Sunday, March 09, 2014

Kehilangan MH370- Jangan Pandang Remeh Tindakan Juruterbang!!!

Kerana sehinggakini, tiada clue yang boleh digunapakai sebagai penyebab, mengapa pesawat boeing 777-200ER bernombor MH370 itu hilang secara tiba-tiba, jangan pandang remeh peranan juruterbang.

Maklumat disemua pihak, bahawa sebelum pesawat itu hilang secara tiba-tiba daripada radar menara kawalan, tiada panggilan kecemasan atau kod rahsia yang diterima daripada juruterbang, bahawa pesawat dalam keadaan kecemasan.

Selepas 24 jam kehilangan pesawat, kini terbongkar bahawa juruterbang pesawat itu Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat; hal ini terbukti melalui posting di facebook beliau Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang sangat negatif terhadap kerajaan of the day. Apa kah ada kaitan kejadian di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 Mac? dimana secara kebetulan bernombor sama dengan penerbangan itu?

Selain itu, ada maklumat bahawa sebuah pesawat yang sedang terbang pada masa yang sama dikatakan berjaya menghubungi pesawat malang itu, melalui permintaan kerajaan Vietnam, kerana menara kontroller di Vietnam gagal mengesan apa kah pesawat MH370 memasuki ruang udaranya. Menunut maklumat itu, keadaan semasa MH370 dihubungi, sangat bising, dan dipercayai yang menjawab panggilan itu adalah co-pilot, sebelum hubungan terputus.

Apa kah kehilangan pesawat MH370, ada hubungan dengan tindakan juruterbang? kerana pada tahun 1997 pernah berlaku tindakan nekad juruterbang, apabila penerbangan Silkair 185 terjunam di Sungai Palembang, Indonesia, kerana juruterbang bertindak bunuh diri.

Misteri masih menyelubungi kehilangan MH370. Sehingga kini, tiada clue sebagai tanda di mana pesawat itu. Kesan minyak di jumpai di perairan Vietnam tidak menemukan sebarang kesan kepingan pesawat, jika pesawat itu terhempas. Kini, usaha menyelam di kawasan di mana lokasi pesawat memberi signal terakhir akan dilakukan. Usaha ini, sungguh mencabar, atas sebab kedalaman laut di kawasan itu antara 3,000-4,000 meter.

Kemugkinan juga boleh berlaku, bahawa pesawat terjunam secara vertikal, sehingga memungkinkan pesawat akan terus memasuki dasar laut, tanpa terpecah. Jika ini berlaku, maka serpihan agak sukar ditemui.

Apa yang pelik, menurut radar yang mengambarkan pergerakaan pesawat malang itu, bahawa pesawat bergerak dengan kelajuan sekitar 400 kts dan dalam keadaan menaik pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut. klik data pesawat sebelum hilang daripada radar.

Kerana tiada panggilan kecemasan, tiada kod berpatah balik atas sebab masalah teknikal, dan pesawat dengan baik terbang menurut kelajuan yang betul, dan selepas itu hilang daripada radar, dan laporan pesawat lain, bahawa keadaan dalam kokpit selepas pesawat dapat dihubungi sangat bising, ada kemungkinan berlaku pergelutan antara co-pilot dan pilot? Jika teori, pesawat menjunam, maka ada kemungkinan pesawat itu kini berada di dasar laut sekitar tempat di mana pesawat itu hilang di radar menara kawalan.


18 comments:

Anonymous said...

Besar kemungkinan.Jika inilah yang dilakukan maka syabas PKR hangpa memang mempunyai ketua yang hebat.

Cukup hebat!

Anonymous said...

Bukan hendak percaya kepada teori ini, kemungkinan tetap ada, kerana di atas factor ketaksuban melampaui batasan kewarasan manusia. Apa sahaja yang telah didoktrin hingga meresap ke dalam jiwa raga. Tidak mustahil ada yang sanggup membuat kerja gila semata-mata politik duniawi. Contoh: Ibrahim Libya, "Imam Mahadi" menyerang Putrajaya, perhimpunan haram bersih, perhimpuan haram reformasi dll. Mereka menggelarkan ini semua sebagai perjuangan suci jihad . Sanggup mempercayai mereka akan mati syahid memperjuangkan politik sempit duniawi ini. Mungkinkah ini tidak benar. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui.

