Latest News

Pemilihan Umno 19 Oktober- Kritikal Bagi Parti

INILAH masanya menentukan masa depan parti. Bakal pemimpin yang bakal dipilih akan menentukan apa kah parti masih relevan dalam politik negara. Selain itu, pemilihan kali ini adalah bagi menghadapi PRU-14.

Pada PRU-14 nanti, adalah tolok ukur parti, apa kah masih relevan atau kah sampai saatnya untuk ikut jejak parti-parti kemerdekaan seperti Golkar di Indonesia, Parti Kongress di India dan Parti LDP di Jepun, yang sudahpun tewas dalam pilihanraya.

Umno adalah parti sebelum merdeka, sama dengan parti-parti yang disebutkan. Daripada tiga parti itu, hanya Golkar belum kembali berkuasa, sementara Kongres (India) dan LDP (Jepun) sudahpun berjaya bangkit semula.

Umno menyedari hakekat itu, atas sebab itu, Umno mahu berubah sebelum diubah. Setidak-tidaknya itulah visi Najib dan Muhyiddin pada tahun 2009, sebaik sahaja mereka dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

Dalam proses mengubah parti, maka sistem pemilihan diubah. Jika dahulu, barisan kepimpinan hanya ditentukan oleh 2,600 perwakilan, kini ditentukan oleh 146,500 perwakilan dengan menggunapakai Electoral Collage.

Sebenarnya pada pemilihan kali ini melibatkan 350,000 perwakilan termasuk dalam pemilihan sayap-sayap parti, Pemuda, wanita dan Puteri.

Bermula pada Sabtu ini dan kemudian pada 19 Oktober nanti, perwakilan Umno akan menetukan barisan kepimpinan parti di semua peringkat, dengan tujuan yang satu- MAHU MENGEKALKAN PARTI sebagai tunggak utama pembentukan kerjaan barisan nasional.

0 Response to "Pemilihan Umno 19 Oktober- Kritikal Bagi Parti"

Blog Archive