Saturday, November 30, 2013

Kenaikan Gaji Wakil Rakyat dan Exco Selangor: Bagaimana Pemimpin Pakatan Rakyat Bersandiwara

Kita menyaksikan sandiwara paling hebat di Selangor, apabila Menteri Besar mencadangkan kenaikan gaji wakil rakyat serta exco termasuk Menteri besar, Speaker yang naik di atas 80 peratus, malah ada yang mengalami kenaikan sehingga lebih 300 peratus.

Di dalam dewan semasa pembentangan itu, tiada suara membangkang, dan cadangan itu dibuat sebulat suara. Namun, selepas, ramai pihak terkejut dengan kadar kenaikan itu, mulalah para pemimpin Pakatan Rakyat terutama Anwar dan Azmin, bangkit seolah-olah membantah kenaikan itu.

Tidak sampaipun seminggu, kadar kenaikan itu, Anwar yang pada mulanya pura-pura terkejut dengan kenaikan itu, mula "cover line", kononnya sebahagian kenaikan itu, akan didermakan kepada tabung pendidikan negeri.. Satu alasan yang tidak munasabah.. sebab kalau kerajaan negeri, mahu menambah tabung, pendidikan negeri, boleh sahaja menyalurkan dana, sebanyak mana mereka mahu.

Sementara itu, Azmin berlagak bagaikan pembela kepada rakyat, bercakap dengan lantang, agar Menteri Besar menangguhkan kenaikan itu, namun satu persoalan, menagapa beliau tidak bersuara dalam dewan, sebelum cadangan itu diluluskan? Menurut Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim, Azmin berada dalam dewan, semasa perbahasan dan kelulusan cadangan itu.

Bagi rakyat, kini terbuka mata, bagaimana, para pemimpin Pakatan Rakyat bersandiwara, untuk mengesahkan bagaimana membolehkan mereka mendapat wang rakyat.

Selain itu, bagaimana mereka tidak sepakat, dan tidak setia kepada keputusan yang diambil. Bagaimana kah mereka, boleh diberipeluang mentadbir negara? sedangkan sikap tikam belakang antara satu sama lain menjadi amalan?

Sunday, November 24, 2013

Elak Bayar Cukai: Pengkhianat Negara: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

"Kebaikannya ialah kita akan mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara dan rakyat akan lebih bahagia kerana berdasarkan sumberlah, negara akan menjadi maju," katanya.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutamanya dalam membangunkan kemudahan infrastruktur. "Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan dalam sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara di mana kampung-kampung tradisional, bandar-bandar kecil bertukar wajah.

"Kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti yang baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

"Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita akan menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini," katanya.

Najib turut membidas pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara termasuklah ada ketikanya menentang pelaksanaan GST tetapi kemudian menyokongnya kembali dengan syarat ia dilaksanakan setelah kerajaan menutup semua ketirisan.

"Kita tadbir negara mestilah ada 'sense of responsibility', kita akui mungkin ada ketirisan tetapi kita mempunyai iltizam untuk memperbetulkan sebab itu kita bentangkan secara umum Laporan Audit, mana ada negara yang sempurna," katanya.Mengenai agenda pemerkasaan Bumiputera, beliau berkata ia menjadi agenda nasional bagi memastikan kelompok Bumiputera dapat berkongsi kekayaan negara secara adil dan saksama.

Seminar sehari yang dianjurkan Sekretariat Pena itu bertujuan memberi kefahaman dan penerangan mengenai GST, intipati Bajet 2014 dan agenda pemerkasaan Bumiputera.

Saturday, November 23, 2013

Anwar Sudah Hilang Di Radar Akar Umbi PAS

SELEPAS penubuhan tidak rasmi Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU-12, dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum; Parti Pas turut akur dengan perlantikan itu. Atas sebab itu, di Parlimen Anwar turut dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Kini, bukan lagi hanya cakap-cakap, bahawa Anwar sudah tidak disukai oleh akar umbi Pas, malah ianya merupakan tajuk perbahasan sempena muktamar Pas yang berakhir hari ini.

Perwakilan parti itu tidak segan silu lagi, membahas, sekiranya PR menang dalam PRU, siapa kah bakal Perdana Menteri? Dengan pertanyaan dan usul seperti itu, maka membawa ertinya, bahawa parti itu tiada keyakinan terhadap Anwar lagi sebagai Ketua PR.

Anwar, meskipun terpalit dengan berbagai skandal moral, namun tetap dilantik sebagai Ketua PR, memandangkan latar belakangnya sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Selepas Pas berpakat dengan DAP-PKR, maka secara automatik, para ahli dan penyokong parti itu terpaksa akur dan berketuakan individu yang terkait dengan masalah moral. Kini, Pas juga turut bertanggungjawab terhadap pembohongan Anwar berhubung dengan pengundi 40 ribu Bangla. Ahli Pas juga turut terpalit dengan pembohongan Anwar berhubung dengan blackout semasa pengiraan undi pada PRU-13 lalu, sedangkan semuanya itu tidak berlaku.

Politik bohong Anwar, kian hari kian terbongkar, atas sebab itu akar umbi pas telah mula tersedar dengan cara Anwar. Mereka tidak mahu menanggung dosa lagi, kerana turut bersubahat dengan pembohongan.

Politik bohong Anwar yang bermula sejak tahun 1998 dan menghangat pada tahun 2008, dan masih berbekas sehingga PRU-13 Mei lalu; sebenarnya menghampiri penamatnya. Politik bohong Anwar tidak akan mendapat sokongan lagi, mungkin itulah faktor mengapa suara akar umbi Pas mahu mengetahui siapa akan menggantikan Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Politik bohong yang digunapakai Anwar untuk mendapatkan sokongan, sudah diramal tidak akan bertahan lama. 

