Wednesday, December 11, 2013

Ahli PKR Keluar Parti Bagaikan Najis: Rafizi Ramli

Bongkaknya Rafizi Ramli, apabila mengatakan bahawa pemimpin yang keluar daripada parti, bagaikan najis apabila mengulas keluarnya beberapa pemimpin PKR Sabah termasuk dua DUN baru-baru ini.

Memetik posting Malaysia Today Rafizi berkata "Thank you for sucking away our dirt" yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR, yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.

Seorang bekas pengasas PKR Ng Lum Yong mengulas kenyataan itu sepertimana disiarkan melalui Utusan Malaysia, beliau berkata Rafizi Ramli dinasihatkan agar tidak bercakap besar dan bangun daripada mimpi indah serta menyedari hakikat sebenar bahawa ahli-ahli parti itu sudah muak menjadi hamba kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lum Yong selanjutnya berkata, Rafizi perlu bangun daripada mimpi dan berdepan dengan realiti bahawa parti 'telunjuk' Anwar itu tidak lagi relevan dan tidak diterima oleh ahli-ahlinya sendiri.

Ini kerana katanya, ahli-ahli yang berani mengambil haluan kiri, sekali gus membelakangkan parti bukan sahaja menyedari hala tuju parti berkenaan sudah jauh terpesong daripada landasan asal penubuhan, malah, telah bosan menjadi hamba serta mendengar arahan daripada Anwar.

Selain itu Lum Yong juga mengingatkan Rafizi bahawa mereka yang meninggalkan parti itu;  keluar secara sukarela dan tidak dipaksa, apatah lagi dibeli oleh Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

"Mereka sudah jelik dengan penipuan Anwar seperti baru-baru ini yang mengaitkan 40,000 pengundi Bangladesh diimport untuk pilihan raya. Sudah lama mereka bertahan dengan kerenah bongkak pemimpin itu, justeru mengambil tindakan untuk keluar parti.

"PKR sekarang lebih memperjuangkan Anwar. Itulah sebabnya ramai yang lari. Anwar tidak layak diangkat sebagai pemimpin kerana pimpinannya tidak pernah mengikut prinsip atau perlembagaan, itu perlu disedari oleh Rafizi dan bukannya menghina mereka yang meninggalkan parti," katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Lum Yong, tindakan Rafizi yang menghina bekas ahli-ahli PKR itu terlalu melampau dan di luar batas norma seorang manusia yang bergelar pemimpin.

"Jangan sombong Rafizi, tunggu masa akan terkena pada batang hidung sendiri. Mungkin satu hari nanti awak juga akan mengikut langkah mereka yang meninggalkan parti kerana sedar perjuangan itu sia-sia dan tidak dihargai serta tidak berpihak kepada diri sendiri," katanya.

No comments:

Blog Archive