Tuesday, December 31, 2013

Kos Sara Hidup: Mengurangkan Gaji Menteri Bukan Satu Penyelesaian

SEBELAS Langkah yang diumumkan Perdana Menteri sebagai reaksi kepada rungutan rakyat berhubung kenaikan sara hidup akibat pengurangan subsidi minyak, gula dan kenaikan tarif litrik, bukan lah satu cara yang boleh mendorong menurunkan harga barang.

Langkah itu, hanya menybebkan penjimatan kepada perbelanjaan kerajaan, bukannya berimplikasi kepada harga barangan, khususnya barangan keperluan asas.

Harga barangan yang naik kononnya disebabkan oleh faktor subsidi, sebenarnya tidak selalu benar; atas sebab penentuan harga dalam sistem pasar terbuka ditentukan oleh kekuatan penawaran dan permintaan.

Berhubung dengan harga keperluan asas yang meningkat, adalah disebabkan oleh penawaran yang lebih rendah berbanding dengan permintaan. Penawaran dipengaruhi oleh keadaan semasa, seperti bencana alam, larangan import barangan tertentu, samada oleh negara pengeluar mahupun negara.

Persoalan utama yang melanda negara sekarang, adalah satu fenomena kenaikan harga barangan yang seolah-olah tidak terkawal;  sepertinya harga barangan diatur sedemikian rupa; oleh mereka yang terlibat dengan rangkaian perdagangan; tujuan akhirnya adalah untuk mengwujudkan suasana panik dan resah di kalangan orang ramai.

Kenaikan harga barangan tertentu, sebenarnya satu ciptaan oleh mereka yang mengawal barangan itu, dan mereka bertindak monopoli, sehingga orang ramai tiada pilihan mendapatkannya daripada pihak lain, kerana keadaan pasaran sudah berada pada keadaan oligopoli.

Tindakan kerajaan  memperkenalkan penswastaan terhadap barangan yang mana suatu masa dahulu dikawal oleh kerajaan; dan apabila diberikan kepada pihak-pihak tertentu, maka kerajaan tiada kemampuan mengawal lagi; dan akibatnya apabila kerajaan memperkenalkan polisi seperti penyusunan subsidi, maka pihak-pihak tertentu itu memanfaatkan keadaan itu.

Apa yang boleh dibuat oleh kerajaan pada masa ini, adalah untuk kembali menasionalisikan rangkaian perdagangan barangan asas, untuk mengurangkan mata rantai perdagangan, tujuannya untuk mengurangkan kos yang terlibat, bukannya mengambil pendekatan mengurangkan elaun menteri atau pegawai yang berpangkat tinggi.

Sunday, December 29, 2013

Email Rahim Ghouse Kepada Rafizi: Bukti TURUN Rancang Guling Kerajaan

Rahim Ghouse adalah penyokong setia Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah melarikan diri ke luar negara sebaik sahaja Anwar dipecat daripada UMNO pada September 1998. Kini orang kuat Anwar itu menetap di Australia.

Ekoran e-email itu, Polis telah memanggil Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR. E-mail yang membincangkan mengenai penempatan bahan letupan di lima kawasan utama di ibu negara selepas perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada ambang tahun baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman sosial Facebook rasmi PDRM berkata, polis memandang serius terhadap emel itu dan meminta supaya Ahli Parlimen itu disoal siasat.

"Orang ramai dinasihatkan untuk menghormati keamanan dan keselamatan di negara ini ketika meraikan Tahun Baru.

"Setakat ini, terdapat 1,151 laporan polis yang telah dibuat di seluruh negara sebagai bantahan terhadap perhimpunan yang sedang disebarkan dalam talian, yang akan mengancam keselamatan orang ramai," kata Hadi dalam satu kenyataan.

E-mel itu didakwa ditulis oleh rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Abdul Rahim Ghouse, yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-Hara).

Dalam e-mel berkenaan, penulis itu didakwa kerana mendakwa bahan letupan kecil akan diletakkan di persimpangan lampu isyarat di hadapan Sogo dan Puduraya, bulatan Masjid Negara dan KTM, stesen LRT Masjid Jamek dan stesen Komuter Bank Negara.

E-mel itu kemudiannya satu 'pasukan sosial media' akan merekodkan huru-hara yang akan berlaku pada ambang tahun baru dan akan menyebarkannya secara dalam talian, lalu menyalahkan pihak Barisan Nasional (BN).

Penganjur perhimpunan yang dijangka akan diadakan pada ambang tahun baru itu, yang dianggap sebagai himpunan menyalahi undang-undang berkata, mereka menjangkakan 10,000 orang untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember untuk membantah kenaikan harga baru-baru ini.

Saturday, December 28, 2013

PRU-13: BN menang Ibu Pilihanraya Negara

Rakyat telah mengundi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa pada PRU-13 5 Mei lalu, yang dianggap sebagai Ibu Kepada Semua Pilihanraya umum di negara ini.

Daftar pemilih seramai 13,268,002 telah diberi peluang memutuskan nasib 1,900 calon bagi 222 kerusi dewan rakyat dan 505 kerusi dewan undangan negeri; terkeculai Sarawak bagi DUN kerana telah mengadakan PRN lebih awal, iautu pada 16 April 2011.

Meskipun BN hanya menang dengan majoriti mudah dan kehilangan 7 kerusi parlimen berbanding PRU-12, namun ianya cukup mempercundangkan Pakatan rakyat, yang beria-ia sangat mahu merampas Putrajaya.

Walaupun BN gagal merampas Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, namun kerja kuat semua peringkat gerak kerja BN terubati, apabila berjaya merampas Kedah kerana berjaya menambah jumlah kerusi DUN daripada 14 kepada 21 daripada 36 kerusi DUN Kedah.

Keputusan PRU-13, yang mengekalkan BN, pada peringkat awalnya tidak diterima oleh Pakatan Rakyat dengan memberi alasan, bahawa BN mengimport 40,000 pengundi Bangladesh selain menuduh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berlaku tidak adil.

Pakatan Rakyat melalui ketuanya Anwar Ibrahim melakukan tindakan demonstrasi dengan kod sandi Jelajah 505 yang berlarutan selama sebulan, namun usaha itu mereka tidak mendapat sambutan orang ramai yang mereka ajak untuk mencontohi Arab Spring di negara Timur Tengah.

Pakatan Rakyat mengwar-warkan bahawa kemenangan mereka telah dirampas, memandangkan undi popular yang mereka perolehi mengatasi undi yang diperolehi BN. Pakatan Rakyat mendapat undi popular seramai 5,623,984 dengan 89 kerusi Parlimen manakala BN 5,237,699 dengan 133 kerusi.

Daripada 133 kerusi parlimen BN, Umno menyumbang 88, berbanding keputusan PRU-12; daripada 140 kerusi parlimen, Umno hanya menyumbang 79.

PRU-13 juga telah menunjukkan bahwa MCA telah ditolak oleh pengundi cina, apabila hanya menang 7 kerusi Parlimen daripada 37 yang ditandingi parti itu, manakala bagi kerusi DUN daripada 90 kerusi yang ditandingi hanya 37 menyumbang kepada jumlah bilangan kerusi yang dimenangi BN di seluruh negara.

Memandangkan saingan sengit yang diberikan oleh Pakatan Rakyat pada PRU-13, di mana isu seperti pengurangan subsidi bagi minyak, gula dan kenaikan tariff litrik serta pelaksanaan GST belum diputuskan; maka pada PRU-14, nampaknya BN terpaksa berhempas pulas pula untuk mempertahankan Putrajaya.

Pada masa itu, BN tidak boleh menggunakan kata Sandi Janji Ditepati, atau Rakyat didahulukan, memandangkan BN sendiri telah melanggar janjinya seperti dalam manifesto PRU-13.

BN terpaksa mencari kata sandi baru, agar supaya rakyat masih menyokong dan seterusnya memberi peluang untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Para pemimpin BN, bermula daripada sekarang perlu memerah otak, kata sandi apa kah yang bakal dijual kepada para pengundi.

Friday, December 27, 2013

Sara Hidup Naik: Nak Kata Apa Lagi


SARA HIDUP NAIK, nak kata apa lagi.

Biang kerok kepada kenaikan sara hidup dikatakan sebagai implikasi daripada pengurangan subsidi minyak, gula dan dituruti kenaikan tarif litrik.

Sebenarnya, kenaikan sara hidup di negara ini yang berlaku dengan mendadak, hanya ekoran pengurangan subsidi minyak dan gula, sebenarnya satu ciptaan pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam semua rangkaian perniagaan.

