Saturday, October 05, 2013

Naib Presiden: Calon Mana Bakal Terpilih?

KALAU berasaskan bancian maya, sudah tentu Mukhriz, Zahid dan Ali yang menang. Juga berasaskan persepsi, ke tiga-tiga calon itu juga bakal menang.

Jika pada sistem lama yang dimansuhkan, di mana pemilihan hanya bergantung kepada 2,600 perwakilan, memang selalu berlaku kejutan. Namun pada kali ini, kejutan bakal minima sekali, kerana melibatkan ramai pemilih, iaitu 146,500.

Bagi Bahagian-bahagian di mana Ketua Bahagian menang tanpa tanding, mungkin ada kelebihan bagi calon-calon yang mempunyai jalinan dengan pemimpin itu; namun bagi bahagian-bahagian yang dipertanding, keadaannya adalah terbuka.

Pada pemilihan kali ini, siapa calon yang mendapat undi electoral collage 140 dan dan ke atas adalah bakal membarisi urutan 3-1, bagi keudukan naib.

Tiga calon daripada negeri yang mempunyai banyak bilangan electoral collage. Hishamduddin daripada Johor dengan 26 undi, Shafie daripada Sabah dengan 25 undi, manakala Zahid daripada Perak ada 24 undi. Calon daripada negeri yang paling sedikit electoral collage adalah Ali Rustam, diikuti Isa Samad dan kemudian Mukhriz.

Kalau melihat kepada jumlah electoral collage, maka calon yang menempati urutan pertama adalah Zahid, diikuti Hishamuddin dan Shafie. Namun, persepsi itu tidaklah demikian.

Setakat ini, hanya Negeri Johor membuat kenyataan akan menyokong calon daripada negeri itu; Hishamuddin, manakala Perak dan Sabah tidak membuat kenyataan secara terbuka.

Bagi calon-calon lain, negeri di mana mereka berasal telahpun menyatakan secara terbuka sokongan negeri masing-masing kepada calon negeri mereka.

Kemenangan calon-calon yang bertanding, sesungguhnya bergantung sokongan bahagain-bahagian seluruh negara; bukannya sokongan negeri masing-masing, walaupun sokongan daripada negeri masing-masing adalah undi “sure”.

Perwakilan seluruh negara, mengundi berasaskan kepada kebolehan seseorang calon; selain kedudukan seseorang calon itu dalam kerajaan.

Pada pemilihan kali ini, nampaknya daripada segi kedudukan, para calon mempunyai peluang yang seimbang, atas sebab semua calon mempunyai kedudukan. Besar kecilnya kedudukan, mungkin menjadi faktor kepada arah pemilihan.

Adalah diharapkan, bahawa arah pemilihan oleh perwakilan, bukan berasaskan kepada kedudukan calon semasa, akan tetapi perlu melihat kepada potensi calon itu di masa depan.

Kalau berasaskan kepada potensi, terutama berdepan dengan PRU-14, di mana masa itu adalah perlumbaan untuk mendapatkan sokongan pengundi muda yang diperkirakan 6 juta, maka pemimpin muda mempunyai kelebihan untuk dipilih. 

Calon termuda bagi calon-calon Naib adalah Mukhriz (48), diikuti Hishamuddin (52) dan Shafie (56); manakalah Zahid (60), Ali (64) demikian juga Isa (64).

Antara enam calon Naib, hanya Mukhriz yang merupakan muka baru, manakala yang lain pernah menyandang jawatan itu.

Pada pemilihan kali ini, perwakilan perlu memikirkan hala tuju parti, terutama berdepan dengan PRU-14. Pemilihan kali ini sangat krtikal, kerana mungkin pemilihan terakhir sebelum berdepan dengan PRU nanti.


Adalah wajar untuk memenangkan calon muda seperti Mukhriz, agar supaya parti mempunyai suntikan darah baru. Kemenangan beliau akan mendorong kebangkitan sokongan kepada parti, seperti mana berlaku di Kedah.

Pengumuman sebelum PRU-13, bahawa Mukhriz bakal dilantik sebagai Menteri Besar, telah mendorong arah perubahan kepada pengundi Kedah, sehingga BN mampu merampas negeri Jelapang Padi itu daripada PAS.

Keadaan yang sama akan berlaku kepada Umno, jika Mukhriz dipilih sebagai seorang Naib Presiden pada pemilihan parti 19 Oktober ini.

No comments:

Blog Archive