Sunday, September 15, 2013

Tanding Naib Presiden Umno: Perlu Kah Mukhriz Dapat Nasihat Najib?

AYT terbaca, laporan BERNAMA dua hari lalu, yang melaporkan kenyataan Naib Presiden Umno- Datuk Zahid Hamidi yang menyarankan, JIKA Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ada keinginan bertanding bagi jawatan Naib Presiden Parti, beliau perlu mendapat nasihat daripada Najib terlebih dahulu.

Kenyataan seumpama ini, julung-julung kali, AYT dengar, sejak adanya pemilihan parti. Sejak bila kah, apabila seseorang bertanding, terlebih dahulu mendapat masihat? Bukan kah maksud pemilihan parti itu, untuk mencungkil barisan Pemimpin parti, yang dikehendaki oleh ahli? 

Dalam penentuan barisan kepimpinan parti, TIADA yang terkeculai daripada sokongan akar umbi, ertinya mereka yang mendapat sokongan majoriti itulah yang bakal menduduki barisan kepimpinan.

Apa sebenar maksud TERSIRAT daripada KENYATAAN Zahid itu? Apa kah pada PANDANGAN Zahid, belum masanya bagi MUKHRIZ untuk bertanding Naib? Atau apa kah? JIKA Mukhriz masuk GELANGGANG, AKAN mengenepikan SALAH seorang PENYANDANG Naib yang INGIN mempertahankan JAWATAN?.

AYT tidak mengerti MAKSUD tersurat daripada Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu, namun SECARA tersirat BARANGKALI, kesediaan Menteri Besar Kedah itu BERTANDING Naib Presiden, BUKAN sahaja menggugat salah SATU kedudukan Naib Presiden, akan TETAPI besar KEMUNGKINAN menyingkir KEDUDUKAN beliau pada kedudukan URUTAN nombor SATU baraisan NAIB PRESIDEN.

Perlu diakui, bahawa KEJAYAAN Umno/BN mendapatkan semula KEDAH daripada KERJAAN PAS, sedikit sebanyak, kerana PENGUMUMAN awal, bahawa JIKA Kedah kembali ke Pangkuan Umno/BN, maka Mukhriz bakal dilantik sebagai MENTERI BESAR. Rakyat KEDAH, menyambut pengumuman itu, dengan memenangkan Umno/BN. 

Cuba Baca Kenyataan Zahid

"Saya beri pandangan, jika mahu memasuki gelanggang ini, berbincang dulu dengan presiden parti. Dapatkan nasihat atau pandangan daripada presiden parti.

"Tentu presiden parti mempunyai pandangan yang tersendiri tentang hasrat seseorang yang mahu berada di tahap kepimpinan nombor tiga dalam parti dan pandangan presiden harus diambil kira sebelum sesuatu keputusan muktamad dibuat," jelas Zahid sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama.

Zahid berkata demikian ssbagai mengulas pertanyaan mengenai hasrat Mukhriz, anak bongsu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporkan sedang menimbang kemungkinan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Sebuah blog baru-baru ini telah membuat undian daripada orangramai dan hasilnya mendapati Mukhriz paling dikehendaki bagi menduduki jawatan itu dengan mendapat undian paling tinggi.

Soalnya, kenapa hanya Mukhriz yang diminta oleh Zahid mendapatkan pandangan daripada presiden terlebih dahulu untuk bertanding Naib Presiden UMNO sedangkan ketika Isa Samad dan Ali Rustam mengumumkan bertanding, beliau mengalu-alukannya?

Adakah juga Isa Samad dan Ali Rustam dialu-alukan kerana pada pandangan Zahid, orang pencen seperti kedua mereka itu tiada taring lagi dan tidak mengancam kedudukannya? Bukankah jika ikut logik, Isa Samad dan Ali Rustam lebih perlu mendapatkan nasihat presiden kerana penyertaan mereka tidak menyumbang apa-apa kepada transformasi?

AYT berpendapat, menghalang ORANG MUDA bertanding bagi kedudukan NOMBOR TIGA parti, sebenarnya BOLEH membantutkan TRANSFORMASI yang ingin diwujudkan dalam PARTI. 

SEHARUSNYA, jika ada PEMIMPIN muda berani MEMIKUL tanggugjawab BERAT dan AMANAH dalam PARTI, IANYA perlu dialukan. TERSERLAH LAH kepada PERWAKILAN untuk menentukan NASIB MEREKA. BUKAN KAH BEGITU? SEMANGAT PERUBAHAN SISTEM PEMILIHAN DALAM PARTI YANG JULUNG KALI DIGUNAKAN PADA PEMILIHAN 19 OKTOBER INI? adalah untuk MENCUNGKIL PEMIMPIN PELAPIS!! BUKAN KAH BEGITU MAKSUD PEMINDAHAN SISTEM ITU.

No comments:

Blog Archive