Thursday, September 26, 2013

Kedah Bakal ada PRK: Tan Sri Azizan Razak Meninggal Dunia

ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pagi Khamis.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir. Pada Rabu, dilaporkan bahawa Azizan Abdul Razak, 69, berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital.

Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1.00 pagi Rabu dan beliau mengalami serangan jantung pada pukul 3 pagi.

Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.

Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengah hari Rabu.

Kaki Azizan itu telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Bekas Menteri Besar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dimasukkan ke hospital swasta di sini pada 6 Mei dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama.

Beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah bulan lepas.

No comments:

Blog Archive