Latest News

Lagi Ucapan Zahid Menurut Malaysiakini


Berbeza dengan sikapnya pada kumpulan jenayah lain, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berlembut apabila bercakap mengenai kumpulan Tiga Line, yang disifatkannya sebagai rakan-rakannya dan menyarakankan agar pihak tersebut “menjalankan apa yang patut”.

Menteri Dalam Negeri itu membuat kenyataan tersebut dalam satu acara di Melaka pada Jumaat lalu, di mana beliau mengugut para wartawan yang hadir bahawa beliau akan menutup akhbar masing-masing sekiranya mereka melaporkan kenyataannya.

Malaysiakinibagaimanapun berjaya mendapatkan rakaman ucapan selama 20 minit di mana beliau mendakwa sedang berucap kepada perwakilan Umno, dalam majlis yang kelihatan seperti acara kerajaan.

Ahmad Zahid memulakan ucapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Air Keroh itu dengan mengisytiharkan bahawa Ops Cantas yang dijalankan pasukan polis tidak mengenal warna kulit.

Katanya, polis memeriksa seramai 178,217 orang Melayu, 77,104 orang Cina dan 73,505 orang India serta 51,517 kaum lain dalam operasi memerangi kumpulan kongsi gelap itu.

Tambahnya, dari jumlah itu, seramai 14,511 orang didapati anggota kongsi gelap – 6,171 orang Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India dan 2,954 kaum lain.

Kemudiannya, beliau menyebut mengenai kumpulan Tiga Line dan mengumumkan bahawa kumpulan itu bukanlah “samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara”.

“Tapi yang Melayu 6,171 ini, bukan samseng betul. Mereka dulu anggota Pekida, mereka merupakan kumpulan Tiga Line, Geng 30, Geng 7, ini gengster kenduri kendara...

“Saya beritahu kawan-kawan Tiga Line itu, jalankan apa yang patut,” katanya yang disambut sorakan dari para hadirin.

Tiga Line merupakan antara 47 kumpulan kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementeri Dalam Negeri pada Ogos lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram. Laporan Penuh MK

0 Response to "Lagi Ucapan Zahid Menurut Malaysiakini"

Blog Archive