Friday, October 25, 2013

Kes Ambank: Seorang Nyawa Melayang- RM450 Ribu Lesap

KERANA kelalaian Syarikat Pengawal Keselamatan yang diberi lesen oleh Agensi Kerajaan, selain nyawa melayang, kerugian RM450,000 dialami Bank, di mana pengawal keselamatan itu bertugas.

Kelalaian Syarikat Pengawal Keselamtan yang memperkerjakan pendatang asing (dengan kad pengenalan palsu) bukan sahaja membawa kerugian malah nyawa seorang pegawai bank yang tidak berdosa hilang dalam sekelip mata.

Kini, walaupun lesen syarikat pengawal keselamatan itu sudah ditarik balik, namun nyawa ibu kepada dua anak yang masih kecil, hilang selama-lamanya.

Menurut paparan media sosial, pemilik Syarikat Keselamatan itu adalah seorang pemimpin utama sebuah parti kerajaan. 

Apa yang memilukan, kematian mangsa Norazita Abu Talib, 37 yang sudah berkerja selama 16 tahun di Ambank ditembak begitu sahaja, tanpa apa-apa provokasi daripada Allahyaramah.

Pengawal Keselamatan (perompak) yang mengaku bernama Ardi Hamzah (770818-12-6721) yang beralamat di Tawau Sabah, dipercayai adalah warga asal Sulawesi Indonesia. Setakat ini, pihak polis masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran negara mengenai status kad pengenalan tersebut.

Iktibar daripada kejadian ini, kerajaan yang memberi lesen kepada syarikat-syarikat yang berhubungan penggunaan senjata, perlulah benar-benar melalui penapisan yang ketat, dan tidak diberikan kepada seseorang kerana 'hubungan cable".

Walau bagaimanapun, kejadian yang berlaku di Ambank Usj, Subang Jaya pada Isnin, adalah untuk memberi laluan kepada pihak-pihak tertentu memeriksa semula kelulusan syarikat-syarikat keselamatan dalam negara.

No comments:

Blog Archive