Sunday, February 16, 2014

PRK Kajang: Lee Chin Cheh Akur- Khalid Ibrahim Penghalang Anwar

Anwar Tukar imej
Anwar mungkin berdepan mimpi buruk. Tindakan beliau memaksa ADUN Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan DUN Kajang, untuk membolehkan beliau bertanding, bagi memenuhi tujuan peribadinya, nampaknya tidak berjalan, sesuai dengan perancangannya.

Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor, meskipun dipuji melalui perlantikan sebagai Pengarah PRK Kajang, nampaknya akan menjadi peghalang utama Ketua Umum PKR itu menjadikan Selangor sebagai batu loncatan untuk menjadi Perdana Menteri.

Khalid semasa pertemuan dengan Sultan Selangor pada Rabu, telah menerangkan keadaan sebenar, dan fakta yang terlihat bahawa Sultan memberi restu agar beliau terus menerajui Selangor terpancar diwajahnya, apabila selepas pertemuan itu, Khalid kelihatan senantiasa ceria dan penampilannya berbeza, di mana cara berpakaiannya macam terurus dan rapi.
 
Selain itu, Khalid juga menolak menandatangi Surat Perletakan jawatan yang disediakan Anwar bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu memberi alasan kepada Sultan Selangor, bahawa Khalid meletakan jawatan, atas sebab itu satu nama baru perlu dilantik sebagai MB Selangor yang baru.

Sudah menjadi rahsia umum, bahawa Khalid mendapat sokongan bulat daripada Pas dan sebahagian ADUN DAP untuk tetap menjadi MB Selangor. Pas mempunyai 15 kerusi DUN, DAP juga 15, sementara PKR 14. Daripada 14 DUN PKR, Khalid mempunyai sokongan bulat setidaknya 6 ADUN. termasuk beliau, sementara 7 lagi menyebelahi Azmin Ali. Memandangkan PR ditubuhkan atas pakatan tiga parti, maka Khalid mempunyai sokongan padu terutama daripada Pas dan separuh daripada ADUN DAP.

Bagi Anwar, beliau terpaksa bertanding kerusi DUN di Selangor, bagi melicinkan "blue boy" beliau Azmin menduduki kerusi MB Selangor; kerana Azmin tidak akan boleh menjadi MB, melalui proses biasa. Anwar perlu menduduki kerusi itu terlebih dahulu, kemudian melepaskannya, demi blue boynya.

Memang di atas kertas, PRK Kajang akan dimenangi Anwar, memandangkan trend pengundian sejak PRU-12 dan 13; lagipun kawasan itu mempunyai 40 peratus pengundi cina; dan sudah menjadi fakta, bahawa pengundi cina sudah meninggalkan BN; dan pengundi melayu tidak bulat menyokong BN, meskipun pengundi Kajang adalah 48 peratus pengundi melayu.

Di pihak BN, berbagai pendapat sedang berlegar-legar, apakah gabungan berbagai parti itu perlu bertanding. Kalaulah Bn tidak bertanding, bermakna, sebelumpun berperang, sudah mengaku kalah, setidak-tidaknya itulah pendapat Ketua Penerangan Umno- Dato Ahmad Maslan.

Memang diakui, calon Bn adalah "underdog"; apatah lagi, kalau dipilih adalah calon daripada MCA. Calon MCA sudah pasti tidak mendapat sokongan kaum cina, dan sokongan pengundi melayu tidak sebesar sokongan jika calon daripada Umno. Bagi Bn, apakah calon itu melayu atau cina atau india, yang pasti tidak akan mendapat sokongan kaum cina. Namun, jika calon Bn daripada umno, mungkin berlaku saingan hebat, dan Anwar mungkin kecundang.

Anwar boleh kecundang melalui beberapa faktor- protes penyokong Khalid, protes penyokong Pas dan juga protes penyokong mantan ADUN Lee Chin Cheh.

PRK Kajang, tidak menjamin Anwar menjadi MB Selangor. Jika Bn mampu mengatur formula yang sesuai, tiadak mustahil, Anwar bakal kempunan.

2 comments:

Anonymous said...

Buang masa shj berspekulasi dlm hal PRK Kajang ini. Jika BN merasakan parti itu telah mendapat keyakinan dan sokongan rakyat, letak saja siapa pun calonnya tentu boleh menang. Apakah BN tiada keyakinan itu? Masih ada masa untuk ikut jejak Adnan Satem KM Sarawak dgn pergi buat umrah, tawaf tu lebihkan sikit.

Anonymous said...

biar kalah BERMARUAH dari menang secara menipu...

Blog Archive