Mereka yang mula menyedari itu, antaranya adun PKR daripada Sabah dan para pemimpin PKR daripada negeri itu. Mereka tidak mahu lagi terlibat dengan politik bohong, kerana lambat laun akan memakan diri sendiri.

Pembohongan Anwar berhubung pengundi bangla, kini menjadi bualan rakyat yang terpengaruh dengan pembohongan itu, benarlah kata mereka, Anwar itu boleh berubah-ubah sesuai dengan situasi dan kondisi, seperti sesumpah.

Friday, November 22, 2013

Datin Rosmah Jadi Bahan Politik Pembangkang Lagi

Agak lama, nama Datin Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri tidak menjadi bahan politik pembangkang. Namun, kerana lawatan beliau ke Qatar awal bulan ini, untuk menghadiri satu jemputan bagi menghadiri Persidangan Perniagaan Wanita Antarabangsa, status beliau dipolitikkan lagi.

Bukan salah beliau hadir pada persidangan itu, namun pembangkang mempersoalkan cara beliau hadir. Beliau bertolak ke Qatar dengan menggunakan Jet Kerajaan, dan menurut Azalina diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri-Tan Sri Muyiddin Yassin. Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Shaidan Kassim pula berkata, bahawa penggunaan jet kerajaan diluluskan oleh mesyuarat kabinet.

Datin Rosmah hadir di Persidangan Antarabangsa itu diiringi MP Pengerang- Datuk Azalina Othman Said, Isteri Menteri Luar, Isteri Menteri Kewangan kedua dan beberapa pegawai tinggi kerajaan.

Kehadiran Rosmah, di Persidangan itu, mempunyai impak positif kepada imej negara, kerana selain sebagai tetamu, beliau juga diberi peluang berucap dalam persidangan itu. Melalui tidakannya beliau itu, setidak-tidaknya dapat menaikan imej negara.

Sudah tentunya beliau akan menerangkan kepada peserta antarabangsa itu, berkenaan dengan peluang-peluang perniagaan di Malaysia, paling sedikitpun impaknya, para perserta itu akan menjadi pelancong ke negara ini, kerana gambaran yang baik diberikan oleh beliau mengenai negara ini.

Mengapa kah kita membenci sangat individu yang mengharumkan negara? mengapa pula menyanjung individu yang memburukkan negara? sepertimana dilakukan oleh para pemimpin pembangkang? 

Silap Rosmah dan rombongan hanya menggunakan jet kerajaan. Penggunaan jet itu, sudah tentu ada sebabnya. 

Kebanyakan negara di dunia kini, berlumba-lumba untuk menggambit pelancong, kerana sumber itu adalah merupakan sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara. Setiap pendapatan perlulah kos, demikian juga menarik pelancong, perlu kos. Kos itu, antara lain adalah melalui pemasaran nama negara, seperti mana yang dilakukan oleh Datin Rosmah.

Benar kerajaan boleh menghantar seseorang menteri.. namun, daripada segi value, Rosmah mempunyai value yang tinggi di mata para delegasi.

Rosmah sebagai peserta persidangan itu, bukan sahaja hanya delegasi, akan tetapi beliau juga sempat menjadi tetamu kepada Amir Qatar (bukti pada foto).

Memang perbelanjaan menggunakan jet kerajaan dibayar melalui cukai yang dikutip, bukan duit rakyat sepertimana yang diwar-warkan oleh pembangkang. Cukai adalah satu kewajiban yang perlu dibayar oleh mereka yang termasuk dalam pembayar cukai. Tanpa lawatan itu pun, pembayar cukai tetap perlu membayar cukai. Tanpa menanggung, kos lawatan itupun, wang cukai itu tetap dibelanjakan. Nah, di sini, hasil cukai itu dibelanjakan sebagai kos pemasaran negara ini di luar negara; dan pulangannya adalah jangka panjang, baik daripada segi pelancongan mahupun pelaburan langsung.

Nama Rosmah merupakan jenama. Pembangkang tidak boleh menafikan itu. Mereka menafikannya, bukan kerana masalah penggunaan jet kerajaan, namun mereka cemburu, kerana imej negara akan jadi harum di negara-negara Arab khasnya dan dunia amnya. Inilah yang pembangkang tidak mahu berlaku terhadap imej negara. Mereka mahu, imej negara supaya buruk, bagi memudahkan mereka mengelentong negara lain, untuk mendapatkan simpati.

Thursday, November 21, 2013

Isu Pengundi 40,000 Bangladesh: Akhirnya Anwar Berdolak Dalik

LAMA sudah AYT tidak menulis berkaitan Anwar Ibrahim. Namun, AYT tertarik mengulas, kenyataan Anwar berkaitan dengan 40,000 pengundi Bangladesh, kononya pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan ataupun SPR berkaitan dengan isu itu. Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu menuduh blogger Pro-BN yang memutar belitkan isu itu.

Anwar Anwar. Berbohong siang pandang-pandang, berbohong malam dengar-dengar. Anwar terlupa, bahawa berbagai rakaman, dari berbagai sumber termasuk youtube, dan rakaman oleh pihak SPR sendiri, bahawa daripada mulut Anwarlah keluarnya, isu pengundi 40,000 daripada Bangladesh telah mengundi di PRU-13 lalu.

Disebabkan isu itu, diulang-ulang oleh pembangkang, terutama pada masa protes sebulan mereka terhadap keputusan PRU itu, maka bukan sahaja pihak SPR telah membuat laporan polis, malah Perdana Menteri, mengulasnya dalam bajet 2014. 

Sebenarnya, isu-isu yang didakwa pihak pembangkang pada PRU itu, termasuklah dakwat kekal dan blackout adalah satu penipuan. Tujuan mereka, agar supaya rakyat bangkit merusuh, seperti berlaku di Timur Tengah, yang dikenali sebagai Arab Spring.

