Thursday, October 03, 2013

Laporan Audit Negara: Benar kah Ada Maksud Tersirat?

LAPORAN Audit Negara, memang baik untuk negara sebagai check and balance. Walaupun isi laporan itu kadangkala berimpak negatif kepada kerajaan, namun laporan yang agak berat sebelah, membolehkan kerajaan memberi penjelasan.

Sebagai contoh jawaban yang bercanggah antara Mantan Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Chik dengan Menteri sekarang-Khairy Jamaluddin, sekurang-kurangnya rakyat mendapat maklum balas apa yang berlaku sebenarnya.

Kesilapan Khairy menjawab dengan tergopoh gapah tanpa menunggu maklumat sebenar daripada pegawai-pegawai yang berkaitan, perlu diambil iktibar oleh beliau, bahawa pada masa akan datang, jawapan yang berdasarkan fakta sebenar perlu diperolehi dahulu.

Laporan Audit Negara tahun 2013 meskipun banyak memberi impak negatif kepada kerajaan, sekurang-kurangnya melalui laporan itu, pihak kerajaan melalui pegawai-pegawai kerajaan perlu berhati-hati dan mereka perlu mengikuti semua SOP yang ditetapkan.

AYT membaca Laporan Audit melalui talian, secara sepintas lalu, laporan itu merupakan laporan yang adil; tergantung persepsi pembacanya.

Laporan Audit Negara sebenarnya tidak mempunyai unsur tersirat, dan laporan itu benar-benar melaporkan sesuai dengan standard pengauditan.

Bayangkan kalau tiada laporan itu, bagaimana kah rakyat mengetahui, salah urus, kelemahan dalam jabatan-jabatan atau agensi kerajaan? Bagaimana kah rakyat mengetahui bahawa Bantuan Am Kebajikan diteruskan kepada penerima, meskipun penerima sudah meninggal dunia.

Bagai mana kah rakyat mengetahui sejumlah pistol atau aset PDRM atau ATM yang hilang kalau tiada laporan itu. Bagaimana kah rakyat mengetahui apa kah kontraktor yang dilantik menyelenggara jalan raya, benar kah kontraktor menjalankan kerja-kerja sesuai dengan isi kontrak?

Rakyat sangat berterima kasih kepada laporan ini, walaupun dipihak kerajaan melihatnya ada niat tertentu, pengawai-pegawai audit yang menyediakan laporan itu.

Semoga Jabatan Audit Negara meneruskan tugas mereka, dan mereka yang bertugas yang mempunyai niat memberi gambaran buruk kepada kerajaan, setidaknya pegawai kerajaan menjadi alert sepanjang masa, demi menjimat wang negara.

2 comments:

Ghazali said...

Saya bersetuju dengan pandangan sdr. Tetapi sebagai seorang yang pernah berkhidmat dalam kerajaan, di suatu bahagian dalam kementerian, kenyataan-kenyataan dalam laporan audit itu kadangkala ada yang di"highlight"kan dan ada juga yang di"downlightkan" atau disembunyikan. Saya hampir pasti Ketua Audit Negara tidak akan membaca secara detail apa yang cuba dihighlightkan dan apa yang cuba didownllightkan ini, kerana ini amat bergantung kepada pegawai-pegawai di bawahnya. Di sinilah agenda tersembunyi akan berlaku kerana tidak siapa mengetahui apakah niat sebenar pegawai berkenaan menghightlightkan atau mengdownlightkan sesuatu kenyataan itu....

SUARA RAKYAT said...

Benar berlaku. Namun, sekurang-kurangnya ianya satu pembuka mata kepada setiap pegawai kerajaan agar senantiasa mengikut SOP atau arahan perbendaharan yang berkuat kuasa.

Blog Archive