Sunday, September 15, 2013

Kumpulan Chin Su Phin Tersilap Langkah: VKLiew

KUMPULAN Timbalan Presiden LDP yang digantung- Datuk Chin Su Phin bersama Mantan Setiausaha Agung Parti itu, yang bermesyuarat pada 10 September, sudah terlambat bertindak. Kumpulan mereka menggunakan Perlembagaan Parti untuk melucutkan Jawatan Presiden Parti itu Datuk VKLiew, sebenarnya secara TERSIRAT telah mengakui TINDAKAN Presiden itu, mengunakan Perlembagaan Parti melucut/memecat/menggantung pemimpin/ahli yang melanggar disiplin parti.

Pada 27 Ogos lalu, VKLiew telah memecat Setiausaha Agung yang dilantiknya pada tahun 2006, kerana melanggar keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan pada 9 Jun 2013. Manakala mesyuarat Majlis Presiden pada 31Ogos, telah menggantung Jawatan Timbalan Presiden itu, kerana melakukan berbagai tindakan bercanggah dengan hala tuju Parti.

Berasaskan Perlembagaan parti Komponen BN Sabah yang tertua itu, Sebarang Keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamad dan inclusive, tidak boleh dipersoal, termasuk mana-mana mahkamah. Ertinya sesiapa sahaja pemimpin atau ahli, yang melakukan TINDAKAN berecanggah dengan KEPUTUSAN Majlis Tertinggi, dianggap melanggar disiplin Parti, atas sebab itu, seseorang/kumpulan pemimpin/ahli itu perlu dilucutkan/digantung daripada sebarang jawatan jika memegang jawatan.

Dalam perlembagaan Parti itu juga, Presiden mempunyai Kuasa melucutkan/menggantung sesiapa sahaja pemimpin/ahli yang dianggap bertindak melanggar KEPUTUSAN majlis Tertinggi, dan Presiden mempunyai KUASA menggantikan mereka yang dilucutkan/digantung itu dengan pemimpin baru.

VKLIEW dalam bertindak sesuai dengan kandungan Perlembagaan Parti, dan menyelamatkan Parti, telah BERTINDAK daripada 27 ogos sehingga 8 September. Manakala, kumpulan Chin dan Teo, BERTINDAK tidak sesuai lagi DENGAN SEMANGAT Perlembagaan Parti, dan MENURUT pemerhati politik, TIDAKAN mereka itu SUDAH TERKELUAR DARIPADA PERLEMBAGAAN.

Pada Mesyuarat Tahunan N19 Kapayan hari ini di Kota Kinabalu, apabila ditanya berhubungan dengan Tindakan Kumpulan Chin, memecatnya, Ketua Bahagian LDP Kapayan itu berkata, ringkas "tindakan itu tidak sah). "mereka tersalah langkah". 

Kalaulah MEREKA mempergunakan SEMANGAT PERLEMBAGAAN Parti, mengapa MEREKA terpaksa menunggu 11 Hari baru bertindak? Sebenarnya, jika mereka membaca PERLEMBAGAAN parti, mereka TELAH KEHILANGAN HAK BERCAKAP SEBAGAI PEMIMPIN PARTI. Mereka harus TAHU, bahawa BERCAKAP PALSU, MERUPAKAN SUATU KESALAHAN DARIPADA SEGI UNDANG-UNDANG DALAM NEGARA.

Pada Mesyuarat Agung Tahun Bahagian Kepayan hari ini, Timbalan Presiden yang BARU, Datuk Pang Yu Ming turut hadir.

No comments:

Blog Archive