Satu fakta perlu diketahui, bahawa mereka yang terlibat dalam semua sektor perniagaan ini, rata-rata penyokong pembangkang. Kenyataan ini, disokong oleh fakta, bahawa sejak beberapa dekad, kawasan perdagangan dalam negera seperti kawasan Bukit Bintang, Chow Kit, Petaling Street, atau bandar-bandar besar adalah kawasan pembangkang.

Pembangkang telah mengkaji, menaikan emosi rakyat sahaja melalui permainan politik, tidak akan mampu memenangkan mereka dalam sistem demokrasi. Untuk itu, mereka melaksanakan pelan B mereka, yakni menimbulkan kersesahan, akibat kenaikan sara hidup.

Kenaikan sara hidup akan dirasai oleh penduduk luar bandar, di mana pengundi di kawasan ini merupakan simpanan tetap barisan nasional. Pada PRU-13 lalu, kerana sokongan penduduk luar bandar, maka BN mampu mendapat 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 89. Adalah satu kenyataan, bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah kawasan Bandar, dan kawasan perdagangan.

Oleh kerana kegiatan perdagangan berpusat di bandar-bandar utama, dan pelakunya adalah penyokong pembangkang, maka mereka mencipta suasana kepanikan kepada rakyat dengan memanipulasi harga barangan, dan menyalahkan kerajaan kerana bertindak mengurangkan subsidi.

Sebenarnya, kenaikan harga minyak tidak selalunya benar berkorelasi langsung dengan harga barangan. Contohnya apabila pada tahun 2006, harga minyak dinaikkan, dan kemudian peniaga memberi reaksi menaikan harga tanpa terkawal, menyebabkan kerajaan menurunkan semula minyak ke harga asal. Namun, harga yang sudah naik itu tidak juga turun pada harga asal, melainkan terus bertahan sehingga kini, malah terus meningkat.

Sebenarnya pihak tertentu dalam rangkaian perniagaan menanti peluang, apabila subsidi minyak dikurangkan atau tarif litrik dinaikkan. Dengan tindakan itu, maka mereka dapat meneruskan agenda tersembunyi dan tersusun mereka, untuk menjatuhkan kerajaan melalui kemarahan rakyat.

Kini mereka, mengwar-warkan, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak mengotakan janjinya seperti terdapat dalam manifesto PRU-13; malah mereka mendakwa bahawa kini kerajaan takut digulingkan.

Pembangkang sebenarnya telah mengenal pasti, bahawa tanpa sokongan pengundi luar bandar, maka mereka tidak akan mampu menang. Atas sebab itu, mereka mempergunakan kekuatan pada mereka, yakni kekuatan menguasai perdagangan.

Percayalah tindakan mereka ini, selain membangkitkan kemarahan rakyat, juga bertujuan keuntungan. Yakinlah apabila harga naik, maka sukar untuk diturunkan, oleh mana-mana kerajaan, sekalipun Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan; kecualilah mereka yang telah berpakat ini, berkorban pula, untuk menurunkan harga, demi menyelamatkan kerajaan yang dirancang oleh mereka. Keadaan itu, tidak akan berlaku dalam dunia perniagaan, kerana dunia perniagaan dipenuhi dengan kerakusan dan ketamakan. Akhirnya, rakyat juga yang menderita, kerana rakyat adalah mentimun, berdepan dengan durian.

Saranan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, agar kerajaan mencari jalankan menurunkan kos, dapat dilakukan, jika kerajaan melaksanakan monopoli bagi semua jaringan perniagaan yang melibatkan barangan keperluan asas. Kerajaan boleh mengurangkan kos, melalui pengurangan kos penyimpanan, pengangkutan, kerana ianya dilakukan dalam bentuk lambak atau volume yang besar.

Selagi, barangan keperluan asas, dikuasai oleh pihak-pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan semata-mata, kerajaan tidak akan mampu membendung kenaikan harga barangan dan pada giliriannya terus menaikan sara hidup.

Kepada kerajaan, bertindaklah daripada sekarang sebelum terlambat, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Himpun Turun Malam Tahun Baru: Pakatan Mahu Menipu Rakyat

Mengambil kesempatan pada malam tradisi setiap menymbut Tahun Baru di Dataran Merdeka, yang biasanya dihadiri ribuan orang bagi menyambut pergantian Tahun, menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tiada kemampuan lagi menarik sokongan orang ramai.

Pakatan melihat, bahawa orang ramai telah bosan dengan karenah dan tipu muslihat seperti mana berlaku dinginnya sambutan terhadap jelajah 505 yang dianjurkan mereka selepas PRU-13 lalu.

Kehadiaran orang ramai untuk tujuan berhibur pada malam tahun baru di daratan merdeka nanti, sudah tentunya akan tercalar dengan kehadiran beberapa kerat penyokong Pakatan Rakyat, dan mungkin dihadiri oleh pemimpin mereka.

Adalah malang, jika ada keluarga yang datang ke Dataran Merdeka, semata-mata kerana beriadah, kemudian terpalit dengan gerakan kekacauan yang ditimbulkan oleh penyokong Pakatan Rakyat, apatah lagi mereka terganggu jika kekacaun yang ditimbulkan disuraikan oleh pihak berwajib.

Sebenarnya Pakatan Rakyat, sungguh bijak mencari peluang, peluang seperti menyambut Tahun Baru, adalah peluang keemasan yang sebenarnya mereka tunggu-tunggu.

Pakatan Rakyat sebenarnya, sudah kehilangan arah tuju, kerana kegagalan mereka menang melalui sistem demokarsi. Pada PRU-13 lalu, mereka hanya mendapat 89 Kerusi Parlimen, jauh ketinggalan berbanding Barisan Nasional 133.

Meskipun Pakatan tiga parti itu ketinggalan 44 kerusi, tetapi masih menganggap mereka adalah pilihan rakyat, kerana mereka menganggap bahawa undi popular yang mereka perolehi kononnya, merekalah pilihan rakyat.

Dari zaman azali lagi, bahawa sistem pilihanraya di negara ini adalah atas jumlah kerusi berasaskan demokrasi berparlimen, bukan atas jumlah populriti.

Mereka mengubah padangan orang ramai, bahawa kononya pilihanraya adalah berasaskan jumlah populariti, dengan itu mereka mahu mengubah apa yang dalam perlembagaan negara, tentang bagaimana pemerintahan negara dibentuk.

Himpun Turun pada Malam Tahun Baru, merupakan kali ketiga Pakatan Rakyat mengambil peluang terhadap kehadiran orang ramai di Dataran Merdeka.

Sempena menyambut kedatangan Tahun 2014, mereka memanfaatkan peluang sekali lagi, dengan memgunakan Isu Kenaikan harga barang akibat daripada pengurangan subsidi terhadap minyak dan gula, serta kenaikan tarif elektrik bermula 1 januari 2014.

Sebenarnya, sebelum subsidi dikurangkan pun, kenaikan harga barang dilakukan secara sistemtik dalam semua rantai perniagaan, di mana mereka yang terlibat adalah majoritinya adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Salah satu fakta yang perlu diambil kira, bahawa harga minyak tidak hubungan langsung dengan kenaikan atau turunnya harga barangan, apabila pada tahun 2006, harga minyak dinaikan kepada RM 2.70 selitar, akibat kenaikan itu, maka harga barangan meningkat berkali ganda, namun apabila harga minyak diturunkan pada harga asal, yakni RM1.70 seliter, harga barang tidak ikut turun dan sebaliknya bertahan sehingga kini.

Sebenarnya penyokong pakatan, mempunyai dua pelan untuk menjatuhkan kerajaan, pelan A mereka adalah melalui sistem pilihanraya, Pelan B mereka adalah melalui demonstrasi. Salah satu elemen melalui Pelan B mereka ini, adalah menimbulkan keresahan kepada rakyat, seperti kenaikan harga barangan.

Namun, Pelan B yang mereka lakukan, seperti Jelajah 505 selepas PRU-13 lalu, tidak mendapat sambutan orang ramai, malah kini mereka dilihat sebagai penipu besar, terutama berkaitan dengan isu 40,000 pengundi bangla, yang mereka dakwa turut mengundi pada PRU-13 lalu.

Kini, rakyat semakin hari, semakin menyadari bahawa kebanyakan hujah atau kenyataan para pemimpin Pakatan Rakyat, adalah kenyataan palsu dan kenyataan putar belit. Menyadari keadaan itu, maka sambutan orang ramai terhadap tindakan mereka, seperti demonstrasi, tidak mendapat sambutan lagi, atas sebab itu MEREKA MENGAMBIL PELUANG MALAM MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 DI DATARAN MERDEKA, kerana mereka tahu, saban tahun Dataran itu penuh dengan orang ramai, penduduk Kota Raya Kuala Lumpur.

