Saturday, October 05, 2013

Pemilihan Umno: Calon-Calon Muda Jadi Tumpuan

PEMILIHAN Umno pada kali ini, merupakan pemilihan yang amat kritkal kepada parti. Manakan tidaknya, kemungkinan pemilihan ini merupakan pemilihan terakhir sebelum PRU-14.

Parti memerlukan barisan yang mantap bagi menghadapi PRU itu, atas sebab pihak pembangkang sudah memberi isyarat, bahawa pemimpin lama mereka seperti Anwar, Kit Siang, Hadi Awang, Nik Aziz bakal tidak mengetuai lagi parti pembangkang, sebaliknya pemimpin muda mereka, seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Tony Pua, Anthony Loke serta Lim Guan Eng.

Atas sebab itu, Umno perlu mempersiapkan diri agar tenaga muda berdepan dengan tenaga muda. Umno tidak lagi bergayut dengan singa tua. 

Para pemimpin muda yang bertanding jawatan terutama majlis tertinggi, perlu dimenangkan agar supaya dapat mempersiapkan parti berdepan dengan rakyat para PRU-14 nanti.

Tidak dapat disangkal, pihak pembangkang mentargetkan PRU-14 untuk mendapat kuasa, selepas mereka mengasaskan tapak yang kuat pada PRU-12 dan 13.

Perlu dingat, pada PRU-13, Pembangkang menambah kerusi 7 berbanding pencapaian mereka pada PRU-12.

PRU-14 yang diwarnai ramai pengundi muda, yang diperkirakan mencapai 6 juta, dan pada masa itu, lebih separuh pengundi adalah anak-anak selepas merdeka. Ada lajim, perasaan mereka, perlu juga didekati oleh anak-anak selepas merdeka.

Calon-calon muda MT atau NP seperti Mukhriz Tun Dr Mahathir, Rahman Dahalan, Tawiq Titingan, Razali Ibrahim, Nur Jazlan Mohammad, dan ramai lagi, perlu diberi laluan membarisi kepimpinan barisan depan parti, bagi tujuan mengimbangi kekuatan pembangkang.

Hakekatnya, parti perlu perubahan yang menyeluruh, agar supaya parti mengikuti perkembangan dan tuntutan zaman.

Pemimpin muda yang menawarkan diri, akan memberikan nafas baru kepada parti. Atas sebab apa? mereka ini adalah pemimpin yang berintegriti, mempunyai berketerampilan, berjiwa kebangsaan.

Blog Archive