Kita berterima kasih pada rakyat Malaysia, kerana rakyat majoriti masih waras dan tahu menilai mana satu fakta dan auta; atas sebab itu, penat sahaja Anwar selama sebulan menjelajah negara untuk mempengaruhi rakyat akar menolak keputusan PRU-13 itu, ternyata tidak mendapat sambutan.

Kini, selepas Anwar menyedari, bahawa pembohongan mereka tidak lagi menjadi umpan kepada kepada rakyat, maka dengan sendirinya beliau mengakui secara tidak langsung bahawa beliau berbohong, namun malangnya menyalahkan pula pihak lain.

Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang semakin hari terdedah, maka pada PRU-14 akan datang, nampaknya politik Anwar tidak relevan lagi.

Sunday, November 17, 2013

Sabah: Selepas Krisis Kg Tanduo Kini Krisis Pulau POM-POM

DI Sabah, pulau itu lebih dikenal dengan sebutan Pulau Bum-Bum. Pulau itu, kini bukan sahaja sebagai tempat peranginan mewah, namun kini turut dikenali kerana penembakan pelancong daripada Taiwan awal minggu ini.

Pada Februari lalu, Sabah turut menjadi perhatian, bukan sahaja oleh rakyat negara ini, malah dunia, ekoran pencerobohan 200 militan pimpinan Jamalul Kiram III, di Kg Tanduo, Lahad Datu.

Dalam setahun, Sabah dikenali di dunia, bukan kerana perkara-peraka yang baik, namun yang jelek-jelek. Inilah hadiah kepada negeri yang mempunyai pantai yang panjang, kira-kira 1,400km, yang terdedah kepada pencerobohan daripada negara jiran, yang kurang kuat ekonominya. 

Kejadian di Pulau Bum-Bum, bukan sahaja kegusaran kepada ESSCOM yang ditubuhkan pada Mac lalu, malah kejadian itu dipolitikan oleh pihak pembangkang, malah ada pemimpin pembangkang meminta Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan meletakan jawatan, sebagai tanggungjawab terhadap kejadian yang terbaru.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan ESSCOM atau ESSZONE dengan menempatkan sekurang-kurangnya 7 batalion pasukan keselamatan, namun seperti kata Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek, disebabkan panjangnya, pesisir pantai, maka tidak mungkin dapat mengawal setiap inci kawasan itu. Setidak-tidaknya itulah alasan yang diberikan, kerana gagal mengesan penculik dan pembunuh itu sebelum bertindak.

Ironinya, kejadian itu, berada kira-kira 800 meter daripada pos keselamatan yang terdekat; apa yang malangnya, mengapa, kejadian itu boleh berlaku, dengan jarak seperti itu?.

Laporan awal, berkaitan dengan kejadian itu bersimpang siur, ada yang mengatakan dilakukan oleh penjenayah tempatan, dan kini kononnya didalangi oleh ABU SAYAF dan AL-QAEDA.

Pulau Bum-Bum, memang dekat dengan Pulau Tawi-Tawi, Filipina. Hanya 30 minit dengan boat laju diperlukan untuk sampai. 

Kejadian ribut Haiyan yang melanda Filipina, juga pada awal minggu ini, menyebabkan pasukan keselamtan negara itu dikerahkan membantu rakyat negara itu yang menjadi mangsa, menyebabkan kawalan di sebelah selatan negara itu menjadi poros, ESSCOM sepatutnya mengantisipasi keadaan ini.. Kalaulah tindakan awal dilakukan, mungkin, kejadian pembunuhan pelancong Taiwan yang berumur 57 tahun dan penculikan isterinya yang berumur 56 tahun tidak akan berlaku. Kini Sabah menjadi liputan di Negara Taiwan for the wrong reason.

Friday, November 15, 2013

Norazita Abu Talib- Hero Pembongkaran IC Palsu

KALAU bukan tragedi kematian Pegawai AmBank itu pada 23 Oktober lalu di premis di mana dia berkerja, perhatian terhadap Kad Pengenalan palsu, tidak akan mendapat perhatian khusus.

Sabah telah bergelumang dengan masalah IC palsu sejak berdekad, namun selepas tahun 2009, barulah diambil perhatian dengan pengwujudan RCI Pati (Keputusan belum diketahui selepas pendengaran di mahkamah Kota Kinabalu).

Masalah yang berupa beban kepada rakyat Sabah itu, tidaklah seserius bagi anggapan para agensi kerajaan yang terlibat, sehinggalah kematian Norazita Abu Talib, 37 seorang ibu kepada anak-anak yang masih belajar.

Nampak sangat tindakan pantas agensi kerajaan yang terlibat, samada daripada KDN atau JPN. Berikutan kejadian itu, KDN membatalkan dengan serta merta, syarikat pengawal keselamatan yang memperkerjakan penama Ardi Hamza (Loade Ardina Loade Rasila atau nama dalan facebook Ardi Ode Putra Katela). Juga pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara yang bertanggungjawab berkaitan pengeluaran kad pengenalan) bertindak, dan tidak segan silu menyatakan bahawa ramai pengawal keselamatan di negara ini dibekalkan dengan kad pengenalan yang dipalsukan.

Kerajaan melalui JPN, sebenarnya telah mengakui, bahawa penggantian Kad Pengenalan bermutu tinggi dengan menggunakan Chip, tidak mudah dipalsukan, namun, kenyataannya, ianya berlaku.

Kalaulah kad pengenalan yang dikatakan palsu itu, benar-benar palsu, bagaimana ianya digunakan sebagai dokumen untuk membuka akaun bank? bukankah bank menggunakan sistem biometrik, di mana maklumat individu tersimpan dalam microchip dalam kad pengenalan itu? 