Tindakan mereka ini, sebenarnya adalah tindakan yang amat tidak terpuji, bagaikan, jika Umat islam sedang mengelilingi Kaabah, kerana menyempurnakan ibadat Haji, dan jika terdapat orang nakal, memasang Patung Nabi Isa di Tengah Kaabah dengan bertandakan salib, maka mereka akan berkata, bahawa umat islam yang hadir di Kaabah itu, semata-mata kerana Nabi Isa. Ini satu Penipuan.

Wednesday, December 25, 2013

Disebalik Himpun 31 Disember 2013: Pelan B Pembangkang Guling Kerajaan

AYT yakin dan percaya, bahawa mereka yang mahu berhimpun pada 31 Disember, dengan niat orang ramai akan berbondong-bondong menyertainya adalah salah satu tindakan disebalik kenaikan harga barangan dalam negara.

Sejak tahun 2006, berbagai himpunan seperti ini, termasuklah jelajah 505 selepas PRU-13, adalah satu pelan B pihak pembangkang mengambil alih kerajaan, selepas gagal melalui sistem demokrasi.

Sebenarnya mereka yang mengerakkan himpun itu adalah sebahagian daripada perancang dalam kenaikan harga barangan dalam negara, kerana menurut kajian mereka, hanya menerusi keperitan hidup, rakyat akan mudah terpengaruh dan menyokong gerakan tersembunyi mereka.

Memang diakui, bahawa apabila subsidi untuk barangan tertentu dikurangkan, maka harga barang itu akan naik. Namun, akibat berganda yang disebabkan kenaikan itu, sebanarnya dimanipulasi sedemikan rupa, sehingga pihak berkuatkuasa tidak mampu mengesannya, dan pada akhirnya tidak mampu berbuat apa-apa.

Kerajaan melalui Kementerian, hanya mampu mengistiharkan jenis barangan yang dikawal pada musim perayaan; tindakan itu, sebenarnya tindakan lapok.

Perlu diketahui bahawa kenaikan harga barangan dalam negara adalah usaha terancang daripada pihak tertentu, agar supaya rakyat resah dan seterusnya menyalahkan kerajaan.

Satu fakta perlu diketahui, bahawa majoriti peniaga atau orang tengah yang terlibat dalam jaringan perniagaan di semua sektor dalam negara ini, adalah mereka yang menyokong pembangkang. Atas sebab itu, satu usaha terancang dan tersusun oleh mereka, menaikan harga barangan, dalam usaha menguling atau menjatuhkan kerajaan.

Dalam sistem perekonomian negara yang sedang berkuatkuasa, kerajaan tidak mempunyai keupayaan membendung kenaikan harga barangan, kecualilah kerajaan mengambil alih semua rantaian perniagaan dan mengambil tindakan mononpoli untuk bekalan barangan keperluan asas.

Tindakan himpun yang digerakan oleh pihak tertentu, sebenarnya untuk mempercepat atau sebagai katalis kepada tindakan terancang mereka menjatuhkan kerajaan, bukan melalui sistem demokrasi.
 
Sudah tiba masanya kerajaan melakukan tindakan mencegah dengan mengawal kenaikan harga barangan keperluan asas, dengan menasionalisasikan semua rangkaian perniagaan yang membabitkan barangan tersebut. Jangan berlengah lagi, jika tidak, ianya akan terus dimanipulasi oleh pihak pembangkang untuk mencapai hasrat mereka menduduki Putrajaya. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Monday, December 23, 2013

Kenaikan Harga Tol: Satu Keperluan? atau Denda?

Pengguna Tol di negara ini, paling ramai di Wilayah Persekutuan mahupun Negeri Selangor, atau dengan kata lain, mereka yang mendiami Lembah Klang.

Rekod pada PRU-13 lalu, sebahagian besar pengundi di wilayah ini, bukanlah penyokong kerajaan Barisan Nasional.

Telah berbagai cara kerajaan BN lakukan, selepas PRU-12, namun balasan rakyat di dua wilayah tersebut, semakin menolak BN. Selangor, selepas PRU-13, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan bukan hanya menang akan tetapi dengan kuasa 2/3.

Jika dianalogkan sebagai bapa, bagaimana melakukan perhitungan kepada anak yang senantiasa ingkar, meskipun semua kebaikan diberikan? jawapannya adalah denda!!!

Kenaikan harga tol, sebenarnya adalah denda, bukannya satu keperluan.

Melihat kepada trend pengundian bermula pada PRU-12 dan kemudian diteruskan pada PRU-13, nampaknya masa yang panjang diperlukan oleh barisan nasional untuk menawan Selangor, sementara Wilayah, cukuplah dengan tiga kerusi bagi Bn, manakala yang lainnya, akan terus dikuasai pembangkang mungkin selama-lamanya.

Kenaikan harga tol, bertujuan mengurangkan bebanan kerajaan yang terpaksa ditanggung, jika tidak membenarkan kenaikan. Wang yang terselamat itu, akan diagihkan kepada rakyat luar bandar, yang memerlukan. Dan kebetulan, golongan itulah yang memenangkan Barisan Nasional pada dua PRU yang sangat kritikal.

Sebenarnya Najib, melihat bahawa membela rakyat yang menyokong lebihberbaloi berbanding membela rakyat yang tidak tahu membalas budi apatah lagi berterima kasih.

Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, pendekatan beliau bukanlah untuk mencari populariti, melainkan bertindak sesuai dengan keperluan rakyat yang memerlukan pembelaan kerajaan.

Bagi AYT, apapun bentuk bantuan atau pembelaan kerajaan bagi Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seperti pengundi di Parlimen Kepong misalnya, tidak akan mendapat penghargaan, kerana bagi pengundi di situ, madu yang diberikan, racun pula balasannya.

Sunday, December 22, 2013

Pertubuhan PERKASA: Hanya Duri Dalam Umno

HATI-HATI terhadap pendekatan Pertubuhan Perkasa (Perkasa) sebuah NGO yang dipimpin Ibrahim Ali. Samada pertubuhan itu menjadi faktor sokongan melayu kembali kepada Umno atau BN pada PRU-13 lalu merupakan satu tanda tanya.

Satu fakta nyata, bahawa dua pemimpin tertinggi pertubuhan itu yang bertanding di kawasan majoriti melayu pada PRU-13, ternyata ditolak oleh kaum melayu. Apa ertinya itu? Perkasa bukanlah faktor penyebab kembalinya kaum melayu Semenanjung menyokong Umno atau Bn.

Melihat kepada trend pemilih pada dua pilihanraya umum 2008 dan 2013, faktor sokongan melayu tidak semestinya menyebabkan Bn masih menguasai Putrajaya. Jumlah kerusi Umno di Semenanjung hanya 73 daripada 107 kerusi yang ditandingi atau 56 peratus daripada 166 jumlah kerusi Parlimen di Semenanjung.

Daripada 166 kerusi itu, 38 kawasan adalah majoriti kaum cina, 9 majoriti India dan 12 kerusi kawasan bukan bumiputera. Ertinya, 59 kawasan adalah kawasan bukan melayu.

Fakta melalui PRU-13 lalu, daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, 82 atau 49.4 peratus dimenangi Pakatan Rakyat. Bayangkan kalau MCA tidak mampu menyumbang kerusi? dan semua kawasan bukan melayu di menangi Pakatan Rakyat? Pakatan Rakyat tidak memperlukan sokongan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pendekatan Perkasa yang ekstrem tidak akan mampu membawa kaum melayu yang menjadi penyokong tegar pembangkang menyokong Umno atau Bn, sebaliknya akan mendorong kaum lain menolaknya. Fakta menunjukkan, bahawa status quo keputusan PRU-12 diteruskan pada PRU-13, malah Bn kehilangan 7 kerusi Parlimen, daripada Sarawak 7 dan Sabah 2, walaupun Bn di Semenanjung menambah dua kerusi berbanding tahun 2008.

Tindakan Perkasa mungkin positif bagi kaum melayu di luar bandar di Semenanjung, tetapi membawa impak negatif yang besar bagi pengundi bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kaum bukan melayu di Semenanjung.

Impak negatif terhadap pendekatan Perkasa yang kononnya ultra melayu dalam Umno adalah kekalahan beberapa kerusi di Sabah seperti Parlimen Penampang, Dun Kedamaian dan Dun Tamparuli.

Pemimpin Bn terutama para pemimpin Umno kena mengambil iktibar daripada fakta-fakta yang disebutkan, jika Bn tidak mahu mengalami kata peribahasa Menang sabung kampung tergadai.
 
