemui. Operasi mencari dan menyelamat tetap berusaha menemukan pesawat malang itu, menemui seripihannya pun sudah dianggap memadai; setidak-tidak dapat merugkai kehilangan pesawat malang itu.

Penumpuhan operasi, kini berlokasi 1,500 batu barat laut Perth, Australia; di mana dua objek berukuran 78 kaki dipercayai milik pesawat malang itu dikesan oleh satellite Amerika yang berlokasi di Alice Spring, Australia.

Selama seminggu, tumpuan operasi mencari dan menyelamat berlokasi di Laut China Selatan, laluan asal pesawat itu, kemudian diperluas ke Selat Melaka, atas sebab dikesannya pesaawat malang bersama 239 penumpang bersama krew yang berlepas pada 12.41 Sabtu 8 Mac pada pukul 2.40 pagi 320 kilometer di utara Pulau Pinang. Selepas itu, maklumat mengenai pesawat malang itu tidak diketahui, atas sebab itu, pencarian diperluas kepada dua koridor luas yang meliputi utara dan selatan. Apabila negara di utara memastikan bahawa pesawat itu tidak mungkin dapat melalui ruang udaranya tanpa dikesan, maka penumpuan beralih ke selatan, atas sebab wilayah selatan hanya merentasi ruang udara Indonesia. Atas faktor ketidak pedulian, negara jiran itu, atas sebab pesawat itu adalah pesawat komersial, lagi pun terbang melalui laluan yang biasa untuk pesawat komersil, maka radar tentera Indonesia, besar kemungkinan megesan pesawat malang itu, namun tidak memperdulikannya.

Selepas diistiharkannya dua koridor pencarian, pada awalnya negara-negara yang terlibat, menemui kesukaran terbang di ruang udara Indonesia, atas sebab dilarang berbuat demikian; namun kemudian, dibenarkan juga. Memang negara itu, turut sama dalam operasi SAR pada awalnya, terutama di Selat Melaka, namun seperti Thailand lambat berkongsi maklumat, mengenai maklumat radar tenteranya berkaitan pesawat malang itu.

Amerika pula, selepas meronda Teluk Thailand, Lautan China Selatan dan kemudian ke Selat Melaka, kemudian memutuskan ke lautan Hindi dan menyebut Kepulauan Andaman wilayah India, dan segan menyebut pengalanannya yang berada di Lautan Hindi, Diego Garcia.


Kini hampir dipastikan bahawa pesawat MH370, terhempas di sebelah timur Diego Garcia; adalah tidak dapat dinafikan kemungkinan besar pesawat itu menuju pengkalan tentera itu, namun kehabisan minyak, maka gagal mendarat. Seripahan kemudian hanyut ke arah selatan, kerana arus laut lautan Hindi, sungguh kuat menuju ke arah Antartika.


AYT kurang arif menggunakan google untuk mengira jauhnya antara Kuala Lumpur dengan Diego Garcia, namun berasaskan peta muka bumi, Diego Garcia lebih hampir dengan Kuala Lumpur berbanding lokasi, dimana serpihan yang diperkirakan berasal daripada pesawat malang itu dikesan. Mungkin ada pembaca dapat berkongsi, dalam segi jarak berkaitan teori ini.


Seperti sangkaan awal, bahawa berlakunya tangan ghaib mengapa pesawat itu terbang ke arah selatan, sebabnya, selama 6-7 jam penerbangan, jika pesawat mengalami masalah teknikal, sudah tentu pesawat itu tidak mampu terbang sejauh itu; kecuali pesawat dalam keadaan baik, akan tetapi kerana berlakunya masalah bukan teknikal, seperti kehilangan oksigen secara tiba-tiba yang menyebabkan penumpang dan krew jatuh pingsan, dan pesawat terus terbang dengan auto pilot.


Teori;- Pilot, berpatah balik, kerana kabin mengalami kehilangan oksigen secara tiba-tiba. Selepas program mengubah arah berpatah balik, pilot dan co pilot knock out, keadaan ini sokong oleh fakta data radar, bahawa pesawat mulanya naik sehingga 45,000 sambil berpusing ke arah Kuala Lumpur, kemudian turun 23,000 sebelum hilang daripada radar. Kali terakhir suara daripada kokpit didengar pada 1.21 pagi, dipercayai daripada co-pilot, 8 minit kemudian pesawat hilang mutlak daripada radar awam. teori kedua, memang pilot/co-pilot atau seseorang memerintahkan agar pesawat di arah ke selatan. Pilot/co-pilot tidak dapat menghantar panggilan kecemasan, atas sebab semua transponder dimatikan. Pesawat terus terbang ke lokasi yang dikehendaki perampas, namun bekalan minyak tidak cukup untuk sampai ke lokasi yang dituju, maka pesawat terhempas ke laut. Apabila pesawat terhempas ke lalut, mengapa ULB=under water locator beacon tidak berpungsi? dan mengapa ELT= Emergency locator transmitter tidak berfungsi? sedangkan apabila alat ini terkena permukaan air, ianya secara automatik akan berfungsi dan terus menghantar signal.


Teori ke tiga, kemungkinan pesawat itu sudah mendarat di lokasi yang dituju (Diego Garcia), selepas mengosongkan pesawat, maka dengan sengaja pesawat diterbangkan semula dan dihempaskan ke laut. Tindakan seumpama itu, kemungkinan berlaku, atas sebab enjin pesawat telah menghantar blips/pings sehingga 8.11 pagi, lebih sejam pesawat malang itu sepatutnya mendarat di Beijing, iaitu pada 6.30 pagi.Tempoh masa itu, mencukupi menghilangkan jejak pesawat malang itu.


Teori ke empat, pesawat itu memang mahu dicuri, dan diterbangkan ke lokasi yang sukar ditemui, iaitu di tengah negara Austrlia, namun tanpa alat navigasi dan bantuan radar, maka pesawat tersesat ke lokasi di mana serpihan pesawat malang itu ditemui, atas sebab kehabisan minyak, maka jatuh lah.

0 Response to "MH370: Apa Kah Memang Mahu Ke Diego Garcia?"

Blog Archive