Latest News

MH370: Ada Di Pakistan?

Seorang jeneral pesara Angkatan Udara Amerika Rtd General Thomas McInerney memberi tahu Fox news pagi ini, bahawa kemungkinan besar pesawat malang MH370 berada di suatu lokasi di Pakistan. Walau bagaimanapun, jeneral itu tidak memberi tahu alasannya, mengapa pesawat malang itu ada berada di situ.

Berasaskan bekalan minyak yang ada dalam pesawat malang itu, Pakistan boleh dicapai.

Andaian pesawat malang MH370 masih intake, atas sebab, pesawat itu masih menghantar blips terakhir pada 8.11 pagi sabtu, lebih 7 jam selepas berlepas. Indikasi itu, menunjukkan bahawa pesawat malang itu telah mendarat di suatu lokasi rahsia.

Setakat ini, belum ada pengesahan daripada Pakistan, apa kah pesawat itu dikesan atau sebaliknya di wilayah negara itu.

Andaian jeneral pesara US Air Force itu, bahawa pesawat malang itu berada di Pakistan, atas sebab kumpulan Al_Qaeda atau Taliban bersembunyi di negara itu; walaupun sebelum ini, juru cakap Taliban, menafikan pengelibatan kumpulan itu terhadap kehilangan misteri MH370.

Andaian pesara Amerika itu, disandarkan kepada tindakan Amerika menghentikan operasi mencari dan menyelamat menggunakan kapal laut, sebaliknya menggunakan pesawat yang mampu terbang jauh, PC-8. Tindakan Amerika itu, menurut pesara itu, memberi isyarat, bahawa negara adi kuasa itu mengetahui sesuatu. Selain itu, tindakan Isreal mengetatkan ruang udaranya, juga menunju kepada andiannya itu, bahawa negara musuh Palestine itu mempunyai maklumat tertentu.

Pesawat sebesar B777 boleh memuatkan banyak persenjetaan pemusnah, dan boleh digunakan menghancurkan kapal perang Amerika, atau pengkalan tentera negara adi kuasa itu, atau lokasi ketenteraan Isreal. 
 
Jika demikian berlaku dengan MH370, maka penumpang dan krew merupakan mangsa kepada satu rampasan kapal terbang. Perampas bukan sahaja mahir mengendali pesawat, juga mahir dalam peralatan komunikasi pesawat seperti B777.

0 Response to "MH370: Ada Di Pakistan?"

Blog Archive