Friday, September 27, 2013

DAP Kehilangan Satu kerusi DUN

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Dr Hiew King Cheu sebentar tadi mengumumkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan bekas Penasihat DAP mengesahkan perkara itu di sini. 

Dengan itu, King Cheu dipercayai ADUN pertama keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas di negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Beliau akan menghantar surat peletakkan jawatannya ke Ibu Pejabat DAP Pusat, hari ini.

King Cheu setakat ini bagaimanapun enggan memberikan sebab keluar DAP sebaliknya ketika dihubungi Berita Harian, beliau akan memberikan kenyataan pebuh berhubung perkara itu petang ini selepas menghantar notis kepada parti.

Pada 12 Ogos lalu, King Cheu meletak jawatan sebagai Penasihat DAP berikutan pertelingkahan antara wakil rakyat DAP berhubung isu pelantikan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

DAP Sabah mahukan ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing dilantik Ketua Pembangkang tetapi King Cheu mencadangkan semua 12 ADUN pembangkang mengangkat tangan bagi memilih Ketua Pembangkang.

No comments:

Blog Archive