Tuesday, September 17, 2013

Pemilihan Umno: Sebaiknya Najib Netral

Najib tidak perlu mempertahankan status quo barisan naib presiden Umno, sebeliaknya beliau perlu dilihat tidak memihak kepada mana-mana calon.

Kalaulah Presiden Parti itu mahu transformasi berlaku dalam parti, sayogianya, beliau menyerahkan bulat-bulat kepada perwakilan, gabungan pemimpin mana perwakilan mahu ketengahkan membarisi barsisan ke tiga parti.

Ada desas desus, kononnya Presiden itu, memberi isyarat, bahawa beliau mahu mengekalkan barisan naib Presiden yang sedia ada pada Pemilihan 19 Oktober ini. Sejauh mana kebenaran desas-desus itu, AYT tidak mendapat mana-mana pengesahan, daripada pemimpin yang rapat dengan Presiden parti itu.

Sayogianya, Beliau membuat kenyataan, bahawa sesiapa sahaja yang terpilih mengisi tiga kerusi barisan ke tiga parti itu, beliau boleh berkerjasama, kerana mereka yang terpilih itu merupakan pemimpin yang terpilih daripada keluarga besar parti.

Sehingga tulisan ini, AYT belum mendengar sebarang kenyataan daripada Najib, berhubungan dengan kenyataan beberapa pemimpin parti yang bertanding merebut jawatan termasuklah kerusi naib presiden parti.

Seandainya, Najib bertindak berkecualai terutama untuk kedudukan Naib Presiden, maka akan dilihat persaingan sengit akan berlaku, antara 5 pemimpin yang lebih awal menyatakan kesediaan merebut salah satu jawatan Naib. Keadaan itu juga, akan membuka ruang kepada generasi pelapis masuk gelanggang.

Berita yang tersebar luas, bahawa Menteri Besar Kedah-Datuk Mukhriz Tun Mahathir sedang menimbang untuk menyahut cabaran akar umbi bertanding naib, setidak-tidaknya berita itu menggusarkan para pemimpin senior yang akan bertanding jawatan itu. Malah dalam satu kenyataan, salah seorang bakal calon dan penyandang jawatan itu- Datuk Zahid Hamidi, “memberi” nasihat kepada Mukhriz agar terlebih dahulu berbincang dengan Presiden, jika berhasrat masuk gelanggang dan bertanding Naib.

Pemimpin muda seperti Mukhriz, seharusnya dialu-alukan dalam barisan kempimpinan parti. Pemimpin yang seangkatan beliau seperti Datuk Rahman Dahalan, Datuk Razali Ibrahim, perlu mendapat tempat dalam barisan kempimpinan, agar supaya, parti nampak segar, berdaya maju dan tidak nampak kolot. Malang, pemimpin seperti Dr Khir Toyo, layu sebelum berkembang.

Selain itu, pemimpin yang masih dikategorikan dalam golongan muda, seperti Datuk Salleh Tun Said, Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan, sayogianya digalakan untuk bertanding, kerana tenaga mereka diperlukan di barisan hadapan kepimpinan parti.

Sebenarnya ramai lagi, tenaga muda, yang boleh diketengahkan, namun kekebalan menembusi “jeneral perang” dalam kepimpinan, menjadi benteng, kepada mereka-mereka untuk maju ke depan. Mereka tidak sanggup menerobos benteng itu, kerana takut dicap sebagai pemimpin hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Fenomena kelihatan, bagaimana generasi muda “dihalang” untuk menjadi barsian hadapan kepimpinan; dalam kes Mukhriz, SEMUANYA TERSERLAH. MB Kedah itu, belumpun menyatakan kesediaan beliau bertanding bagi kedudukan Naib Presiden, namun suara-suara sumbang daripada kalangan pemimpin senior sudah kedengaran.

Yang menjadi malang, adalah ada golongan tertentu mengatas namakan Presiden, kononya Presiden lebih suka barisan naib presiden Umno yang ada, dikembalikan pada pemilihan parti nanti. 

Malah, kononya perancangan kemas untuk membantu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kekal dalam jawatan mereka nampaknya akan kacau jika Datuk Mukhriz Tun Mahathir membuat keputusan untuk bertanding merebut salah satu ruang dalam tiga jawatan naib presiden itu.

Kemasukan Mukhriz dalam gelanggang pertandingan Naib Presiden, kononnya menyebabkan Najib tidak selesa, kerana kemasukan MB Kedah itu, menyebabkan Hishamuddin akan tercicir, kerana perwakilan besar kemungkinan akan memilih gandingan Mukhriz-Zahid-Safie. 

Selain terasa bahangnya pertandingan bagi kerusi naib, bahang juga terasa dalam pertandingan merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT), kerana ia dilihat sebagai batu lonjakan kepada jawatan lebih tinggi dan juga dapat menjadi faktor keputusan parti sebelum pilihan raya umum akan datang.

Jumlah pilihan yang lebih banyak dalam pertandingan akan memberikan banyak keputusan menarik, yang mungkin berkesan kepada kepimpinan terkini atau sebaliknya.

Parti memerlukan pemimpin muda yang berkualiti untuk parti maju ke hadapan kerana pemimpin ini terdedah kepada ruang/peluang dan sudah tentu mempunyai idea bagaimana mengendalikan dan menawan masa depan.

Datuk Seri Najib perlu membuka seluas-luasnya ruang kepada generasi muda, dengan kekal tidak berpihak. Beliau perlu menerima hakekat, bahawa telah tiba masanya, parti diremajakan, dan dijenamakan sesuai dengan aliran masa kini dan masa depan.

Kepada Para perwakilan, selamat bersidang dan selamat memilih.

No comments:

Blog Archive