Thursday, October 03, 2013

Ramai Gembira: Akta Pencegahan BANDIT diluluskan

RATA-RATA Rakyat gembira, apabila Akta Pencegahan Jenayah (bandit) tahun 2013 (PCA2013) diluluskan. Akta itu sebenarnya akta lama, yang masih berkuatkuasa di mana sebelum ini terlepas pandang untuk dimansuhkan seperti AKTA ISA dan Akta EO. Bayangkan jika akta PCA 1958 itu juga dimansuhkan; bandit akan menguasai negara seperti berlaku di Colombia atau Mexico.

Pagi tadi Dewan Rakyat meluluskan akta itu dengan undian belah bahagi 115 menyokong dan 66 menentang.

Kini, bandit atau penjayah berat boleh ditahan sehingga 4 tahun tanpa bicara (2+2). Tindakan ini lebih baik berasaskan kemanusian, berbanding menembak mati. 

Undang-undang tersebut, lebih baik daripada ISA, atas sebab penanahan bandit bukan atas kuasa menteri, melainkan oleh satu badan yang dilantik oleh SPB Agong.

No comments:

Blog Archive