Saturday, September 21, 2013

Krisis LDP: Kumpulan Teo dan Chin Terperangkap Dengan Tindakan Mereka Sendiri

TINDAKAN Kumpulan Chin Su Phin dan Teo Chee Kang yang menarik balik Saman mereka terhadap
Presiden LDP VKLiew, pada 5 September, menunjukkan mereka terperangkap dengan tindakan mereka sendiri. Mereka menyedari bahawa mereka tidak mempunyai locus standi dalam perlembagaan parti. 

Walaupun keduanya dan bersama-sama beberapa AMT parti itu yang telah dipecat daripada kedudukan masing-masing, namun mereka masih merasa bahawa mereka mempunyai kuasa bercakap mewakili parti. 

Tindakan terkini mereka, kononnya mereka berjaya mengumpul 484 tandatangan daripada 801 perwakilan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM), dan mereka mendakwa telah memaklumkan pihak ROS berhubungan dengan tindakan mereka itu.

Berhubung dengan tindakan kumpulan terbaharu daripada Chin dan Teo itu, AYT mendapat maklum balas daripada Datuk VKLiew dan Setiausaha Agung Parti itu- Lorretto Sapin S Padua Jr dan mendapat jawapan "invalid" dan "Never valid".

Kemelut LDP bermula pada 27 Ogos lalu, apabila Setiausaha Agung Parti itu Datuk Teo Chee Kang yang junga Menteri Tugas-Tugas Khas pada Kabinet Sabah merangkap ADUN Tanjong Kapor dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung.

Berikutan kemelut dalaman dalam parti itu, Presiden parti itu Datuk VKLiew mempergunakan Perlembagaan Parti untuk mengwujudkan keharmonian dalam parti. 

Dipihak yang sama, apabila Kumpulan Chin dan Teo menyadari bahawa tindakan awal mereka tidak berasaskan perlembagaan parti, maka pada 10 September mereka menggunapakai Perlembagaan Parti, seperti mana yang digunapakai oleh VKLIEW; namun mereka tiada locus standi lagi bercakap berkaitan dengan Parti, jika dilihat kandungan Perlembagaan Parti mereka sendiri.

Kumpulan Chin dan Teo terlambat 11 hari menghayati kandungan Perlembagaan Parti mereka, apabila tersedar berkaitan kandungan Perlembagaan, bahawa tindakan VKLIEW adalah seperti mana terkandung dalam Perlembagaan Parti itu, mereka akhirnya akur dengan kandungan Perlembagaan, dan kini mereka cuba bertindak sesuai dengan Perlembagaan parti.

Bagi penyokong Barisan Nasional, melihat krisis dan kemelut yang berlaku dalam komponen BN Sabah yang tertua itu, dan satu-satunya parti tempatan yang berasaskan kaum Cina perlu diselesaikan, agar tidak mempengaruhi prestasi BN pada PRU-14 akan datang.

Sebahagian Penganalisis Politik tempatan melihat kemelut dalaman parti LDP disebabkan perebutan kuasa yang tidak perlu berlaku.

VKLIEW sebagai seorang Presiden parti yang dilihat tiada kuasa kerajaan dan dilihat tidak mampu memberikan "handout" kepada kumpulan konsultan dan kontraktor yang mengelilingi Timbalan Presiden parti itu; bertindak mencari "bos" baru, dengan mengpengaruhi Teo Chee Kang merebut jawatan Presiden Parti.

VKLIEW sebagai Presiden Parti itu, sebenarnya terperangkap oleh tindakan para pemimpin partinya sendiri, kerana akibat kekalahan di Parlimen Sandakan pada PRU-13 lalu.

Sebenarnya, sebagai Presiden boleh sahaja memilih kawasan yang selamat baginya untuk bertanding; namun beliau tidak melakukan itu, sebaliknya terus mengambil risiko kalah di kawasan yang tidak selamat bagi BN, seperti Parlimen Sandakan.

Para pemimpin LDP seperti Chin, tidak melihat bagaimana seorang Presiden terpaksa berkorban, dan tidak mahu mengambil peluang kawan-kawannya dalam parti, sebaliknya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk menang, contohnya kemenangan Charlie Pang di di DUN Karamunting. Charlie adalah muka baru dalam PRU-13 lalu.

VKLIEW sebagai Presiden Parti melakukan pendekatan yang amat sederhana dalam perjalanan parti, atas sebab itu, apabila timbul kecaman Mantan Timbalan Presiden Parti itu terhadap Datuk Musa Aman, beliau mengambil pendekatan mencerahkan suasana.

Apa kah kesudahan kemelut dalaman LDP? kerana pengalaman kita, banyak sudah berlaku kemelut dalam parti-parti kompnen BN seperti PBDS, SNAP di Sarawak, dan berakhir dengan penubuhan parti baru. Apa kah LDP berhadapan dengan nasib yang sama? Sama-sama kita Tunggu.

No comments:

Blog Archive