Pendirian Perkasa yang berkaitan dengan agama merupakan perkara sensitif bagi pengundi Sabah dan Sarawak.  Atas sebab itu, jika Perkasa, masih kelihatan berafiliasi dengan Umno, ada kemungkinan besar, gabungan 13 parti itu akan kehilangan sokongan pengundi bukan melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Jangan mimpi bagi Bn untuk merampas 82 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat di Semenanjung, malah pakatan 3 parti itu boleh menambah kerusi. Fikir-fikirkan lah.

Friday, December 20, 2013

Gugurkan Tan Sri Shafee Abdullah: Anwar Gagal Lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam usaha mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pihak pendakwaan kerajaan yang merayu terhadap keputusan pembebasan ketua pembangkang dalam kes Liwat II.

Keputusan itu disampaikan hari ini oleh Hakim Mahkamah Rayuab Aziah Ali, seorang daripada tiga panel hakim. Dua hakim lain Rohana Yusof dan Mohd Zawawi Salleh.

Pada 21 November lalu, panel lima hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Md Raus Sharif menolak permohonan Anwar untuk menghilangkan kelayakan Shafee sebagai pendakwa dalam kes itu.

Pasukan Anwar berhujah, ketua umum PKR itu tidak akan mendapat perbicaraan adil ekoran reputasi Shafee sebagai peguam kepada tokoh-tokoh penting BN.

Wednesday, December 18, 2013

BN sudah lupa Manifesto PRU-13

BELUM setahun selepas PRU-13 mei lalu, janji-janji BN seperti mana dalam manifesto sudah terlupakan. Untuk itu, ahli parlimen Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican mengingatkan pemimpin BN berhubung janji-janji tersebut.

Ekoran kebijakan kerajaan sejak akhir-akhir ini, keadaan dalam negara gegap gempita, kerana tindakan-tindakan itu menjurus kepada taraf kehidupan rakyat.

Keadaan ini hanya disebabkan dengan kenaikan harga bahan bakar yang memberikan kesan domino kepada harga barangan dan barangan lain dalam negara.

Secara asasnya kesan domino ini adalah reaksi rantaian yang berlaku hasil daripada perubahan harga sesuatu barang yang menyebabkan perubahan yang sama terhadap barang-barang lain.

Peniaga restoran atau pasaraya terpaksa menaikkan harga makanan atau barangan disebabkan oleh kos pengangkutan yang digunakan telah meningkat.

Ia juga disebabkan barangan mentah yang diperlukan turut meningkat disebabkan penjual barangan itu turut menghadapi masalah yang sama.

Kemudian berlaku pengumuman kenaikan harga ayam, tarif elektrik, harga gula dan yang terbaru adalah berkaitan kenaikan harga tol.

Turut menjadi polemik adalah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ingin dilaksanakan pada 1 April 2015.

Tindakan kerajaan akhir-akhir ini membawa tekanan psikologi kepada rakyat sehinggakan membawa rakyat dalam keadaan stress.

Jawapan Menteri

Jawapan yang diberikan oleh menteri seakan-akan menganggap bahawa rakyat negara ini adalah rakyat robot yang langsung tidak mengetahui jawapan bernas atau jawapan yang bersifat hanya menjawab.

Jawapan seperti untuk mengurangkan penyakit diabetes kerana itu subsidi gula diturunkan, jika tidak setuju dengan undang-undang negara sila keluar dari Malaysia, jika tidak setuju dengan tol guna jalan biasa, jika ayam naik jangan makan ayam, jangan beli rumah kalau harga naik, tidak suka sistem pilihan raya pergi duduk dalam hutan, dan jangan beli sayur kalau harga naik maka tanam sendiri sayur adalah jawapan-jawapan yang diberikan menteri kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun terdapat menteri yang mempunyai latar belakang pendidikan sehingga di peringkat doktor falsafah tetapi itu bukan hujah untuk menghalau rakyat negara ini keluar pergi ke negara lain.

Rakyat berhak untuk mengkritik dan mendapat perkhidmatan yang baik daripada kerajaan, tidak kiranya penyokong atau bukan penyokong kerajaan.

Negara adalah milik rakyat bukan milik hakiki mana-mana parti politik. Parti politik yang memenangi pilihan raya secara demokrasi hanya diberikan mandat sementara untuk mengurus tadbir negara demi kesejahteraan rakyat.

Melihat kepada jawapan menteri-menteri berkaitan isu semasa dalam negara memperlihatkan bahawa jawapan-jawapan itu tidak mempunyai nilai ilmiah, malah sekadar menjawab seperti melepaskan batuk di tangga.

Tuesday, December 17, 2013

Tunggu Apa Lagi Rafizi: AG Bersedia Beri Kuasa Periksa Akaun Bank

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sedia memberi surat kuasa kepada anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli untuk memeriksa akaun bank di mana-mana negara, kononnya beliau menerima wang sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Dalam kenyataan empat perenggan di Kuala Lumpur semalam, Abdul Gani berkata surat kuasa atau autoriti itu akan diberikan jika Rifizi mahu memeriksa akaun bank di mana-mana negara, termasuk di Hong Kong, kononnya berjuta-juta dolar dimasukkan ke atas nama beliau sebagai wang sogokan berkaitan kes itu yang didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Beliau turut menjemput Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR, ke pejabatnya pada bila-bila masa bagi mendapatkan surat kuasa jika mahu memeriksa akaun bank atau mana-mana institusi kewangan di mana-mana negara.

"Saya juga menafikan dengan keras dakwaan yang disebarkan ke atas saya sejak sebulan yang lalu, dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak berasas sama sekali ke atas saya," tegas beliau.

Portal berita MalaysianInsider semalam melaporkan Rafizi sebagai berkata PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat dakwaan salah laku Abdul Gani yang didedahkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.

MalaysianInsider pada 26 Nov lepas melaporkan dakwaan Mat Zain bahawa wujudnya sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih pada 2007.

Pendedahan itu dilakukan dalam bentuk akuan bersumpah setebal 31 muka surat yang antara lain mendakwa salah laku Abdul Gani ketika mengendalikan kes itu.

Monday, December 16, 2013

Jangan Persoal Rosmah

Datin Rosmah Di Qatar
Ramai yang terkedu, kerana tidak biasa, bahawa isteri Perdana Menteri sekarang, turut ikut dalam pengurusan negara. Pengakuan itu, dilontarkan oleh Perdana Menteri sendiri semasa Persidangan Agung Umno tahun 2013.

Sejak merdeka, rakyat terbiasa bahawa isteri para Perdana Menteri sebelumnya langsung tidak melibatkan diri dalam urusan negara. Sejak Tunku Abdul Rahman sehingga Tun Dr Mahathir, malah semasa Tun Abdullah Badawi, tidak terdengar, bahawa isteri Perdana Menteri turut melibatkan diri dengan urusan negara.

Pembaharuan sebenarnya bermula semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, apabila ahli keluarga Perdana Menteri turut terlibat dalam pengurusan negara; apabila Khairy Jamaludin yang disebut sebagai budak-budak tingkat 4 oleh mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan malah dalam Umno sendiri.

Akibat daripada meluasnya penglibatan keluarga PM dalam pengurusan negara, maka tidak sedikit rakyat yang merasa marah, sebab itu, bukan sahaja Barisan Nasional kehilangan kuasa 2/3 pada PRU-12, malah menyebabkan Tun Dr Mahathir turut keluar daripada Umno.

Kemarahan rakyat kepada Bn berterusan, sehingga PRU-13, walaupun Bn masih menguasai Putrajaya, akan tetapi dengan jumlah kerusi yang terus berkurangan.

Bn bernasib baik, kerana pengundi Sabah dan Sarawak masih setia kepada gabungan 13 parti itu, dan pengundi kaum melayu di luar bandar kembali menyokong Umno, yang mengakibatkan pertambahan kerusi daripada 79 kepada 88 kerusi parlimen.
 
PRU-13 juga, untuk pertama kali, Bn kehilangan undi popular, dan pada PRU itu juga, kita menyaksikan bahawa pengundi bandar dan spara bandar menolak Bn, kecuali Parlimen Kangar, Johor Baharu dan Putrajaya.
 
Mengingat kepada tindakan kerajaan selepas PRU-13, yang tidak popular seperti pengurangan subsidi, kenaikan tarif letrik, akan terus menghantui Bn mulai sekarang sehingga PRU-14. 
 
Sebenarnya, tindakan kerajaan ini turut menambah garam kepada luka yang parah, akibat geramnya sebahagian rakyat yang tidak suka penglibatan isteri Perdana Menteri dalam urusan negara. Malah wartawan veteran- Dato A. Kadir Jasin melalui blognya menyarankan secara "sinis" agar menteri-menteri yang tidak mampu menjalankan tugas perlu dipecat dan digantikan dengan Rosmah.