Apa yang telah berlaku terhadap Norazaita Abu Talib, telah mendedahkan kepincangan yang telah berlaku dalam agensi yang berkaitan dengan kewarganegaraan; dan dengan itu, kematian pegawai bank itu sebagai "hadiah" kepada rakyat berakitan dengan IC palsu di negara ini. Kematian Norazita bukan sahaja membuka mata penguatkuasa, akan tetapi arwah menjadi hero kepada pembongkaran IC palsu dalam negara.

Kini, diberitakan bahawa satu peraturan baru, bahawa setiap pegawai keselamatan yang diambil berkerja diwajibkan mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada JPN. Persoalannya kenapa daripada sekarang? bukankah daripada dahulu lagi? sedangkan semasa mendaftar anak di sekolah rendahpun, setahu penulis, di Sabah contohnya, Kad Pengenalan Ibu dan Bapa, dimestikan mendapat pengesahan daripada JPN, sebelum anak itu dapat didaftarkan.

Di Sabah, isu pemengang ic palsu, bukan suatu rahsia lagi, ianya merupakan keadaan yang sungguh membimbangkan rakyat pribumi. Mereka ini, selain yang memegang dokumen IMM13, merupakan ancaman kepada rakyat Sabah. Ancaman, bukan sahaja bagi lapangan perniagaan, malah di rumah-rumah murah yang dibangunkan oleh kerajaan.

Bagi rakyat pribumi, yang tidak berkemampuan, walaupun mereka ini layak memohon rumah-rumah murah yang dibangunkan kerajaan, namun mereka tidak sanggup menghuni di kawasan-kawasan itu, kerana keadaan yang tidak kondusif, selain mereka terpaksa bercampur dengan "penduduk" tetapi sebenarnya budaya penduduk itu sungguh asing bagi mereka.

AYT berharap, tragedi kematian Norazita merupakan kejadian tragedi oktober terakhir yang melibatkan warga asing yang mempergunakan IC palsu di negara ini.

Wednesday, November 13, 2013

PRU-14: Pakatan Rakyat Target 135 Kerusi Parlimen

UNTUK mencapai target itu, DAP perlu menambah 7 kerusi (38), PKR 15(30) dan PAS 24 (21). Ertinya, DAP mentargetkan 7 kawasan cina, PKR pula mentargetkan 15 kerusi campuran, manakala PAS mentargetkan 24 kawasan majoriti melayu.

Melihatkan kepada kecenderungan pengundian sejak tahun 2008 sehinggalah ke PRU-13, nampaknya DAP mungkin mencapai sasarannya, demikian juga PKR, namun tidak bagi PAS.

Kekuatan PAS hanya di kawasan di mana melayu adalah majoriti, sama dengan kekuatan Umno. Melihat trend pengundiaan pada PRU-13 dan PRK Kuala Besut Terengganu dan PRK Sungai Limau, nampaknya status quo pengundi melayu akan tetap berterusan sehingga PRU-14 atau PRU seterusnya.

Keputusan PRU di negara ini, akan senantiasa mempertahankan status quo, selagi rakyat Sabah dan Sarawak tidak berubah pendirian. Walaupun para pengundi Sabah diliputi pancamorgana, namun kesetian kepada BN masih akan kekal selagi pemimpin besar Sabah masih setia kepada perjuangan BN. Demikian juga Sarawak, selagi para pemimpin negeri itu masih setia kepada perjuangan BN, selagi itu, penguasaan Bn akan terus menyerlah.

Kesetian ada batasnya, kerana sebagai pemimpin perjuangan adalah untuk membantu rakyat. Tanpa dana yang yang disalurkan kepada negeri-negeri itu, maka akan membantut pembangunan infra dan kemudahan dan keperluan rakyat.

Semakin hari pertambahan penduduk berlaku. Semakin hari jumlah pencari kerja bertambah. Tanpa tindakan yang seiring dengan keperluan rakyat ini, akan mempermudah seseorang pemimpin untuk bertukar arah dan akan cenderung kepada tawaran yang menarik.

Demikian juga ibu bapa, terpaksa melepaskan anak-anak berpindah ke tanah semenanjung untuk mendapatkan kerja, walaupun sebagai operator kilang atau penjaga kedai makan, kerana berdiam diri di negeri asal, hanya membebankan orang tua, yang hanya cukup-cukup.

Sejak tahun 2008, perkara pokok yang mengubah sokongan rakyat adalah soal-soal yang berkaitan dengan pembahagian kek ekonomi negera. Rakyat mula membuka mata, sejak lebih 50 tahun merdeka, mereka yang mempunyai peluang adalah mereka-mereka yang mempunyai kabel dengan pemimpin di berbagai lapisan.

Bermula daripada kontrak kecil-kecilan sehingga yang berjuta, biasanya mereka yang mempunyai kabel yang mendapat peluang. Kabel boleh berupa, hubungan dengan pemimpin, para pegawai yang ada kuasa atau hubungan kerana "urusan menang-menang". Urusan menang-menang ini adalah terdiri daripada kontraktor yang sudah mempunyai modal, ertinya kontraktor yang sanggup memberi untuk mendapatkan kontrak.

Bagi mengelabui mata rakyat, biasanya seorang kontraktor mempergunakan berpuluh-puluh syarikat, ertinya walaupun setiap kerja yang diperolehi dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan, namun pemiliknya adalah sama.

Keadaan ini, bukan rahsia umum lagi, atas sebab itu, telah menjadi persepsi umum, dan apabila diretorikkan oleh pihak pembangkang, maka rakyat mudah menerimanya.

Dengan ledakan teknologi maklumat, maka aliran maklumat begitu cepat, sehingga sesuatu kejadian berlaku di salah sebuah Kementerian di Ibu negara misalnya, maklumat itu akan turut diketahui di pelusuk negara walaupun kawasan itu terpencil.

