Wednesday, December 11, 2013

Antara Bank Wanita dan Sharizat

Nasib baik cadangan Ketua Wanita Umno- Dato  Shahrizat Abdul Jalil semasa Persidangan Umno tahun 2013, tidak mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri. Kalau, cadangan itu menjadi, cerita-cerita mengenainya mungkin sehingga kini menjadi buah mulut.

Akademi Wanita, cadangan Sharizat, sudahpun menjadi, tetapi akademi itu terpaksa diletakan di Intan, atas sebab Menteri yang mengurus wanita dalam kabinet Najib, bersedia melaksanakannya.

Isu masih lagi segar berkaitan RM240 juta yang disalurkan kepada NFC, untuk tujuan penggemukan lembu yang diurus suami Sharizat berserta anak-anaknya. Kini isu itu belum selesai, walaupun telah diambil alih oleh kerajaan.

Sharizat sekurang-kurangnya "mampu" keluar daripada kemelut itu, dengan alasan "tidak tahu menahu urusan suami dan anak-anaknya berkaitan NFC. Dengan kejayaan beliau itu, maka wanita masih memilih beliau sebagai Ketua Wanita pada pemilihan baru-baru ini.

Pada PRU-13 lalu, Sharizat tidak dipilih sebagai calon, namun kerana beliau dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri bagi hal ehwal wanita.

Kepercayaan Najib terhadap Shahrizat dianggap luar biasa, seperti mana berlaku semasa Tan Sri Rafidah Aziz memberi kepercayaan kepadanya sewaktu menjadi naib wanita. Julung kalinya Naib Wanita menentang ketuanya, ini berlaku kepada Shahrizat.

Kini, setiap kesempatan, Shahrizat terus memberi segala pujian kepada Najib, meskipun, secara umumnya rakyat tahu, bahawa pujian itu sebenarnya tidak kena pada tempatnya.

Najib sebenarnya bernasib baik, berbanding Pak Lah (Tun Abdullah Badawi), kerana tidak berlaku desakan mengundur diri, selepas PRU-13, kerana semua rakyat tahu, bahawa pencapaian Bn adalah terburuk, bukan sahaja daripada segi jumlah kerusi malah undi popular. Yang menyelamatkan Najib adalah peningkatan jumlah kerusi Umno daripada 79 (PRU-2008) kepada 88 (PRU-13).

Kita tahu, bahawa Pengerusi Umno Selangor adalah Najib sendiri, selepas PRU-13, pencapaian Bn sungguh teruk, baik parlimen mahupun Dewan undangan negeri. 

Terbaru adalah perlantikan pendakwa bebas ustaz Kazim, mantan ahli pas yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno; walaupun lantikan itu tidak menjadi, kerana Kazim menolaknya, boleh dilihat sebagai tindakan yang kekalahan moral buat perdana menteri.

Melihat kepada keputusan PRU-13 lalu, sebenarnya kodo kepada Sabah dan Sarawak, di mana sebelum ini terlepas pandang oleh pimpinan pusat. Akibat tsunami politik terus berlaku di Semenanjung, maka atas sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, maka Bn terus menguasai Putrajaya.

Kita tidak dapat meneka, sampai bila penghargaan kepada Sabah dan Sarawak terus berlaku, kerana bagi mereka yang pernah tinggal lama di Semenanjung, sudah pasti mengetahui benar apa persaaan mereka terhadap rakyat Sabah dan Sarawak.

Bagi rakyat Sabah dan Sarawak pertanyaan " Bila sampai ke Malaysia" oleh rakyat Semenanjung, bukan perkara luar biasa, kerana ianya mencerminkan persaaan mereka terhadap penduduk Sabah dan Sarawak.

Kembali kepada tajuk tulisan ini "antara bank wanita dan Shahrizat' ramai bertanya " Apa kah fungsi bank itu? Apa kah benar-benar untuk wanita? 

Kini, Wanita Umno diiktiraf sebagai "tulang belakang Umno" selepas PAU 2013; dan pertama kali, Ketua Pergerakan wanita bukan sebagai wakil rakyat dan tidak berkedudukan Menteri, meski mendapat ikhasan sebagai Penasihat yang "bertaraf" menteri.

No comments:

Blog Archive