Wednesday, July 24, 2013

Saya Bukan Perosak Agama: Rahman Dahlan


Baru-baru ini, beberapa pihak membangkitkan dakwaan kononnya saya menyokong agar kitab Bible dibakar. Hakikatnya, semua dakwaan itu tidak berasas dan lebih cenderung sebagai khabar angin serta cerita pihak ketiga sebelum keadaan diburukkan oleh tindakan media alternatif yang memutarbelitkan kenyataan.

Dalam sidang media pada Khamis, 18 Julai 2013 lalu, saya ditanya oleh wartawan daripada MalaysiaKini sama ada Ibrahim Ali juga patut didakwa kerana dikatakan mendesak supaya kitab Bible dibakar.

Saya jelaskan kepada wartawan berkenaan, mulanya memang saya kecewa apabila mendapat tahu kononnya Ibrahim Ali menggesa supaya Bible dibakar. Saya mahukan penjelasan perkara itu daripada Ibrahim Ali kerana ramai rakyat di kawasan saya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beliau berhubung kenyataan kontroversi itu.

Seperti jelas dilihat dalam transkrip sidang media itu, saya tidak pernah menyatakan sokongan terhadap gesaan supaya Bible dibakar oleh sesiapa pun. Saya juga tidak menghasut orang Islam supaya merampas Bible daripada penganut Kristian di negara ini dan membakarnya kerana didorong api kemarahan.

Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan perosak agama (Religious Bigot).Mereka yang mengenali saya secara peribadi sebagai individu dan ahli politik, serta mengetahui apa yang saya lakukan selama ini sebagai Ahli Parlimen, pasti bersetuju dengan saya. Saya dididik dan dibesarkan oleh orang tua saya supaya menghormati agama lain dan saya berpegang teguh kepada nasihat ini sepanjang menjadi 
ahli politik. Saya mencuba sedaya upaya untuk berlaku adil, jujur dan telus di tengah-tengah kemelut pelbagai isu kontroversi berkaitan perbincangan agama.

Pertama, saya akui ini adalah satu daripada isu yang mencetuskan pertikaian di kalangan penganut Islam dan Kristian. Justeru, saya ingin menyatakan secara terbuka bahawa saya menyokong penuh penyelesaian 10 perkara yang dicetuskan Perdana Menteri pada April 2009. Malah, saya turut menekankan perkara itu kepada pengundi di kawasan saya semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Kedua, saya tidak pernah menyentuh isu kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana sesi perbahasan di Parlimen. Saya sedar, jika saya berbuat demikian, ia akan tambah memarakkan ketegangan hubungan sedia ada antara penganut Islam dan Kristian di negara ini. Saya mahu isu ini diselesaikan tanpa perlu diadu-domba dengan unsur politik.

Ketiga, saya membelanjakan satu pertiga daripada peruntukan tahunan Parlimen antara lainnya bagi menaik taraf gereja dan membiayai acara keagamaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian yang majoriti penduduknya beragama Kristian.

Akhirnya, selaku Ahli Parlimen, saya bukan saja membantu membiayai umat Islam mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci tetapi turut menyokong usaha menghantar penganut Kristian ke Baitulmaqdis.

Bagaimana saya boleh dituduh sebagai pentaksub agama apabila 45 peratus daripada rakyat dalam Parlimen Kota Belud beragama Kristian?

Justeru, soalan saya - apakah pemimpin DAP perlu melihat segala isu di luar konteks sebenar dan menganggap saya sebagai pentaksub agama sedangkan hakikatnya bukan itu yang berlaku dalam sidang media Khamis lalu?

Izinkan saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah langsung membangkitkan isu membakar Bible dalam sidang media itu, selain memetik penjelasan Datuk Ibrahim Ali kepada saya.

Untuk menjernihkan kontroversi ini, saya kepilkan bersama transkrip asal tanpa suntingan sesi sidang media berkenaan di bawah.

Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus-menerus menuduh saya mahukan Bible dibakar. Isu ini terlalu serius dan berbahaya untuk dijadikan strategi politik pembangkang. 
Salam,
YB DATO ABDUL RAHMAN DAHLAN
************************************************

Transkrip asal tanpa suntingan Sidang Media saya
-------
Sidang Media bermula dengan taklimat ringkas saya mengenai kempen Ops-Raya dan Anti-Buang Sampah oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, dua agensi di bawah Kementerian saya. Selepas itu saya buka soalan kepada para wartawan yang hadir. Seorang wartawan Malaysia Kini, Ahmad Fadli KC, kemudiannya menanya beberapa soalan kepada saya.