Rakyat luar bandar yang masih membela Bn, sebenarnya tidak langsung mendapat manafaat terhadap projek Rosmah seperti Permata negara, pertujukan fesyen yang bersifat "glamour". Rakyat yang mendapat manafaat itu, adalah rakyat yang sudah berkecukupan, malangnya mereka inilah yang tidak menyokong Bn.

Kata peribahasa, adalah sia-sia mencurahkan garam dilaut, sebenarnya ini yang berlaku terhadap tindakan Rosmah yang dianggap oleh Perdana Menteri sebagai turut membantu  kepada negara.

Benar, bahawa Rosmah boleh menggunakan jet kerajaan atas alasan keselamatan dan pengurusan masa, namun, tindakan itu, menyebabkan pengurangan sokongan kepada Bn berbanding pertambahan sokongan. 

Dalam sebarang pilihanraya, undi majoriti adalah penentu kepada kemenangan; atas sebab itu, Bn tidak boleh meremehkan bahawa penglibatan Rosmah dalam pengurusan negara, boleh dikatakan seperti sokong membawa rebah.

Adalah suatu yang amat malang, apabila berlaku kesepakatan antara majoriti rakyat pada PRU-14 akan datang untuk menolak Bn, sehingga rakyat yang benar-benar perlu pembelaan akan kehilangan tempat bergantung, kerana, jika Pembangkang mampu mengambil Putrajaya, pentadbbiraan mereka sudah tentunya mengamalkan sistem merit; dan pada masa itu, mereka juga akan mengamalkan sistem terpilih, di mana kawasan yang mereka menang akan diberi keutamaan. Kawasan itu, sudah tentunya kawasan bandar, yang sudah ada kelengkapan serba serbi.

Bagi Najib, keritikan terhadap isterinya, bagaikan Telan mati bapa, luah mati emak; beliau tidak akan mampu berbuat apa-apa lagi. Terserah kepada pemimpin lain, apakah faktor yang boleh merundumkan sokongan terhadap Bn dipertahankan atau perlu berbuat sesuatu. Fikir-fikirkan lah.

Sunday, December 15, 2013

Selamat Jalan Madiba

Perjalanan terakhir Madiba di muka bumi ini berakhir semalam (Sabtu) di Kota kelahirannya Quno di sebelah timur Afrika Selatan.

Nelson Mandela dengan nama timangan Madiba meninggal dunia pada 5 Disember lalu pada usia 95 tahun.

Mandela menjadi Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994 selama dua penggal, selepas meringkuk dalam penjara selama 27 tahun.

Mendiang adalah ikon demokrasi dunia, atas sebab itu beliau dikagumi oleh pihak lawan dan kawan.

Selamat Jalan Madiba. RIP.

Saturday, December 14, 2013

Bosan

Pemimpin negara pandai juga membangkit isu-isu yang mengurangkan kebosanan. Antaranya pembangkitan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Pas Mat Sabu adalah pengikut fahaman syiah.

Selain itu, kerajaan mengumumkan meneruskan program mengirim angkasawan ke stesen antarabangsa ISS, walaupun, negara mengalami defisit kewangan yang melebihi setengah trilion ringgit.

Bagi penduduk Kuala Lumpur, pihak DBKL menaikan cukai pintu, bagi kawasan-kawasan yang bertol, maka kenaikan tol, merupakan pembisik emosi untuk mengurangkan kebosanan.

Untuk seluruh negara pula, kerajaan mengurangkan berbagai subsidi termasuk subsidi minyak, tujuannya, agar rakyat tidak bosan dengan kerajaan.

Melalui berbagai tindakan, yang berhubung kait dengan rakyat, setidak-tidaknya rakyat senantisa ingat dengan kerajaan.

Thursday, December 12, 2013

Pengikut Syiah: Pemimpin No2 Pas itu Adalah Mat Sabu

Baru sebentar tadi Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 10 bukti untuk mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pemimpin nombor dua PAS itu didakwa cenderung dengan fahaman Syiah."Antara bukti itu adalah beliau pernah menggesa umat Islam supaya mencontohi kepimpinan Khomeini menerusi tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini" di ruangan akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008," katanya.

Beliau berkata, selain itu Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendakwa orang nombor dua PAS terbabit dengan fahaman Syiah.

10 bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Encik Mohamad Sabu dengan fahaman dan aktiviti Syiah didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Antara bukti yang didedahkan ialah Mohamad Sabu pernah melafazkan ‘selawat’ penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis pada tahun 2005.

Perkara ini dijelaskan oleh Dr Abdul Aziz Hanafi dalam sesi temuramah yang dilakukan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN pada 11 Disember 2013.

Mohamad Sabu juga didapati pernah beberapa kali menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu leper di tempat sujudnya seperti solat penganut Syiah, menurut Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah.

Mohamad Sabu juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada 4 hingga 5 kali.

Selain itu, beliau juga didapati telah membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada tahun 2011. Beliau melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.

Berdasarkan maklumat, beliau didapati telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011. Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini’ di ruangan Fikrah, Akhbar Harakah, halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.

Mohamad Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau. Kenyataan ini disampaikan di dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011.

Ketika mengulas perutusan sempena Hari Kristian tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan. Kenyataan beliau ini telah dimuatkan ke dalam Harakahdaily pada 25 Disember 2008.

Dalam sebuah temuramah agensi berita ‘Antara Pos’, Timbalan Presiden JATI Dato’ Aidit Ghazali menjelaskan bahawa Mohamad Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

Bukti ke sepuluh ialah sahabat Mohamad Sabu selama 20 tahun, C.N Afghani ketika ditemuramah oleh Ustaz Zamihan, pegawai KDN pada 9 Disember menjelaskan bahawa Mohamad Sabu kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran.

Menurut Dato’ Sri Abdul Rahim, segala fakta yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa Mohamad Sabu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.

Tambahnya, berdasarkan maklumat yang dikemukakan, ini jelas menunjukkan bahawa KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman Syiah yang boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah gejala perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Dato’ Alwi Haji Ibrahim dan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN.

Wednesday, December 11, 2013

Antara Bank Wanita dan Sharizat

Nasib baik cadangan Ketua Wanita Umno- Dato  Shahrizat Abdul Jalil semasa Persidangan Umno tahun 2013, tidak mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri. Kalau, cadangan itu menjadi, cerita-cerita mengenainya mungkin sehingga kini menjadi buah mulut.

Akademi Wanita, cadangan Sharizat, sudahpun menjadi, tetapi akademi itu terpaksa diletakan di Intan, atas sebab Menteri yang mengurus wanita dalam kabinet Najib, bersedia melaksanakannya.

Isu masih lagi segar berkaitan RM240 juta yang disalurkan kepada NFC, untuk tujuan penggemukan lembu yang diurus suami Sharizat berserta anak-anaknya. Kini isu itu belum selesai, walaupun telah diambil alih oleh kerajaan.

Sharizat sekurang-kurangnya "mampu" keluar daripada kemelut itu, dengan alasan "tidak tahu menahu urusan suami dan anak-anaknya berkaitan NFC. Dengan kejayaan beliau itu, maka wanita masih memilih beliau sebagai Ketua Wanita pada pemilihan baru-baru ini.

Pada PRU-13 lalu, Sharizat tidak dipilih sebagai calon, namun kerana beliau dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri bagi hal ehwal wanita.

Kepercayaan Najib terhadap Shahrizat dianggap luar biasa, seperti mana berlaku semasa Tan Sri Rafidah Aziz memberi kepercayaan kepadanya sewaktu menjadi naib wanita. Julung kalinya Naib Wanita menentang ketuanya, ini berlaku kepada Shahrizat.

Kini, setiap kesempatan, Shahrizat terus memberi segala pujian kepada Najib, meskipun, secara umumnya rakyat tahu, bahawa pujian itu sebenarnya tidak kena pada tempatnya.

Najib sebenarnya bernasib baik, berbanding Pak Lah (Tun Abdullah Badawi), kerana tidak berlaku desakan mengundur diri, selepas PRU-13, kerana semua rakyat tahu, bahawa pencapaian Bn adalah terburuk, bukan sahaja daripada segi jumlah kerusi malah undi popular. Yang menyelamatkan Najib adalah peningkatan jumlah kerusi Umno daripada 79 (PRU-2008) kepada 88 (PRU-13).

Kita tahu, bahawa Pengerusi Umno Selangor adalah Najib sendiri, selepas PRU-13, pencapaian Bn sungguh teruk, baik parlimen mahupun Dewan undangan negeri. 

Terbaru adalah perlantikan pendakwa bebas ustaz Kazim, mantan ahli pas yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno; walaupun lantikan itu tidak menjadi, kerana Kazim menolaknya, boleh dilihat sebagai tindakan yang kekalahan moral buat perdana menteri.