Atas sebab itu, pada PRU-12 dan PRU-13, walaupun suatu kawasan berada di luar bandar, namun BN mengalami kekalahan, walaupun secara tradisinya, BN akan kalah di kawasan Bandar dan wilayah pembangkang itu sendiri.

Pada PRU-14 akan datang, keadaan akan berlainan dengan PRU-PRU yang lalu-lalu. Pada masa itu, keadaan akan berada dalam keadaan persiangan yang sama rata diluar bandar bagi BN dan PR, namun bagi kawasan bandar mutlak akan dikuasai PR. Sebabnya, ambil contoh di kawasan luar bandar Sabah- DUN Matunggong, DUN Kedamaian misalnya, sebenarnya kawasan-kawasan ini adalah wilayah BN, namun pada PRU-13 yang lalu, kawasan ini dimenangi oleh pembangkang.

Untuk itu, berasaskan kepada keadaaan ini, AYT merasakan pihak pembangkangpun melihat trend ini, atas sebab itu, mereka berani mensasarkan target 135 kerusi parlimen untuk menduduki Putrajaya.

Dalam politik sebenarnya, kekuatan sesebuah parti itu terletak kepada kepimpinannya. Mungkin Pakatan Rakyat akan memberi cabaran sengit kepada BN, selagi kepimpinan yang ada pada mereka masih bersama-sama, ertinya tiada yang pencen atau meninggal. Kita tahu, pemimpin utama DAP semuanya berada di atas 70 tahun, manakala Anwar pula menuju angka itu pada PRU-14 akan datang, manakala Nik Aziz mungkin akan berundur, kerana faktor kesihatan.

PRU-14, sebenarnya adalah satu keadaan yang menzahirkan kemahuan rakyat secara keseluruhan, samada mahu mengekalkan status quo ataupun tidak. Jika dilihat secara keseluruhan, sebenarnya rakyat sudah memutuskan tidak lagi mempertahankan status quo, perkara ini dilihat daripada segi undi popular, di mana lebih 51 peratus pengundi pada PRU-13 lalu memilih PR, namun, BN mengekalkan Putrajaya kerana sistem demokrasi negara bukan berasaskan undi popular, melainkan jumlah kerusi.

Pada PRU-13 lalu, BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89. Keputusan itu, sebenarnya penurunan bagi BN jika dibandingkan dengan keputusan PRU-12; di mana BN mendapat 140 kerusi parlimen, manakala PR 82.

Target PR pada PRU-14 dengan jumlah 135 kerusi Parlimen, tidak mudah dicapai, namun secara persendirian, hanya parti DAP akan mencapai target, 45 kerusi Parlimen, dengan kata lain, seluruh kawasan Parlimen kaum cina akan dikuasai parti itu.

Hukum Imbang akan berlaku pada PRU-14, meskipun DAP dapat menguasai seluruh kawasan kaum Cina, namun BN akan mampu merampas beberapa kerusi PAS, selain mempertahan kerusi yang ada. Angka 130-133-135, merupakan jumlah kerusi yang akan terus dimenangi BN, apapun cara atau pendekatan pembangkang, tetapi, semuanya tergantung kepada perasaan rakyat apakah mahu mempertahankan status quo?.

AYT beranggapan, bahawa keputusan PRU-13, adalah merupakan keputusan terbaik PR, dan keputusan itu tidak akan berulang lagi. Kalaupun berulang akan memerlukan masa, mungkin pada PRU-16 atau 17. Fikir-fikirkanlah.

Monday, November 11, 2013

Pembunuh Norazita Abu Talib: Bernama Loade Ardina Loade Rasila

Sah sudah bahawa pembunuh Pegawai AmBank Norazita Abu Talib, 37 pada 23 Oktober lalu di premis di mana mangsa berkerja adalah warga asing berasal daripada Sulawesi Indonesia. 

Pembunuh yang menggunakan nama palsu Ardi Hamza dan mengaku beralamat di Tawau Sabah, sebenarnya bernama Loade Ardina Loade Rasila.

Perompak cum pembunuh itu sempat melarikan RM450,000 yang disimpan dipeti besi bank tersebut. 

Senjata yang berupa PUM GUN yang digunakan dalam pembunuhan itu telah dijumpai di dalam longkang, 500 meter daripada tempat kejadian. Penemuan itu, kerana pembunuh berjaya ditangkap awal pagi Ahad, di Johor.

Pembunuh yang direman selama 7 hari bermula semalam, rupanya bukan keseorangan, kerana ada individu lain yang juga warga Indonesia yang bernama JUMA dikatakan merupakan perancang utama perompakan dan pembunuhan itu.

Sunday, November 10, 2013

Perompak Ambank: Gantung Dia Sampai Mati!!!

PEROMPAK DAN PEMBUNUH  yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, di bawa ke Mahkamah Petaling Jaya selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, awal pagi tadi. Bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. “Pihak polis percaya dengan penahanan suspek utama ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan,” katanya.

Kes Ambank: Ardi Hamza: Pembunuh Norazita Tertangkap

Hanya tiga minggu, pembunuh pengawai Ambank Usj Subang Jaya, Norazita Abu Talib yang mengaku bernama Ardi Hamza, warga asing yang mengunakan kad pengenalan palsu tertangkap pada pagi Ahad di Johor Baru.

Kecekapan PDRM melalui Ops Cantas, sejak akhir-akhir ini, menunjukan masa yang singkat untuk menangkap penjanyah.

Ardi Hamza yang merupakan pegawai keselamatan gantian pada hari kejadian menembak mati pegawai itu sebaik sahaja dia dan rakannya membuka peti besi berisi wang. Pembunuh berjaya membawa lari RM450,000 namun RM20,000 daripadanya dijumpai semula.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan itu melalui laman twitter beliau.