Anonymous said...

bukan sahaja ketua PGayR hebat, tapi juga berdolat (aku tulis ikut budak terencat akal bernama Abby aBabi tulis- "berdolat" tau, bukan berdaulat....)

Muahahahaha....

Anonymous said...

jahanamlah MAS macamni kalau pilotnya bertindak sedemikian

Anonymous said...

Kem. Luar diharap JANGAN membenarkan perisik Amerika/British mahupun S'pura menyiasat - kerana CIA-MI6 dan perisikan S'pura dikuasai Mossad-ZIONIS! Baik panggil Kedutaan Russia utk. membantu - yg. punya pakar terkemuka dan bukan pengampu Barat-Zionis! Lagipun kan ada rakyat Russia yg. juga penumpang MAS itu.

Walaupun kita dalam kesedihan ini, jgn. lalai dgn. mempertahankan keselamatan agama, bangsa dan negara, dgn. memberi peluang kpd. musuh-musuh DALANG-DUA-MUKA KAPIR DAJAL mengambil peluang!

Saya syaki, kejahatan perampasan pesawat MAS kita ini, mungkin perbuatan CIA-Mossad, yg. berkaitan politik Geopolitik yg. paling dajal, dgn. tujuan, seumpama peribahasa “killing two birds with one stone” (mensasarkan Malaysia dan China dgn. sekali gus - lihat bagaimana pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas - di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013):

1. Menghuru-harakan China dan menambah kebencian pd. Islam/umatnya, oleh rakyat China dan Bukan Islam di M'sia serta seluruh dunia, kerana 'PENGGANAS' akan dituduh dari umat Islam Xinjiang kononnya. Tengoklah tuduhan si BETINABANGKAIBABIDAP!

2. Maka, Malaysia dan China akan dipaksa utk. menerima kerjasama dari Barat-Zionis, terutamanya CIA dan MI6. dan inilah yg. dimahukan si PAP-DAPBANGKAI, yg. disyaki ditaja CIA-MI6-Mossad.

3. UMNO, k'jaan Islam/Melayu dan MAS kita akan terus dipersalahkan. Bahkan rakyat Cina di China juga akan dihasut membenci BUMIPUTERA Islam/Melayu di Tanah Melayu ini.

4. MAS akan dipaksa utk. bergabung dgn. syarikat Barat-Zionis - spt. sy. penerbangan Arab-Islam yg. telah di'Barat-Zionis'kan contohnya Emirate, Qatar dan Etihad Airlines.

Saya juga berharap mana-mana pegawai k'jaan terutamanya yg. Islam/Melayu jgn. bagi lagi maklumat terutamanya di WhatsApp dan Facebook tentang maklumat peribadi yg. menyeluruh atau awam, terutamanya tentang tugasan diplomatik di luar negara dan dlm. negara juga. Facebk dan WhatsApp dikuasai Mark Zuckerberg, yg. disyaki antara Zionis plg. licik tapi plg. mrbahaya - yg. disyaki agen CIA-Mossad.

Semoga ALLAH SWT menyelamatkan penumpang MAS ini semua, INSYA-ALLAH, tapi memang sedih betul.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

jika benar2 terhempas tunggu perbualan dalam kotak hitam jika dijumpai..akan terungkai segala mistri..

Anonymous said...

