Monday, September 16, 2013

Pemilihan Umno: Kedudukan Naib Presiden Semakin Terbuka

Pengumuman Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman semalam, bahawa pada Pemilihan Parti kali ini, beliau tidak bertanding Naib dan juga tidak mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

Melalui pengumuman itu, maka pertandingan bagi kedudukan Naib semakin terbuka antara lima calon yang telah menyatakan bertanding dalam jawatan itu. Mereka yang telah mengumumkan bertanding termasuklah tiga penyandang jawatan itu dan disertai mantan Ketua Menteri Melaka- Datuk Ali Rustam dan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan- Tan Sri Isa Samad.

Datuk Zahid Hamidi, Datuk Hishamuddin Tun Hussien dan Datuk Saife Apdal adalah penyandang jawatan naib.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang merupakan calon poular di kalangan ahli, selain di dunia siber, setakat ini masih menimbang, apa kah beliau masuk gelangang bertanding jawatan Naib atau akan mengikuti jejak Datuk Musa Aman.

Berasaskan tindak balas semasa, sekiranya, Mukhriz, tidak masuk gelanggang bagi jawatan Naib, persaingan sengit masih berlaku antara empat calon favorite- Zahid-Safie-Ali- Hishamuddin. Sekiranya Mukhriz, masuk gelaanggang, senario lain akan berlaku.

Berasaskan maklum balas daripada akar umbi, jika Mukhriz bersedia masuk gelanggang merebut jawatan Naib, beliau dikatakan akan menang mudah, dan besar kemungkinan mendapat urutan pertama. Sementera untuk kedudukan dua Naib lagi, salah satunya bakal diisi oleh Zahid, sementara yang ketiga, Safie-Ali dan Hishamuddin mempunyai peluang yang hampir sama.

Namun, atas pengumuman Musa, tidak bertanding sebarang jawatan pada Pemilihan kali ini, Safie dan Ali akan bersaing ketat untuk mendapatkan slot yang ketiga. Safie bersandarkan kepada undi Umno Sabah selain rasa terima kasih perwakilan kepada Umno Sabah dan sokongan rakyat Sarawak yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Bn untuk terus menduduki Putrajaya. 

Safie akan mendapat saingan daripada Ali Rustam, atas faktor simpati kepada mantan Ketua Menteri Melaka itu. Ali mempunyai sokongan yang luas daripada semua peringkat akar umbi. 

Sekiranya Mukhriz, membuat keputusan tidak menyertai pertandingan Naib, senario lain akan berlaku. Besar kemungkinan, perwakilan, akan membariskan Zahid- Safie-Ali dan tetap mengenepikan Hishamuddin. Isa dikhabarkan hanya berstatus meramaikan demokrasi dalam parti.

No comments:

Blog Archive