Thursday, November 07, 2013

Benarkah ada Agen CIA di Pejabat Peguam Negara?

Sejak akhir-akhir ini, banyak laporan terutama melalui media alternatif, mengatakan ada agen CIA sedang berkerja di Pejabat Peguam Negara yang diketuai oleh Tan Sri Gani Patail.

Benar kah dakwaan atau laporan berkenaan? 

Baru-baru ini, Kementerian Luar Malaysia telah memanggil Duta Besar Amerika dan Australia untuk menyerahkan bantahan keras kerana tindakan negara-negara itu melakukan pengintipan. Pengintipan negara-negara itu, bukan sahaja di Malaysia akan tetapi di lebih 90 negara lain.

Malah Perdana Menteri-Najib Razak membidas tindakan pengitipan negara-negara sahabat tersebut terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.

Kalau lah benar ada agen CIA di Pejabat Peguam Negara, apakah tujuan agen CIA itu? Biasanya CIA berperananan dalam urusan keselematan dan persenjataan, bukan yang berurusan dengan jenayah rasuah atau jenayah moral.

Meskipun ianya hanya berbentuk laporan atau dakwaan, namun inisiatif awal daripada pendedahan itu dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia- Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pada kebiasaannya, Tun Mahathir tidak akan membongar sesuatu perkara, kalau beliau tidak mempunyai bukti-bukti kukuh.

Sejak pergantian kuasa kepimpinan negara pada tahun 2009, secara kebetulan, kerajaan kerap melantik perunding daripada negara luar terutama daripada Amerika bagi memberi nasihat kepada kerajaan. 

Hubungan luar negara misalnya, mendapat perkhidmatan daripada APCO, manakala dasar pendidikan negara yang baru digubal yang menjangkau sehingga tahun 2025, juga mendapat nasihat daripada luar negara.

Terlalu awal, untuk mengetahui kesan, kehadiran agen CIA di Pejabat Peguam negara, kerana sebenarnya Malaysia, bukanlah negara yang mempunyai potensi ketenteraan untuk menyerang negara-negara lain. Kekuatan negara bukan kerana kuasa tentera akan tapi akan lebih terletak kepada hubungan antara kaum yang berbagai.

Perpecahan kaum, akan menghancurkan negara. Atas sebab itu, memulihara perpaduan antara kaum adalah penting untuk kelangsungan negara ini. Apakah CIA boleh menjadi agen kepada pemusnahan hubungan antara kaum? atau antara agama?

Kalaulah CIA boleh berperanaan dalam bidang itu, apakah ianya ada hubungan dengan perselisihan faham antara agama di negara ini yang berkaitan dengan penggunaan KALIAMAH ALLAH?

Pertelingkahan berkaitan penggunaan ALLAH hanya timbul selepas PRU-12, apabila Kerajaan BN gagal mendapatkan kuasa 2/3 di dewan rakyat. Sejak masa itu, nampaknya kerajaan merasa goyah, dan berusaha mendapatkan kembali sokongan. 

Melalui mendapatkan sokongan, maka banyak permintaan yang sebelum ini tidak ditimbulkan, apabila timbul, maka kerajaan terpaksa akur. 

Kerajaan jadi serbah salah, mempunyai permintaan minoriti, mengakibatkan majoriti merasa terkilan. Mungkin di sinilah peranan CIA itu.

Kehancuran negara akan hanya berlaku, kalau kaum majoriti tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau menjadi ekstermis. AYT rasa, di sinilah tujuan CIA itu hadir dalam negara ini.

Wednesday, November 06, 2013

PRK Sungai Limau: Gula-Gula Duniawi Tidak Mengoda

RATA-RATA pemimpin BN mengungkapkan, meskipun kalah di PRK Sungai Limau, namun mereka menganggap keputusan PRK itu sebagai Kekalahan dalam kemenangan. Faktor yang mendorong mereka berbuat demikian kerana kemampuan calon BN mengurangkan lebih separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Calon PAS menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi pada Ahad - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

BN perlu mengambil iktibar pada PRK kali ini, bahawa tidak selamanya pengaruh wang dan janji-janji pembangunan tidak semestinya merupakan strategi yang ampuh untuk menawan kubu kuat PAS yang pada kebiasaannya tidak tergoda dengan tawaran keduniaan sedemikian.

Tuesday, November 05, 2013

PRK Sungai Limau:Aura Mukriz Mampu Turunkan Majoriti Pas

Kemampuan Barisan Nasional (BN) menguasai 10 daripada 19 daerah mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Isnin selain mengurangkan majoriti kemenangan PAS, menunjukkan keberkesanan sentuhan peribadi parti itu semasa berkempen.

Keputusan PRK DUN Sungai Limau semalam menyaksikan BN menawan empat daerah mengundi baharu iaitu iaitu Sungai Limau dengan majoriti 105 undi, Kabu Sepuloh (55), Kampung Titi Batu (951) dan Padang Lumat (50), di samping mengekalkan enam yang dimenangi pada PRU13 dengan majoriti bertambah.

Daerah mengundi yang dikekalkan adalah Sungai Kering dengan majoriti 202 undi berbanding 178 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Simpang Tiga (48 - 46), Selengkoh (195 - 119), Sungai Daun (293 - 137), Dulang Kechil (939 - 506) dan Dulang Besar (533 - 187).

Kejayaan mengurangkan majoriti PAS sebanyak 61 peratus atau 1,690 undi berbanding yang diperoleh parti itu pada PRU13 Mei lepas, selain undi kepada BN meningkat sebanyak 4.4 peratus atau 465 undi menunjukkan BN semakin mendapat tempat di hati penduduk DUN Sungai Limau.