Melihat kepada keputusan PRU-13 lalu, sebenarnya kodo kepada Sabah dan Sarawak, di mana sebelum ini terlepas pandang oleh pimpinan pusat. Akibat tsunami politik terus berlaku di Semenanjung, maka atas sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, maka Bn terus menguasai Putrajaya.

Kita tidak dapat meneka, sampai bila penghargaan kepada Sabah dan Sarawak terus berlaku, kerana bagi mereka yang pernah tinggal lama di Semenanjung, sudah pasti mengetahui benar apa persaaan mereka terhadap rakyat Sabah dan Sarawak.

Bagi rakyat Sabah dan Sarawak pertanyaan " Bila sampai ke Malaysia" oleh rakyat Semenanjung, bukan perkara luar biasa, kerana ianya mencerminkan persaaan mereka terhadap penduduk Sabah dan Sarawak.

Kembali kepada tajuk tulisan ini "antara bank wanita dan Shahrizat' ramai bertanya " Apa kah fungsi bank itu? Apa kah benar-benar untuk wanita? 

Kini, Wanita Umno diiktiraf sebagai "tulang belakang Umno" selepas PAU 2013; dan pertama kali, Ketua Pergerakan wanita bukan sebagai wakil rakyat dan tidak berkedudukan Menteri, meski mendapat ikhasan sebagai Penasihat yang "bertaraf" menteri.

Ahli PKR Keluar Parti Bagaikan Najis: Rafizi Ramli

Bongkaknya Rafizi Ramli, apabila mengatakan bahawa pemimpin yang keluar daripada parti, bagaikan najis apabila mengulas keluarnya beberapa pemimpin PKR Sabah termasuk dua DUN baru-baru ini.

Memetik posting Malaysia Today Rafizi berkata "Thank you for sucking away our dirt" yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR, yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.

Seorang bekas pengasas PKR Ng Lum Yong mengulas kenyataan itu sepertimana disiarkan melalui Utusan Malaysia, beliau berkata Rafizi Ramli dinasihatkan agar tidak bercakap besar dan bangun daripada mimpi indah serta menyedari hakikat sebenar bahawa ahli-ahli parti itu sudah muak menjadi hamba kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lum Yong selanjutnya berkata, Rafizi perlu bangun daripada mimpi dan berdepan dengan realiti bahawa parti 'telunjuk' Anwar itu tidak lagi relevan dan tidak diterima oleh ahli-ahlinya sendiri.

Ini kerana katanya, ahli-ahli yang berani mengambil haluan kiri, sekali gus membelakangkan parti bukan sahaja menyedari hala tuju parti berkenaan sudah jauh terpesong daripada landasan asal penubuhan, malah, telah bosan menjadi hamba serta mendengar arahan daripada Anwar.

Selain itu Lum Yong juga mengingatkan Rafizi bahawa mereka yang meninggalkan parti itu;  keluar secara sukarela dan tidak dipaksa, apatah lagi dibeli oleh Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

"Mereka sudah jelik dengan penipuan Anwar seperti baru-baru ini yang mengaitkan 40,000 pengundi Bangladesh diimport untuk pilihan raya. Sudah lama mereka bertahan dengan kerenah bongkak pemimpin itu, justeru mengambil tindakan untuk keluar parti.

"PKR sekarang lebih memperjuangkan Anwar. Itulah sebabnya ramai yang lari. Anwar tidak layak diangkat sebagai pemimpin kerana pimpinannya tidak pernah mengikut prinsip atau perlembagaan, itu perlu disedari oleh Rafizi dan bukannya menghina mereka yang meninggalkan parti," katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Lum Yong, tindakan Rafizi yang menghina bekas ahli-ahli PKR itu terlalu melampau dan di luar batas norma seorang manusia yang bergelar pemimpin.

"Jangan sombong Rafizi, tunggu masa akan terkena pada batang hidung sendiri. Mungkin satu hari nanti awak juga akan mengikut langkah mereka yang meninggalkan parti kerana sedar perjuangan itu sia-sia dan tidak dihargai serta tidak berpihak kepada diri sendiri," katanya.

Sunday, December 08, 2013

Apa Hak Lim Guan Eng Bercakap soal Umno

Umno ditubuhkan memang untuk kaum melayu. Sebabnya kaum yang terbesar dalam negara adalah melayu. Negara juga, disebut Tanah Melayu. Apa hak Lim Guan Eng bercakap soal Umno? Apa hak beliau mempersoalkan Umno memperjuangkan hak melayu.

Kalau Najib memperkatakan, bahawa perjuangan Mandela hampir sama dengan perjuangan Umno, memang berasaspun, kerana sama-sama memperjuangkan suara majoriti.

Mandela meringkuk dalam penjara selama 27 tahun, kerana memperjuangkan hak majoriti yang ditindas, Umno juga memperjuangkan melayu dan seluruh rakyat semasa menuntut kemerdekaan daripada British; apa bezanya dengan perjuangan Mandela?

Mandela dibebaskan sebelum tahun 1994 dan menjadi Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994, melalui partinya ANC.

Mandela menjadi Presiden bagi pihak rakyat majoriti dan sekaligus kepada seluruh rakyat Afrika Selatan termasuk yang minoriti.

Demikian juga Umno, walaupun Umno mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak setiap kali pilihanraya umum, namun kerana menganggap perkongkisan kuasa dalam negara yang berbilang kaum adalah satu cara mengwujudkan hubungan antara kaum, maka Umno senantiasa berkongsi kuasa.

Dalam mengisi kemerdekaan, telah diwujudkan parti perikatan iaitu yang mengambung antara kaum dan kemudian ditukar kepada barisan nasional.

Sejak Merdeka, sehingga kini, Bn dengan tulang belakang Parti Umno tetap mengamalkan perkongsian kuasa, walaupun MCA dan Gerakan secara sukarela tidak mahu menyertai kabinet persekutuan.

Sejak Merdeka, kecuali pilihanraya tahun 1969, sokongan kaum cina tidak menyebelahi Parikatan ( kini dikenali sebagai barisan nasional), dan keadaan itu berulang pada tahun 2008 dan semakin menjadi-jadi pada tahun 2013.

Politik DAP yang bersifat perkauman yang sungguh tebal, menyebabkan kaum cina mula menyokong parti itu, dan kini majoriiti kawasan cina diwakili DAP, walaupun MCA masih memempunyai kerusi akan tetapi di kawasan campuran, demikian juga Gerakan.

Trend sokongan kaum terhadap parti-parti di negara ini, kini semakin jelas, kaum melayu berpihak kepada Umno, manakala cina berpihak kepada DAP, manakala kaum India, masih dianggap 50-50 antara parti-parti dalam barisan nasional, dan Pakatan Rakyat.

Polarisasi antara kaum sejak tahun 2008, semakin ketara sekarang, di mana kaum cina tidak lagi terikat dengan asas ikatan melalui barisan nasional, akan tetapi telah menampakan diri menolak perkongsian kuasa.

Keadaan sekarang sebenarnya, adalah perjuangan asas DAP sejak penubuhannya pada tahun 1966; dan melalui dua PRU, ternyata perjuangan mereka menemui kejayaan.

Sebenarnya, apa yang berlaku sejak PRU 2008 dan PRU 2013, kaum melayu yang menolak Umno terlupa, bahawa mereka terpengaruh dengan agenda DAP yang beraja di mata dan beraja dihati. Sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat, dengan mememangkan calon-calon DAP, seperti kata orang, ambil pemukul dengan memukul kepala sendiri.

Kaum melayu seharusnya sedar, bahawa menyokong Pakatan Rakyat melalui parti PAS dan PKR sebenarnya bukan menguntungkan dua parti itu, sebaliknya menguntungkan DAP dan kaum cina pelampau.

Sebagai contoh, pada PRU-13 lalu, walaupun PKR dan PAS bertanding lebih kerusi berbanding DAP, tetapi DAP menang 40, manakala PKR 28 dan PAS 21. Dengan angka-angka ini, seharusnya kaum melayu perlu mengambil iktibar, bahawa sokongan mereka terhadap pakatan rakyat, sememangnya menguntungkan DAP.

Atas prinsip inilah, mungkin salah satu cara untuk tetap mempengharui kaum melayu yang menyokong pakatan rakyat, maka apa sahaja kebijaksanaan Umno, maka pemimpin seperti Lim Guan Eng terus mengambil kesempatan demi memelihara sokongan kepada DAP.

