Tuesday, September 17, 2013

Musa Tidak Bertanding: Beri Peluang Kepada Pemimpin Muda

SATU tindakan yang amat JITU daripada Pengerusi Perhubungan Umno Sabah -Datuk Seri Musa Haji Aman, untuk tidak menyertai pertandingan Naib Presiden, mahupun mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi. Walaupun pengumuman itu diterima dengan berat oleh akar umbi; namun penghormatan perlu diberikan kepada beliau.

Walaupun akar umbi memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Sabah itu untuk bertanding sebarang jawatan yang dipilihnya, namun beliau bertindak sebaliknya. 

Keutamaan kepada generai muda/pelapis membarisi barisan kepimpinan Parti, merupakan salah satu objektif transformasi dalam parti; Datuk Musa mengerti itu. Atas sebab itu, walaupun berbagai gesaan, gema daripada akar umbi agar beliau bertanding jawatan Naib Presiden; beliau menyambutnya dengan lapang dada. Gesaan itu, tidak membuatkan beliau terpengaruh, sebaliknya membuat keputusan sesuai dengan semangat Transformasi yang mahu diwujudkan dalam parti.

Ironinya selepas Musa, mengumumkan hasratnya untuk tidak merebut sebarang jawatan, secara kebetulan, mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno selama 22 tahun, menulis, beliau sambil berkata, "umno sudah tua" dan "bakal mati".

Maksud tersirat daripada Tun Dr Mahathir itu, jika barisan pelapis tidak diberi peluang mengambil alih kepimpinan parti, parti hanya menunggu waktu untuk ditalkinkan.

Sesuai dengan pembaharuan dalam sistem pemilihan parti pada 19 Oktober ini, adalah diharapkan para perwakilan yang hampir 150,000 itu mengambil iktibar pesaan Tun Dr Mahathir itu semasa membuat pilihan, agar supaya, generasi yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan parti kekal dan senantiasa relevan.

Tidak mudah untuk berundur daripada tampuk kuasa. Tidak mudah membuat keputusan untuk tidak merebut sebarang jawatan parti, apatah lagi, kedudukan itu, adalah kedudukan yang boleh dianggap sebagai barisan ketiga parti. Datuk Musa membuat keputusan, menolak sebarang permintaan, kerana beliau berpendirian, sudah tiba masanya, Parti dibarisi oleh tenaga muda yang berwawasan dan yang berkemampuan daripada segi tenaga, fikiran dan sudah tentunya masa.

Sebagai pemimpin veteran, Musa menumpuhkan kepimpinannya di peringkat negeri, dan dalam masa yang sama beliau dalam proses untuk menampilkan para pemimpin yang boleh diketengahkan untuk barisan kempimpinan di masa depan.

Musa memberi peluang kepada generasi muda yang mewakili Umno bertanding pada PRU-13 yang lalu, dan melantik generasi muda menganggotai kabinetnya. Perlantikan Datuk Tawfik Abu Bakar sebagai Menteri Penuh dalam kabinet Negeri, dan Perlantikan Datuk Rahman Datuk Dahlan dalam kabinet Persekutuan, selain perlantiakan Ketua Putri sebagai Timbalan Menteri merupakan proses regenerasi kepimpinan yang berlaku dalam barisan pemimpin Sabah.

Bukan setakat tiga wakil rakyat yang disebutkan di atas sahaja, Musa memberi peluang kepada generasi muda menyertai barisan kabinet dan menduduki jawatan pembantu menteri. Antaranya Adun Tempasuk- Datuk Musbah Jamli; ADUN Pitas- Datuk Bolkiah Ismail. Selain itu, beliau memberi peluang generasi pelapis untuk dilantik sebagai Setiausaha-setiausaha politik, baik di Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian-kementerian lain.

Musa mengerti pesanan Tun Dr Mahathir itu, persoalannya mengapa Musa sahaja yang mengerti? Apa kah pemimpin yang terlalu lama duduk dalam singgahsana kepimpinan, tidak mengerti maksud Tun Dr Mahathir itu? atau kah mereka, mahu parti ditalkinkan bersama mereka?

Keputusan Musa, tidak bertanding merebut jawatan parti, adalah isyarat memberi ruang kepada pemimpin muda untuk bertanding. Datuk Salleh Tun Said adalah salah seorang pemimpin muda yang boleh berbicara di barisan hadapan. Semoga, beliau merebut peluang ini, kerana sebagai pemimpin yang pernah menduduki barisan Ahli Majlis Tertinggi untuk beberapa penggal, sudah tentunya, nama beliau tidak mudah untuk dilupakan.

No comments:

Blog Archive