Kredibiliti Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang baru enam bulan mengambil alih tampuk pentadbiran negeri Kedah juga dilihat membuka mata masyarakat setempat untuk lebih ramai "berhijrah" menyokong BN dan mungkin memerlukan sedikit masa lagi untuk melihat perubahan sokongan kepada BN.

PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau, yang dikuasai mereka sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, menerusi Ketua Pemuda Jerai Mohd Azam Abd Samat yang meraih 12,069 undi mengatasi Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, (BN) yang memperoleh 10,985 undi, untuk menang dengan majoriti 1,084 undi.

Seorang Datuk Menampar Warga Emas-Polis Sabah Teruskan Siasatan

TIDAK puashati dengan menampar, menendang seorang warga emas di Jalan Lido, Penampang, Sabah pada Ahad, pemimpin kanan Pertubuhan KDM Malaysia yang bergelak Datuk mengamuk di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu.;

Akibat tidakannya itu, polis membuka kertas siasatan di bawah seksyen 506 Kanun keseksaan kerana ugutan jenayah dan Akta Senjata Api. Selain itu, polis juga meniasat di bawah seksyen 90 Akta polis kerana berkelakuan tidak wajar di balai polis.

Punca kejadian, apabila pada jam 7 pagi kereta BMW milik Datuk itu diletakkan menghalang lalu lintas, atas sebab itu, seorang warga emas yang juga pengguna jalanraya, meminta beliau untuk mengalihkan kereta itu, namun teguran itu mengakibatkan  Datuk itu marah. Dalam kemarahan itu, beliau menampar, menendang warga emas itu sehingga mengalami kecederaan. Namun yang mengerunkan, Datuk itu mengacukan pistol jenis psitol & Wesson sambil bertanya " Kamu tahu kah siapa saya?"

Sebelum ini, media alternatif melaporkan seorang Datuk kerana mabuk bertindak mencederakan warga emas di awal pagi pada Ahad di Jalan lido, Penampang. Warga Emas itu, terpaksa membuat laporan di Balai polis Karamunsing, kerana bimbangkan keselamatannya.

PRK Sungai Limau: Pengundi Cina Tidak Hargai Bantuan

Barisan Nasional perlu mengambil iktibar daripada pola pengundian di Dun Sungai Limau yang melabuhkan tirainya semalam.

Bagi kawasan majoriti melayu, kalau para pengundi terbagi kepada dua, maka pengundi minoriti akan menentukan pemenang.

DUN Sungai Limau yang mempunyai 27,222 pengundi, dimana 93 peratus adalah pengundi melayu, manakala cina 1,840 dan india 15 orang. Terlihat, pada pengundian semalam, apabila kaum minoriti memilih Pas, maka pemenang adalah daripada calon itu.

Tidak dinafikan, kempen Bn mampu menambah tiga Pusat Daerah Mengundi daripada 6 kepada 10; namun kegagalan menambah undi di PDM kaum cina, berakibat kekalahan.

Walaupun jutaan ringgit diumumkan Bn bagi membantu pengundi kaum cina di PDM Bukit Besar, namun pola pengundian tidak jauh beza dengan pola pengundian pada PRK-13.

Pada PRU-13 bagi PDM Bukit Besar, Pas mendapat undi 1,732, manakala BN 595 dengan majoriti 1,137. Pada PRK semalam, Pas mendapat 1557 undi, BN 443, dengan majoriti 1.114. 

Keputusan PRK itu, Pas menang dengan majoriti 1,084, apabila calonnya mendapat 12,069 undi berbanding Bn 10,985.

Pada PRU akan datang, atau PRK kalau ada, Bn perlu melupakan penumpuhan kepada PDM minoriti, kerana apapun usaha atau bantuan tidak akan mereka hargai. Adalah lebih apdal mendekati kaum majoriti terutama kaum melayu, kerana mereka itu akan ada rasa syukur dan akan mengenang budi. Berbeza dengan kaum cina, mereka tiada perasaan itu. Sememangnya, Bn telah berberapa kali terperangkap dengan bantuan kepada kaum minoriti sebelum ini.

AYT dari awal-awal lagi, terkilan, apabila Bn memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah cina di Sungai Limau, sedangkan jumlah pelajar sebenarnya tidak signifikan diberi bantuan sebesar itu. Kan elok bantuan itu disalurkan ke sekolah-sekolah agama di kawasan itu, kerana kalaupun pada PRK itu tidak berbalas, akan tetapi pada PRU-14, budi baik itu akan mendapat balasan yang setimpal.

Nasi sudah menjadi bubur. Pengumuman telahpun dibuat. Namun, jika ada bantuan lagi, utamakanlah sekolah-sekolah pondok agama; yakinlah satu hari nanti, akan ada nikmat kerana bantuan itu.

Monday, November 04, 2013

PRK Sungai Limau: Bantuan Bn Jutaan Ringgit Hanya Mampu Tambah 465 undi

PRU-13 lalu, Dun Sungai Limau dimenangi Pas, apabila calonnya mendapat 13,294 berbanding Bn 10,520. Pada PRK hari ini, meskipun undi Pas menurun kepada 12,069, namun Bn hanya mendapat 10.985 bertambah 465 undi. Jutaan ringgit projek atau bantuan kerajaan Bn yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, hanya mampu menambah sejumlah undi itu. Jika berasaskan dolar to dolar, peruntukan yang diumumkan langsung tidak berbaloi. Adalah dirasakan, meskipun tiada pengumuman bantuan kewangan terutama kepada sekolah-sekolah cina yang berjumlah RM2.25 juta, undi Bn akan berlegar-legar pada jumlah itu. Harapan Bn agar pengundi cina yang berjumlah 1,840 menukar sokongan, namun ianya tidak kesampaian.

