Friday, September 27, 2013

Pemilihan Umno: Pemenang Akan Ditentukan oleh Bahagian-Bahagain Umno

MESKIPUN perubahan sistem pemilihan Umno pada tahun 2009, dengan memansuhkan sistem pencalonan atau kouta pencalonan; namun penentuan kemenangan seseorang calon dalam pemilihan kali ini sebenarnya ditentukan oleh bahagian-bahagian parti seluruh negara.

Bezanya, jika semasa sistem kuota dahulu, kemenangan calon-calon hanya diterjemahkan sebagai jumlah pencalonan; mana kala terpilihnya calon itu akan ditentukan oleh 2,600 perwakilan pada mesyuarat pemilihan pusat.

Pada sistem lama itu, meskipun seseorang calon mendapat pencalonan tertinggi, tidak semestinya menang jawatan yang ditandingi. Sebagai contoh, semasa pemilihan tahun 2009 bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Mukhriz Tun Dr Mahathir menerima jumlah pencalonan yang jauh lebih daripada bahagian-bahagain berbanding Khairy Jamaluddin Abu Bakar; namun pada mesyuarat pemilihan. Mukhriz kecundang; ertinya jumlah pencalonan pada sistem lama, tidak menjamin kemenangan seseorang calon.

Berlainan dengan sistem baru, yang dipanggil sebagai undian berasaskan Badan Perwakilan Pemilih atau Electoral College, di mana sistemnya hampir serupa dengan sistem pencalonan dahulu. Pada sistem baru ini, maka siapa calon-calon yang mendapat undi tertinggi di peringkat bahagian adalah pemenang, dan dalam sistem Electoral College, calon itu akan mendapat undi 1 (satu); ertinya seseorang calon Majlis Tertinggi, akan menerima maksima 191 undi, sesuai dengan jumlah bahagian parti seluruh negara.

Biasanya, calon-calon yang mendapat jumlah pencalonan yang tinggi pada sistem lama, calon-calon yang bertanding itu mempunyai jalinan yang baik dengan kepimpinan bahagian. Kerana sebagai Ketua Bahagian atau Timbalan Ketua bahagian atau Naib Ketua Bahagian, pemimpin-pemimpin bahagian mempunyai pengaruh terhadap perwakilan di peringkat bahagian.

Dengan kata lain, pada pemilihan parti kali ini, calon-calon yang mempunyai jalinan dengan pemimpin peringkat bahagian mempunyai advantage untuk mendapat undi dan menang; namun bagi mereka yang kurang jalinan dengan pemimpin bahagian, walaupun mempunyai kaliber, namun atas sifat kurang dikenali di bahagian-bahagian tertentu, maka sukar bagi perwakilan bahagian itu memberikan undi.

Di masa lalu, semasa sistem kuota, biasanya hanya calon-calon yang mempunyai hubungan yang baik dengan bahagian-bahagian akan mendapat undi pencalonan; pada pemilihan kali ini, keadaan itu akan masih berlaku. Ertinya, walaupun kenampakannya, seramai 146,500 perwakilan memilih barisan kepimpinan parti pada sistem baru pemilihan, hakaketnya pemilihan itu adalah sama dengan sistem pencalonan pada sistem lama.

Bagi calon-calon Naib Presiden, jalinan hubungan dengan bahagian-bahagian parti seluruh negara, bukan lagi menjadi pengekang kepada calon-calon, kerana ke enam calon yang bertanding adalah calon-calon yang dikenali oleh perwakilan; etinya memilih mereka oleh perwakilan tidak semestinya bergantung dengan jalinan dengan kepimpinan peringkat bahagian. Tetapi, calon-calon yang berhadapan dengan kekangan ini adalah calon-calon Ahli Majlis Tertinggi. Nampaknya, pada pemilihan kali ini, bagi kerusi AMT, tidak akan berlaku kejutan besar; karena 25 AMT yang bakal dipilih daripada 63, adalah mereka-mereka yang sudah mempunyai nama dan dikenal oleh perwakilan seluruh negara. 

Calon-calon AMT yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan terutama Menteri Kabinet, mempunyai banyak advantage, dalam pemilihan AMT, manakala calon-calon yang tiada kemudahan itu, agar sukar untuk menang; kecuali mereka mempunyai jentera yang kuat di seluruh bahagian. Jentera itu sudah tentunya kepimpinan bahagian.

Walau apa pun, pembaharuan sistem pemilihan parti yang diguna pakai pada pemilihan kali ini, sebenarnya, memberi suara yang kuat kepada bahagian; seperti sistem kuota dahulu. Pada sistem pemilihan kali ini, suara bahagian benar-benar menggambarkan pemenang sebenar; tidak seperti sistem lama, di mana calon-calon yang diundi oleh bahagian, tidak semestinya bakal dipilih.

Kepada calon-calon AMT khususnya, kerana menerima hakekat, bahawa sesiapa yang bakal terpilih daripada 1-25, adalah calon-calon yang dikenal bahagian-bahagian seluruh negara. Bagi calon-calon yang tidak mempunyai jalian itu, anggaplah pencalonan kali ini sebagai pengenalan diri.

No comments:

Blog Archive