Thursday, September 19, 2013

Pemilihan Umno: Peluang Datuk Rahman Dahalan

PENGUMUMAN Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahalan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti pada 10 Ogos lalu, merupakan julung kalinya beliau mencuba bertanding bagi menduduki Barisan Kempimpinan parti.

Di Peringkat Kebangsaan, memang beliau mempunyai nama, kerana Pernah memegang jawatan Setiausaha Pemuda, di masa Datuk Hishamuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Rahman yang juga merupakan MP Kota Belud dua penggal dan mantan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, merupakan pemimpin muda dalam parti yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin pelapis.

Semasa menjadi penyokong kerajaan di Parlimen daripada tahun 2008-2013, beliau merupakan wakil rakyat yang senantiasa ke hadapan, menangkis tomahan pembangkang terhadap kerajaan.

Di berberbagai kesempatan, baik menerusi media arus perdana, media sosial, Rahman senantiasa memberi hujah berasaskan fakta, dan atas sebab itu, pihak pembangkang agar sukar berbahas dengannya.

Rahman, seorang pemimpin yang moderate, tidak fanatik, mungkin latar belakangnya yang berasal daripada Sabah, kerana rakyat Sabah adalah rakyat yang mempunyai toleransi tinggi, baik dalam hubungan antara agama mahupun antara suku bangsa.

Sabah yang mempunyai 40 etnik suku bangsa, namun, semua itu bukan penghalang kepada kebersamaan, malah ada yang memberi julukan, kalau mahu melihat bagaimana warna-warna 1Malaysia, maka datanglah ke Sabah.

Untuk kesinambungan kerharmonian dalam negara yang berasaskan berbilang kaum, pemimpin yang benar-benar memahami apa itu perkongsian kuasa dan tolak ansur antara kaum, merupakan pilar kepada keutuhan negara kini dan selamanya.

Hakekat perlu diterima dan tidak boleh dirunding lagi, bahawa pemimpin yang menjiwai hubungan antara kaum, adalah satu cara untuk senantiasa memerlihara perdamaian dalam negara. Justeru itu, pemimpin seperti Rahman, perlulah diberi peluang membarisi kepimpinan Umno.

No comments:

Blog Archive