Wednesday, September 25, 2013

Pemilihan Umno: Apa Peluang Calon Yang Ditolak Rakyat dalam PRU?

SEBENARNYA tiada pilihan alternatif yang boleh diberikan oleh seseorang calon yang pernah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya.

Kekuatan parti sebenarnya dilihat daripada sokongan rakyat secara umum, bukannya sokongan ahli parti itu sahaja terhadap seseorang calon.

Bagi seorang calon yang telah ditolak oleh rakyat, atas alasan apa atau asas apa yang beliau boleh berikan kepada umum, meskipun mempunyai kedudukan hebat dalam parti yang dinanuginya.

Pada pemilihan parti Okotber ini, ada beberapa calon yang menawarkan diri merebut kepimpinan barisan depan parti; namun trek rekod mereka tidak mendokong untuk dipilih kepada kedudukan itu.

Ambil lah contoh, calon Ketua Pergerakan Wanita- Datuk Shahrizat Abdul Jalil. Beliau adalah mantan Menteri Penuh Kabinet Persekutuan. Pada PRU-12 lalu, semasa bertanding mempertahankan Kerusi Parlimen Lembah Pantai, beliau masih berkedudukan sebagai Menteri; namun beliau ditolak oleh rakyat di kawasannya.

Pada PRU-13 lalu, beliau tidak bertanding; julung kali bagi seorang Ketua Pergerakan Wanita Umno tidak bertanding dalam Pilihanraya.

Sayogianya berasaskan kepada tindak balas rakyat secara umum terhadap beliau, maka beliau perlu memberi laluan kepada pemimpin lain dalam pergerakan itu yang masih diterima rakyat secara umumnya; agar supaya Pergerakaan itu mempunyai penghormatan di mata rakyat jelata.

Diakui, di lingkungan pemimpin wanita, Shahrizat masih popular, namun di peringakat akar umbi, kepimpinan beliau belum tentu sepopular seperti mana digambarkan oleh para pemimpin wanita tersebut.

Untuk memenuhi semangat transformasi dalam parti, meskipun Shahrizat masih bertanding, namun beliau ditentang oleh seorang pemimpin wanita yang tidak kurang hebatnya. Datuk Maznah Jalil daripada Pahang, selain berpengalaman sebagai ahli Parlimen dan mantan Timbalan Menteri dalam kabinet Persekutuan, beliau kini masih merupakan seorang ADUN di negeri Pahang. 

Jika Maznah bakal dipilih dalam mengetuai Pergerakan Wanita, beliau bakal menjadi GAME CHANGER kepada pergerakan itu, berasaskan kepada latar belakang beliau yang tidak terpalit apa-apa skandal, baik pribadi mahupun berkaitan dengan keluarga.

Satu pendekatan yang amat menarik perhatian, selepas sahaja beliau menyerahkan borang pencalonannya beberapa minit sebelum masa penadaftaran ditutup pada 21 September lalu, beliau kelihatan sungguh matang dalam memberi jawapan bagi sebarang pertanyaan; yang paling menampakan kematangan beliau, bahwa beliau menghindar sama sekali bercakap soal-soal negatif dalaman parti atau calon-calon yang bakal berdepan beliau.

No comments:

Blog Archive