Wednesday, September 25, 2013

Pemilihan Umno: Pilihlah Pemimpin Dengan Bijak: Pesan Tun Dr Mahathir

DENGAN mengambil iktibar pesan Tun Dr Mahathir kepada perwakilan Umno sempena pemilihan Parti pada Oktober ini, AYT tertarik mengulas salah seorang calon Ahli Majlis Tertinggi- Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan.

Tawfiq sebenarnya adalah pemimpin produk Umno Sabah, sejak parti itu bertapak di Sabah pada tahun 1991. Beliau aktif dalam parti bermula daripada bawah, di mana beliau memegang Naib Ketua Pemuda Bahagian Tawau pada tahun 1995, kemudian menjadi Ketua Pemuda empat tahun kemudian. Pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah, sehinggalah melepasi had umur.

Pada tahun 2004 Tawfiq menang tanpa tanding sebagai Ketua Bahagian Umno Tawau, dan sehingga kini, beliau masih memegang jawatan itu tanpa tanding.

Beliau menyertai pilihanraya umum pada tahun 2004; dan beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri APAS untuk tiga penggal.

Sejak terpilih sebagai wakil rakyat, beliau diberi peranan menganggotai jemaah menteri Sabah sebagai Pembantu Menteri, di dua Kementerian yang bebeza, dan selepas PRU-13 lalu, beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri.

Sebagai seorang yang berlatar belakang pendidikan agama, dan perkhidmatan dengan syarikat Multinasional serta pendidikan yang cukup baik; meruipakan asset beliau dalam mengharungi asam garam dunia politik.

Pembawaan beliau yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja, baik rakyat biasa mahupun dengan pemimpin atasan; merupakan warisan daripada Allahyarham ayahandanya yang merupakan pengasas USNO dan pernah berpenggal menjadi wakil rakyat.

Bagi kawasan Pantai Timur Sabah, selepas Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah dan Datuk Shafie Apdal yang menteri Persekutuan, Tawfik adalah pemimpin pelapis yang tertapis untuk meneruskan perjuangan dan agenda parti.

Sesuai dengan misi beliau bertanding AMT, Kombinasi antara pemimpin berpengalaman dan yang baru merupakan proses transformasi parti yang senantiasa berjalan, agar parti senantiasa relevan dan kekal disokong oleh rakyat jelata.

Perjuangan dalam parti, menurut beliau bukan sahaja amanah yang besar daripada akar umbi dan rakyat, akan tetapi amanah itu perlu dipertanggungjawabkan di depan Allah Rabul Alamin.

Sesuai dengan pesanan negarawan kita- Tun Dr Mahathir, AYT nampak, calon No.8 bagi kerusi AMT- Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan memenuhi kretiria sebagai pemimpin yang perlu membarisi barisan depan parti, bagi membantu Presiden dan Timbalannya mencorak hala tuju parti agar parti kekal selama-lamanya.

Pesanan Tun Dr Mahathir- pilihlah pemimpin yang berpotensi membawa kebaikan dan mempunyai kaliber demi berdepan dengan suasana politik masa depan.

Tawfiq adalah pemimpin yang menjiwai perjuangan parti, kerana beliau meniti daripada bawah hinggalah kepada kedudukan sekarang, dan pada beliau, ada pengertian bagaimana mencorakkan hala tuju dan masa depan parti. Atas itu, beliau untuk julung kalinya menawarkan diri bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi parti.

Demi mengharungi suasana politik yang sungguh mencabar, syogianya pemimpin seperti Tawfiq diberi peranan dalam barisan kempimpinan, bukan sahaja kewibawaannya, akan tetapi latar belakangnya yang merupakan aset kepada parti yang sukar untuk tidak diberi peluang.

Sememangnya perwakilan seramai 146,500 orang pada oktober ini, mempunyai tugas yang besar dan mencabar; untuk memilih para pemimpin yang berkliber; dan AYT berharap ADUN APAS yang bernombor 8 itu, salah seorang yang terpilih.

No comments:

Blog Archive