Tuesday, October 22, 2013

PRK Sungai Limau: Cabaran Saf Baru Kepimpinan Umno

ESOK penamaan calon bagi PRK N22. Sungai Limau, Kedah. PRK itu, ekoran kematian penyandangnya- mantan Menteri Besar kedah-Tan Sri Azizan Razak pada 26 September lalu.

Sungai Limau adalah kawasan Pas, sebab-sejak tahun 1995 telah diwakili Azizan, sehinggalah pada PRU-13 lalu. Pada PRU lalu, Azizan menang dengan majoriti 2,774 mengalahkan sepupunya yang mengwakili BN Fazillah Mohd Ali.

Pada hari pengundian 4 November nanti, seramai 27,222 pengundi yang terdiri daripada 25,233 pengundi melayu; 1,842 pengundi cina dan 15 pengundi india, akan menentukan kawasan itu milik Umno atau Pas.

Segar daripada pemilihan Umno yang baru sahaja melabuhkan tirainya; barisan kempimpinan parti itu akan teruji pada pemilihan kali ini. Sebabnya, sebagai parti yang mewakili kaum melayu, bertanding pula pada wilayah melayu.

Seperti biasa, PRK itu akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dan dibantu oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang kebetulan sebagai Menteri Besar.
Mukhriz yang bertanding jawatan Naib Presiden Umno, namun tewas; dijadikan modal oleh pembangkang sebagai bahan kempen mereka.

Timbalan Presiden PKR-Azmin Ali, awal-awal lagi mempergunakan isu kekalahan Mukhriz sebagai bahan kempen, apabila membuat kenyataan, bahawa tidak wajar bagi pengundi Sungai Limau memberi undi kepada calon Umno, di negeri mana diketuai oleh seorang yang "ditolak" oleh parti sendiri.

Sepanjang kempen PRK Sungai Limau, nama Mukhriz dan Tun Dr Mahathir akan terus dimainkan oleh pembangkang, untuk mempertahankan kawasan itu.

Apa kah hujah bakal diutarakan oleh barisan kempimpinan Umno berhubungan dengan bahan kempen pembangkang itu? terlalu awal untuk diulas.

Dalam cubaan untuk merampas kawasan itu daripada PAS, BN mempertaruh calon anak tempatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim,52, yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sementara itu PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat,37, Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, cucu kepada ‘tiga ulama besar Kedah.

Tiga ulama yang dimaksudkan ialah datuk Mohd Azam, Abdul Hamid Ibrahim yang dikenali sebagai Pak Mid Bukit Besar, serta dua adik Abdul Hamid, iaitu Tuan Guru Haji Aziz Pendang dan Tuan Guru Haji Abdul Razak atau Haji Daq.

Ketika membuat pengumuman itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Mohd Azam, merupakan anak kelahiran sekolah Pondok Bukit Besar yang terletak dalam kawasan DUN berkenaan.

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu.

Pemilihan Ahmad Sohaimi yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk di kawasan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon di Pusat Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau, semalam.

Muhyiddin berkata, Ahmad Sohaimi yang berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini, mempunyai ketokohan dan cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.


“Beliau berkelulusan tinggi, berperwatakan baik serta terlibat dalam parti dengan memegang beberapa jawatan sebelum ini termasuk aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan ini.

“Selain itu beliau juga anak tempatan dan biasa bergaul dengan masyarakat di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tersebut.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, walaupun tidak mempunyai kelulusan agama namun perkara itu bukan kelemahan kepada calon BN berkenaan selagi beliau dapat memberi komitmen menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

“Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik,” katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi DUN tersebut yang dianggap kubu kuat Pas .

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu, di mana BN menang.

No comments:

Blog Archive