PRK Sungai Limau: Pas Kekal

Bernama melaporkan kira-kira 7.30 petang tadi, Pas mendapat undi 12,069; manakala Bn 10,985. Dengan jumlah itu, maka Pas mengekal Dun Sungai Limau dengan majoriti 1,084.

Pada PRU-13 lalu, Pas menang dengan majoriti 2,774.

Saturday, November 02, 2013

PRK Sungai Limau: Kalau Pas Kalah- Tamparan Hebat Pada Mahfuz

Unik sungguh PRK Sungai Limau. Manakan tidaknya-kawasan itu mempunyai pengundi 93 peratus melayu dan islam. 

Lima penggal lalu, kawasan itu dikuasai Pas. Namun pada PRK kali ini, dikatakan tiada jaminan lagi, bahawa kawasan itu boleh dimenangi parti 'islam" itu.

Persurujayah Pas Kedah yang baru-Mahfuz Omar merasa bengitnya kempen pada kali ini, sehingga beliau dan gengnya terpaksa melakukan berbagai kaedah termasuk "menipu" pengundi.

Selain itu, Mahfuz juga, sempat mempertikai poster Menteri Besar Kedah yang dinaikan semasa kempen, sambil mempersoalkan, mengapa lambang Mukriz yang dipasang, sedangkan beliau bukan calon Bn.

Perkara remeh beginipun, menjadi perhatian Mahfuz, kerana kempen Pas serba tidak menjadi, kerana pengundi sudah mahu berhijrah kepada Bn.

Kekalahan Pas pada PRK kali ini, bukan sahaja menghantui Mahfuz, malah sebahagian besar pemimpin itu, terutama di Kedah.

Sudahlah pada PRU-13 lalu, kerajaan Pas yang ditubuhkan selepas PRU-12 tumbang, malah melalui PRK kali ini, nampaknya sokongan kaum melayu dan islam berangsur kembali kepada Umno.

Keputusan PRK Sungai Limau, boleh dijadikan pengukur sejauh mana pengundi melayu kembali kepada Umno; setidak-tidaknya itulah yang mahu dilihat dalam PRK ini.

Pada PRU-13, walaupun BN hanya mendapat 133 kerusi parlimen, namun pencapaian Umno sebagai parti tunjang Bn, sungguh memberangsangkan, apabila meningkatkan perolehan kerusi daripada 79 kepada 88, meningkat 9 kerusi atau 11.39 peratus.

Kalaulah PRK Sungai Limau dimenangi Bn, maka semakin kuatlah suara-suara akar umbi Pas mendesak agar parti itu keluar daripada Pakatan tiga parti DAP-PKR-PAS. 

Sebenarnya kehadiran Pas melalui Pakatan itu, tidak menguntungkan parti itu, yang mendapat keuntungan adalah DAP. Pada PRU-13, membuktikan semuanya, apabila DAP menambah kerusi yang paling tinggi, manakala PKR dan PAS, bukan sahaja gagal menambah kerusi, akan tetapi gagal mempertahankan beberapa kerusi yang dimenangi tahun 2008.

Bagi AYT, kemenangan Bn di Sungai Limau, dianggap sebagai isyarat kepada pengundi di negara ini, bahawa kaum melayu kembali bertaut pada Umno sebagai tulang belakang kerajaan; dan untuk itu, desakan yang bersifat ekterim daripada pihak-pihak lain yang kini sedang gencar mempertikai kewibawaan kaum terbesar itu; akan senyap dengan sendirinya. Jika keadaan ini berlaku, maka akan lebih baik kepada negara.

Kaum Melayu/bumiputera perlu mengambil iktibar, bahawa jumlah yang majoriti tidak akan dihormati, kalau tidak bersatu; nah, untuk menjawab itu, perlulah kaum itu bersatu di bawah satu naungan, dan parti yang boleh membela dan membawa aspirasi mereka, adalah parti Umno.

Friday, November 01, 2013

PRK Sungai Limau: Tinggal Tiga Hari Lagi

PAS dengan kempennya KEKAL, manakala BN dengan HIJRAH. Kawasan DUN Sungai Limau di atas kertas, memang wilayah PAS, kerana sejak tahun 1995, kawasan itu diwakili parti pakatan rakyat itu.

Pilihanraya kecil (PRK) terpaksa diadakan berikutan kekosoangan kawasan itu, ekoran kematian penyandangnya, yang juga mantan Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizah Razak.

Sungai Limau mempunyai 27,222 pengundi dimana 93 peratus adalah pengundi melayu.

Pada PRK ini, akan menjadi pengukur apakah di kawasan majoriti melayu, calon BN yang juga daripada Umno akan diterima. Pada PRK ini juga, akan terlihat apa kah sokongan kaum melayu terhadap Umno telah kembali.

Kalaupun Pas mengekalkan kawasan itu, apa kah majoritinya? kalau menurun, ertinya penurunan itu disebabkan faktor jentera Bn, serta akibat pengumuman berbagai bantuan baik projek mahupun bantuan ke sekolah-sekolah. Akan tetapi, jika calon Bn menang, ertinya, hijrah benar-benar berlaku; bukan kerana faktor bantuan atau program pembangunan.

Apa yang menarik selama kempen ini, slogan KEKAL Pas, diertikan oleh Menteri Besar Kedah, bahawa pengundi mahu kekalkan bahawa wakil rakyat yang mewakili mereka adalah Menteri Besar Kedah. Untuk itu, Mukhriz telah mengambil keputusan, kalau Bn menang pada PRK ini, beliau menjadikan DUN Sungai Limau sebagai DUN Angkat.

Apapun keputusan PRK ini, tidak mengubah kedudukan kerajaan negeri, kerana daripada 36 DUN, 21 dikuasai oleh BN. Namun, jika Bn menang maka satu hadiah istimewa kepada saf kepimpinan baru Umno.

Blog Archive