teori sabotaj staf pesawat tidak boleh disangkal. dengan ketinggian 35000 kaki, sekiranya pesawat mengalami sebarang kegagalan teknikal sehingga kehilangan kuasa, tempoh untuk sampai ke permukaan bumi (darat atau laut)adalah selama 5 hingga 10 minit (melayang dalam keadaan vertikal, bukan menjunam). tempoh masa yang agak panjang untuk pesawat memberi makluman kecemasan. bagaimanapun tiada apa-apa tanda, isyarat atau signal pesawat mengalami kegagalan atau bermasalah. melalui radar tudm, pesawat disahkan berpusing balik. jika menghala semula ke klia atau arah barat, pesawat sepatutnya semakin hampir dengan kedudukan menara kawalan dan radar. soalnya kenapa tiba-tiba 'menghilangkan diri' dari cerapan radar? dan sebaik hilang dari cerapan radar, pesawat tersebut masih berjaya dihubungi oleh sebuah pesawat lain yang sedang dalam penerbangan ke narita, jepun. dengan radar dca gagal berhubung tetapi dengan pesawat lain boleh berkomunikasi. apa yang telah dilakukan oleh staf pesawat? bunyi bising dan tersekat-sekat seperti dilaporkan oleh anak kapal ke narita tersebut mungkin boleh memberi klu. kapten pesawat tersebut dipercayai adalah penyokong tegar pembangkang (belum disahkan secara rasmi)juga boleh menjadi klu. apakah ada konspirasi berlaku di dalam pesawat dengan arahan dari luar? berbagai teori dan andaian dikeluarkan. walaubagaimanapun, kita berharap sangat agar semuanya dipermudahkan. juga tiada sebarang konspirasi politik atau pembabitan pengganas (2 penumpang menggunakan passport palsu)atau kuasa asing dalam misteri ini.

Anonymous said...

adakah orang yang sanggup MATI demi abng Non

Anonymous said...

Saya syak yg. HILANG Passport tu ejen-ejen Mossad-CIA; maka Kem. Luar kita juga harus minta siasatan terperinci terhadap dua rakyat Eropah Itali dan Austria tersebut; jgn. hanya tumpukan pd yg. 'mencuri' passport mereka! Ramai rakyat Eropah yang juga ejen ZIONIS (lihat http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014)!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Don't discount that probabilities

Anonymous said...

setelah lahabau d jatuhkan hukuman penjara.. ada sekor mangkuk dah buat statement "BN akan d jatuhkan dlm tempoh 5 bulan.. just wait and see.. ".. sekor lg kata "terorrist Islam" punya angkara.. malaun2 skrg dok canang reformasin.. mcm x ambil kesah pasal kplterbang hilang.. macam buat dek aje.. mcm dah tahu dan buat2 x tahu aje mrk2 ni.. dulu ada nyanyi sabah nak hilang.. mcm tau2 aje.. tup2 kena serang.. siapa malaun2 yg paling awal buat statement menuduh.. dia juga..

Anonymous said...

statement atau tuduhan yng bersifat fitnah...tak habis2...baik kita doa kepada Allah agar semua mangsa dapat dijumpai.....usah buat cerita...ini hal sedih bukan halm politik mahupun lawak bodoh.......teruk betul teori anda kesian kenapa Alllah jadikan kamu punya otak...???

ridzuankl said...

moga Allah mudahkan segala urusan..amin...cukup cukuplah dengan teori fitnah tu.....ingat ingatlah besar dosanya memfitnah......jika yang membaca statement ni islam lah....

Zulhairi said...

http://zulhairifetani.blogspot.com/2014/03/pesawat-mh370-telah-mendarat-dilokasi.html?m=1

Anonymous said...

Kenapa perlu dikaitkn dgn politik? jika pembangkang kta kehilangan mh370 ni, sbb najib nk ttp cita pasal anwar, thu plak puak2 kati ni melenting.....tp bla puak2 kati kaitkn dgn politik xpe plak ye?org2 normal xkn btindak diluar dugaan mcm tu...dia bw brapa ratus pnya nyawa....pndai2 pkir....xpyh dibt teori bodoh mcm ni...

sukor bin bakar said...

sesungguhnya sgt tidak bertanggung jawab menuduh ibrahim libya sebagai penganas...ibrahim libya tak pernah pun menyerang kerajaan dgn kekerasan ...semoga allah mengampuni dosa tuan menghina ulamak yg telah meninggal dunia..

Anonymous said...

brahim libia ulamak .... hahaha

Anonymous said...

x yah gdh la psl ni..ko ada bkti anwar yg buat??ko ada bkti najib yg buat??ckp x dak bkti bleh jd ftnah..tggu ja la jmpa dlu kpal trbg 2..jgn jd macai pd prti msing2..brgduh mcm org bdoh..doakn mh 370 lg bgs..

Blog Archive