Berikut adalah transkrip perbualan saya dengan wartawan tersebut. Transkrip ini adalah yang asli dan tidak lansung diedit untuk rujukan semua pihak.

MalaysiaKini Reporter (MK): Merujuk kepada pasangan blogger sex yang menghina Islam ni, ada sebahagian masyarakat mempertikai kenapa personaliti lain yang juga kelihatan seperti mempersenda agama lain dan menghina agama lain tidak diambil tindakan. So what is your take on this whole issue?

Dato' Abdul Rahman Dahlan (DARD): Yang statement mana yang menghina agama? Seperti mana?

MK: Saya kira sebahagian masyarakat mempertikai kenapa Datuk Ibrahim Ali...

DARD: What did he say? What did Ibrahim Ali say?

MK: Tentang sebelum ini gesaan beliau untuk membakar bible...

DARD: Are you sure? Are you sure Ibrahim Ali said that?

MK: Well... It’s reported...

DARD: It is reported... Well I was... Do you want me to say this in English? You are from where?

MK: MalaysiaKini

DARD: You want this in English or Malay?

MK: It’s up to you Dato'.

DARD: Ok... Insiden ini begini... Pada saya, sebenarnya...pasangan Alvin dan Vivian ini bukan ini saja video ataupun gambar yang offensive. Kalau kita tengok dalam Facebook dan juga channel YouTube mereka...banyak lagi perkara-perkara yang ditonjolkan oleh pasangan ini yang betul-betul melanggar tatasusila dan adat resam kebanyakan rakyat Malaysia.

This is not about your right, this is about maintaining harmoni kehidupan kita. Dan fakta bahawa mereka telah meminta maaf itu menunjukkan mereka telah mengakui mereka membuat kesilapan yang besar.

Negara kita ini, yang saya khuatirkan ialah apabila kita tidak mengambil tindakan-tindakan tertentu, ianya akan melibatkan pergeseran agama.

Dalam sejarah manusia ini, pergeseran agamalah yang paling susah (untuk) kita selesaikan apabila ianya bermula.
Amat penting untuk kita melihat ini sebagai pengajaran kepada kita. 

Dan (dalam kes) Alvin dan Vivian ini, konteksnya jauh lebih besar, bukan saja di sini tapi di Singapura dahulu.

Dan kalau kita tengok channel YouTubenya, dia hanya pakai pakaian yang betul-betul menjolok mata...menggunakan perkataan-perkataan yang betul-betul terlalu lucah dan ini adalah sebahagian daripada reaksi rakyat kepada pasangan ini.

Dan saya setuju kejadian seperti ini tidak boleh diulangi dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang cepat untuk menangani isu ini.

Berkenaan dengan Ibrahim Ali, soal tentang contohnya membakar kitab...

I interviewed Ibrahim Ali. I was very upset juga sebab saya mewakili ramai pengundi yang bukan Islam di kawasan saya. Dan mereka memberitahu kepada saya kenyataan Ibrahim Ali itu tidak betul.
Tetapi apabila saya bertanya kepada Ibrahim Ali, apa yang berlaku pada waktu itu ialah ada kitab al-Quran yang mungkin tersalah cetak dan tersalah tulis diedarkan ataupun yang tidak betul ditulis dan diedarkan di sekolah-sekolah.

Saya difahamkan jawapan beliau ialah cara untuk melupuskan kitab suci al-Quran yang dianggap salah tafsiran, salah huruf, salah menulis ialah dengan membakar kitab (tersebut)... Ataupun kitab injil, kitab-kitab suci ini...ada cara di dalam agama Islam untuk melupuskan kitab-kitab suci termasuk kitab Bible. Dan membakarnya itu...menjadikannya abu dan ditebarkan di air adalah sebahagian daripada cara untuk kita melupuskan kitab-kitab suci yang kita mungkin terasa tersalah taip, tersalah tulisan. Other than that, you throw it in the garbage! Which one is more humane (berperikemanusiaan)? Which one is more respectful? Itu yang Ibrahim Ali kata.

Tetapi seperti biasa, portal-portal tertentu pusing dan mengatakan itu adalah kenyataan untuk membakar kitab injil. It’s not right...
In our religion, there is a respectful way of disposing sacred books. 

You have a choice (either) throw it in the dustbin and it goes into the dumpsite (landfill) or you burn it, kumpulkan ashes nya, simpan dalam plastic and then we go in the middle of the sea, recite some special doa, and then you buang di dalam air. You see, it’s a big difference you know.

But of course some portal would like to turn it the other way around. Ok? Alright. Thank you.
*Sidang Media tamat*

No comments:

Blog Archive