Keperitan Hidup Rakyat -Akan Menghantui Bn Menjelang PRU-14

Bagaikan domino, satu demi satu tindakan kerajaan, menjurus kepada keperitan hidup rakyat. Isunya hanya satu- SUBSIDI DIKURANGKAN.

Memang, tindakan mengurangkan subsidi adalah satu kebijakan fiskal yang baik. Tujuannya bukan sahaja mengurangkan beban kewangan negara, juga mengurangkan defisit perbelanjaan.

Namun, kerana faktor subsidi merupakan elemen yang signifikan terhadap kenaikan harga, maka rakyat terperangkap dengan keadaan itu. Rakyat maksudnya, bukan sahaja pengguna yang terperangkap, malah peniaga, kerana peniaga tidak menggunakan perkiraan rasional dalam menentukan harga barangan.

Harga gula dikurangkan subsidi, tapi harga bawang pulang dinaikan dua kali. Minyak dikurangkan subsidi, tapi harga timun dinaikan dua kali.

Keperitan hidup kini dialami oleh rakyat yang berpendapatan rendah, kerana gaji yang mereka dapat seluruhnya digunakan untuk menampung kehidupan, ertinya tabungan untuk masa depan tidak boleh dilakukan lagi.

Keperluan kewangan merupakan vital bagi setiap rakyat, mula daripada keperluan anak-anak bersekolah, sehingga kepada keperluan kediaman.

Kualiti hidup rakyat sudah terancam, apa lagi mencuba lifestyle zaman moden.

Dalam sistem pilihanraya negara, suara majoritilah yang menentukan kemenangan. Dan ternyata, suara majoriti inilah yang terkena impak besar terhadap kebijakan kerajaan yang sedang dilakukan.

Memang mudah, untuk memperkatakan, rakyat kena bersabar, rakyat kena berkorban, slogan ini, telah wujud sejak merdeka lagi.

Pada zaman pre-merdeka, slogan itu, memang sesuai, kerana kita mahu menuntut kemerdekaan; namun kita sudah merdeka 56 tahun, tak kan slogan yang sama perlu diulang lagi.

Para pemimpin, kena ingat, masih ramai rakyat belum menikmati keperluasan asas sebagai rakyat sebuah negara merdeka. Satu fakta, sehingga kini, tidak sedikit rakyat yang masih belum menikmati air bersih, sedangkan keperluan itu, sangat vital untuk melahirkan kehidupan yang berkualiti.

Di peringkat bandar, malah sudah dicanangkan bagaimana mengadakan tandas yang serba canggih, mesra pengguna dan menepati keperluan kehidupan yang berkualiti. Namun, kita terlupa bahawa mengwujudkan tandas yang bersih, memerlukan air sebagai bahan pembersih.

Kesabaran rakyat ada hadnya, selagi mereka melihat, menyaksikan ketimpangan sosial, ketimpangan ekonomi dan ketimpangan cara kehidupan.

Sebenarnya, perjuangan kerajaan adalah bagaimana mengwujudkan kesama taraan kehidupan, bukannya sibuk dengan kewujudan ketimpangan anutan sosial seperti LBGT. Aliran ini, sebenarnya sukar dibendung, kerana dari segi fakta agamapun, keadaan ini telah wujud berkurun lamanya.

Aliran LBGT, sebenarnya adalah penyimpangan sosial untuk membezakan antara manusia yang diredahi Allah dan yang bukan. Sebabnya, jika perkahwinan antara lelaki dan lelaki atau wanita dan wanita berlaku, maka mereka tidak akan mempunyai zuriat sebagai penerus kehidupan songsang mereka. Ertinya, dunia ini, akan terlepas gejala ini, kalau semua pelaku songsang ini, pupus di dunia. Pada masa itu, hanya mereka yang diredahi Allah sahaja yang menghuni muka bumi ini. Seseungguhnya Allah maha mengetahui, maha tahu dan maha perancang, kepada semua gejala yang menyimpang dalam kehidupan semulajadi manusia. 
 
Kerajaan, seharusnya memberi penumpuan kepada bagaimana menaik taraf kehidupan rakyat, dengan berbagai kaedah yang mudah dilakukan. mudah difahami, bukannya yang berunsur penuh brokrasi, dan hanya dapat dinikmati oleh mereka-mereka yang terpilih.
 
AYT, berkata demikian, kerana menurut pengalaman, kalaulah kabel seseorang itu, tidak kuat, maka kata orang :habukpu tarak"
 
Jika Bn, mahu mengekalkan tapuk kuasa "beyond" PRU-14, maka mulai sekarang, perlu mengambil kira keperluan rakyat majoriti terutama yang berada di pedesaan.


Umno Kuat, Tapi Tidak Kebal

UMNO tidak boleh leka, dan menganggap sokongan melayu atau bumiputera yang mencecah 70 peratus semasa PRU-13 lalu, akan senantiasa berterusan.

PAS dan PKR akan mengubah strategi, dan menumpukan kepada kaum melayu atau bumiputera selepas pakatan itu dapat mencipta tsunami cina pada tahun 2008 dan 2013.

Jangan anggap, bahawa tsunami melayu tidak akan berlaku terhadap Umno, kerana meskipun Umno pada masa ini kuat, tidak semestinya kebal, terutama pada PRU-14 akan datang.

Parti Pakatan Rakyat terutama Pas dan PKR sedang mengintai dan sedang mencatur strategi. Mereka akan memanfaatkan segala kelemahan Umno, terutama yang berkaitan dengan pemimpinnya.

Atas sebab itu, pemimpin Umno kena bersiap sedia, memelihara segala perbuatan, senantiasa membaharui pendekatan, mengelak melakukan "blunder move" agarnya ianya mempersempit peluang pembangkang memutar belit isu yang boleh membawa impak negatif.

Ambil iktibar bahawa pada PRU-13 lalu ada juga kawasan majoriti melayu yang asalnya wilayah Umno, ternyata Umno kalah. Keadaan ini merupakan satu signal, bahawa tsunami melayu itu boleh berlaku.

Umno kena mengambil iktibar, bahawa semua kerusi yang di menangi Pas adalah majoriti melayu, ertinya sangkaan bahawa tsunami melayu akan berlaku, boleh berlaku. Menganggap bahawa tsunami melayu mustahil berlaku, sebenarnya tidak disokong oleh fakta lapangan. PRK Sungai Limau, Kedah misalnya, di mana pengundi 95 peratus melayu, tetap dimenangi Pas, meskipun Umno mencuba merebutnya melalui Saf kepimpinan Umno yang baru.

Persidangan Umno 2013 Berlabuh-Diiringi Puisi Dato Seri Najib


Puisi mengenai perjuangan Umno dan survival orang Melayu di masa hadapan menjadi penutup bicara Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Sabtu.

Najib yang segak berbaju Melayu berwarna hijau pucuk pisang dalam karyanya itu antara lain mengingatkan orang Melayu supaya tidak berbalah sesama sendiri dan rapatkan saf perjuangan dalam menghadapi cabaran untuk terus membolehkan parti itu kekal relevan.

Beliau juga meminta para anggota parti merenung nasib mereka tanpa Umno dengan mengutamakan perjuangan parti melebihi kepentingan diri.

Ucapan penuh bermakna oleh Najib selama lebih sejam itu bukan sahaja disaksikan seramai 2,739 perwakilan yang hadir, malah turut disiarkan secara langsung menerusi radio dan stesen televisyen tempatan.

"Sebagai Presiden Umno sebelum saya akhiri ucapan, saya ingin berpesan dan beri pedoman..."

Walau sutera cantik dipakai,
Belacu juga tahan diuji,
Sudah lumrah dalam perjuangan,
Ada yang luka ada yang parah,
Ada yang pergi membawa hati,
Ada yang hilang entah ke mana,
Apa guna merajuk hati,
Sampai membakar perjuangan sendiri,
Kalau Umno dah tertewas dan mati,
Kalau Umno sudah tidak bersenandung lagi,
Akhirnya tersungkur menyembah bumi,
Semuanya sudah tidak bermakna,
Semuanya sudah tidak bererti.

Saudara dan saudari...

Benar jika ada pun khidmat yang telah dicurah,
Jika adapun bakti yang telah disemai,
Usahlah sedikit pun berasa kesal,
Sekalipun ia tidak terpandang di dunia sementara,
Pesan orang cerdik di zaman bahari,
Tulislah jasa-jasa kita itu di atas pasir pantai,
Supaya hilang tersapu ombak,
Kerana budi kita yang baik,
Pastinya dikenang jua,
Jadikanlah luka dan parut itu sebagai tanda azimat,
Bahawa kitalah pahlawan Umno yang sedang berjuang.

Saudara saudari...

