Thursday, October 03, 2013

Pembunuh Pengasas Am-Bank didakwa di Mahkamah

Kuala Lumpur: Seorang penarik kereta yang didakwa membunuh Pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank), Julai lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi. 

Tertuduh, Koong Swee Kwan, 44, didakwa membunuh Hussain Ahmad Najadi, di tempat letak kereta, tokong cina Kuan Yin, Nombor 4, Lorong Ceylon, antara jam 1.30 petang hingga 2 petang, 29 Julai lalu. 

Dia turut didakwa cuba membunuh sehingga menyebabkan kecederan terhadap isteri mangsa, Chong Mei Kuey, 49, di tempat dan masa yang sama.

Mahkamah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan kes.

No comments:

Blog Archive