Wednesday, September 18, 2013

Pemilihan Umno: Keputusan Musa Tepat

BUKAN semua orang mempunyai fikiran terbuka dan berterus terang seperti Pengerusi Perhubungan Umno dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Ahli parti tahu keanggotaan UMNO terbesar datangnya daripada Sabah - hampir 500,000 orang daripada keseluruhan 3,3 juta ahli di seluruh negara.

Dengan kedudukannya selaku ‘Ketua Menteri’ Sabah yang turut menyumbang ‘deposit tetap’ kerusi Parlimen negeri kepada BN dalam pilihan raya umum Mei lalu, Musa boleh mencipta nama, mencuba nasib ke jawatan Naib Presiden. Tetapi ini tidak dilakukannya, hatta ke Majlis Tertinggi (MT) sekalipun.

Keputusan Musa sangat tepat, meskipun sebelum pengumunan beliau tidak bertanding Naib mahupun MT, 21 Bahagian Umno Sabah meminta beliau bertanding jawatan Naib. Nampaknya Musa cukup selesa dan orang Sabah akur adalah cukup jika pemimpin berasal daripada Sabah dapat menang pada pertandingan jawatan Naib Presiden melalui Datuk Seri Mohd Saife Apdal. “

Keputusan Musa itu, dilihat bahawa beliau “bukan seorang pemimpin yang mengejar kedudukan; dan dalam pada itu, beliau melihat, jika beliau masuk gelanggang, perpecahaan undi antara beliau dan Safie tidak dapat dielakkan. Meskipun faktor itu, bukan penyebab beliau tidak menyertai gelanggang pertandingan, namun beliau merasakan secara matematik, dalam pengundian nanti, jika beliau dan Safie bertembung, ada kemungkinan mereka terlepas jawatan itu.

Pengunduran Musa dilihat sebagai isyarat kepada perwakilan, bahawa Sabah khasnya mahukan seseorang yang lebih muda berada di barisan Naib Presiden Parti. Melalui keputusan beliau itu, persiangan pertandingan Naib semakin terbuka, dan nampak memberi kelebihan kepada calon yang lebih muda.

Ura-ura Menteri Besar Kedah- Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, akan bertanding Naib, semakin menjadi kenyataan, apabila Umno Kedah memberi lampu hijau kepada beliau untuk bertanding.

Bagi AYT, meskipun pengalaman Mukhriza agak singkat, dalam dua tiga tahun ini tidak begitu menonjol namun ini semua kita serahkan kepada perwakilan nanti.

No comments:

Blog Archive