Ya...memang Umno tidak sempurna,
Ya...memang Umno tidak lengkap,
Kendati itu tabahkanlah nurani dan berlapang-lapanglah dada,
Bahawa perjuangan Umno secara manusiawinya adalah amat teguh dan sempurna,
Pokoknya janganlah Melayu berdengki-dengki sesama kita,
Janganlah Melayu menfitnah sesama bangsa,
Janganlah Melayu memusnah sesama sendiri,
Bersabarlah dalam menerima cubaan,
Teguhkanlah iman di dada,
Perjuangan ini adalah untuk kita terus hidup,
Pergorbanan yang dibuat adalah untuk melihat Umno terus mekar dan mengharum demi anak cucu.

Makanya saudara dan saudari sekalian...

Janganlah ditangguh-tangguh,
Usahlah berbasai basi,
Janganlah berdolak dalih lagi mengalas perjuangan mulia ini,
Sesungguhanya...
Allah Tuhan yang mentakdirkan siapa yang Dia kehendaki untuk naik,
Dan siapa yang Dia kehendaki untuk turun,
Kita merancang Allah juga merancang,
Dan Dialah sebaik-baik perancang,
Ketahuilah Allah itu tidak tidur,
Allah itu Tuhan yang nampak segala,
Umno sedang berbuat sehabis baiknya,
Redalah atas perjuangan ini,
Berserahlah segala semua kepadaNya,
Semoga negara ini menjadi,
Baldatun Toyyibatun Warabun Ghofur (negeri yang subur,makmur, adil dan aman)

Saudara saudari...

Makanya walau pembangkang terus-terusan bermain api,
Beraja di mata beraja di hati,
Tapi Umno dengan penuh bermaruah akan tetap bersultan di mata bersultan dihati,
Namun siapa kata Umno tidak berani?Siapa kata Umno berdiam diri?
Umnolah yang akan membenteng betis dan menahan dengan perabung-perabung dadasemua tusukan-tusukan itu,
Demi membela dan mempertahankan Islam,
Untung nasib Melayu, Bumiputera dan Malaysia tercinta kita ini.
Oleh sebab itulah selama ini biarlah kita dicerca,
Biar kita diasak sebegitu rupa,
Umno tidak sesekali akan putus asa,
Umno tidak sesekali akan merelakan bumi Malaysia diganggu walau sezarah punkepentingannya.

Wahai ahli Umno semuanya,
Wahai pejuang parti sekalian,
Bingkas dan bangkitlah,
Umno parti menunjang watan,
Umnolah parti anak jantan.
Jauh ke tengah si pulau Pandan,
Gunung daik bercabang tiga,
Walau berpisah hayat dari badan,
Umno dan pertiwi diperbenteng jua.

Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!!

Hidup Umno!!! Hidup Umno!!! Hidup Umno!!!

Hidup Malaysia!!! Hidup Malaysia!!! Hidup Malaysia!!!-

Saturday, December 07, 2013

Sodomi II: Anwar Fail Permohonan Baru-Singkirkan Tan Sri Shafee Abdullah

Selagi Anwar tidak dapat menyikirkan Tan Sri Shafee Abdullah, peguam yang dilantik oleh Ketua Peguam Negara mengetahui semakan perbicaraan Sodomi II yang melibatkan beliau dengan bekas kakitangannya Mohd Saiful, Ketua Pembangkang itu, tidak akan berhenti.

Anwar dan peguambelanya Karpal Singh dikatakan mengakui dari awal-awal, bahawa pada kali ini, mereka akan kalah, apabila Tan Sri Shafee mengetuai pasukan pendakwaan dalam semakan sodomi II.

Anwar sebelum ini, dibebaskan daripada tuduhan meliwat, kerana masalah teknikal oleh mahkamah tinggi.

Bagi permohonan baru Anwar untuk menyingkirkan Shafee satu Akuan Berkanun (SD) bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dijadikan sandaran untuk permohonan baru untuk menghilangkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada rayuan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang berkata, semalam, Messrs Karpal Singh & Co semalam memfailkan permohonan itu bagi pihaknya bagi menyingkirkan Shafee yang mengetuai rayuan pasukan pendakwaan.

"Alasan untuk permohonan baru ini terdapat dalam afidavit yang disediakan dan difailkan saya, berdasarkan pendedahan Mat Zain dalam SD pada 7 Oktober 2013 dan pendedahan pada umum pada 2 Disember 2013," kata Anwar.

Dalam kenyataannya, Anwar (kanan) berkata, pendedahan mengejutkan bahawa Shafee mengetahui dakwaan penglibatan peguam negara dalam memalsukan bukti dan lain-lain, membangkitkan persoalan tentang peranannya.

Permohonan sama Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 21 November lalu ditolak dengan alasan peguam negara mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pendakwa.

Friday, December 06, 2013

Nelson Mandela Telah Tiada

BEKAS Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya, Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.

Presiden Jacob Zuma mengatakan Mandela 'pergi dengan damai'.

"Bangsa kita kehilangan seorang yang terbaiknya," kata Zuma.

Sejak tahun 2004 Mandela sudah jarang dilihat masyarakat umum, namun pernah muncul seketika Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

"Apa yang membuatkan Nelson Mandela agung adalah sikap sejatinya yang membuat dia sebagai manusia.

"Kita melihat dalam dirinya apa yang kita lihat di dalam diri kita," jelas Zuma ketika bersiaran di stesen TV Nasional.

Beliau meraih Nobel Perdamaian pada tahun 1993 dan terpilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan tahun 1994 sebelum mengundurkan diri setelah lima tahun memikul tanggungjawab tersebut.

Mandela juga dilihat sebagai satu ikon dunia dan pernah di penjara selama 27 tahun di bawah rejim aparteid Afrika Selatan.

Sunday, December 01, 2013

Perhimpunan Agung Umno 2013: Apa Yang Parti Cari?

Esok (Isnin) Perhimpunan Agung Umno tahun 2013 (PAU 2013) bermula di PWTC, Kuala Lumpur. Hampir 6,000 perwakilan akan menyertai (hampir 2,600 untuk Persidangan induk), sementara pemerhati mencecah ribuan. 

Walaupun PAU kali ini dikatakan tidak begitu menarik, ekoran selesainya PRU-13 dan pemilihan Umno, akan tetapi berbagai pihak ingin mengetahui arah tuju parti untuk memastikan parti itu tetap relevan.

Selain itu, PAU kali ini, mahu melihat bagaimana soladiriti saf kepimpinan baru parti itu terutama berdepan dengan PRU-14.

Umno perlu mencipta arah tuju yang sesuai dengan perkembangan zaman, jika tidak, parti itu pasti tidak akan mampu bertahan pada zaman informasi yang terbuka ini.

Bukan sahaja parti yang perlu mengubahsuaikan diri, akan tetapi yang utama adalah pemimpin parti itu, perlu berubah sesuai dengan kehendak rakyat.

Umno perlu menjadi Hero kepada rakyat keseluruhannya, bukan hanya untuk kaum melayu; kerana yang menentukan dalam pilihanraya umum, bukan hanya terletak kepada kaum melayu, akan tetapi di semua peringkat kaum.

Umno perlu mempoteritkan dirinya sebagai pembela kepada semua, walaupun pada masa yang sama memberi perhatian khusus kepada kaum melayu, yang masih tertinggal dalam serba serbi.

Sudah tiba masanya, Umno mengulangi perjuangannya Demi Agama, Demi Bangsa dan Demi Negara, diperbahrui dan diperhalusi, kerana asas perjuangan ini, akan kekal sepanjang hayat, selagi adanya negara yang di namakan MALAYSIA.

Umno kena ingat, bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat, telah mengubah pendekatan, Parti-Parti pembangkang itu, terutama DAP, telah melakukan pendekatan baru, dengan menyatakan, bahawa DAP sama sekali tidak menolak kepimpinan melayu, melainkan mereka mengajak rakyat supaya menolak Umno dan barisan nasional, kerana menurut mereka, kerajaan Bn hanya menguntungkan rakyat terpilih, dan kerajaan yang penuh rasuah.

Jangan ambil mudah pendekatan ini, kerana rakyat, terutama generasi muda yang tidak mengalami kepertitan hidup di awal negara membangun, akan mudah menerima pendekatan itu.

Pemimpin Umno, perlu melupakan nostalgia lampau, perlu melupakan sifat bangsawan, kerana faktor itu boleh menjadi faktor memperkecil sokongan kepada Umno.

Parti kena luwes dan perlu sesuai dengan semua situasi dan kondisi; agar rakyat merasa dekat dengan parti itu.

Elakkan parti bersifat terlalu eklusif dan mewah, kerana ianya boleh menjadi bahan politik pembangkang, untuk menimbulkan kebencian kepada parti dan pemimpinnya.

Blog Archive