Tuesday, July 02, 2013

Antara PAU dan PRK Kuala Besut

KALAU calon BN menang, sudah tentu sedikit impaknya terhadap Perhimpunan Agung Umno (PAU) menjelang sepetember. Namun kalah, sudah tentu banyak cerita yang bakal timbul.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut walaupun milik Bn sejak PRU-2004, namun kawasan itu pernah dimenangi calon Pembangkang, iaitu PKR pada tahun 1999. Pada tahun 1999, Terengganu di menenagi Pembangkang, sebelum berjaya dirampas BN pada PRU 2004.

Pada PRU-13 lalu, Terengganu masih di menangi BN dengan 17 Kerusi DUN berbanding PR 15.

PRK Kuala Besut, dikatakan sebagai PRK yang sangat kritikal baik pada BN mahupun PR, atas sebab jika BN kalah pada PRK itu, maka akan berlaku kedudukan seri antara kerusi BN dan PR, 16-16.

Ada yang mengatakan bahawa BN akan terus memerintah kerana ada kelebihan di Dewan Undangan, kerana Speaker mempunyai satu undi, yang pastinya akan memihak BN, kerana Speaker adalah ahli BN.

Kerusi DUN Kuala Besut, pasti mahu dipertahankan oleh BN, apatah lagi Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno mengetuai pilihanraya kecil itu. 

Pada PRU-13 lalu, kawasan itu dimenangi Dr A Rahman daripada BN, namun telah meninggal pada 26 Jun lalu kerana kanser.

No comments:

Blog Archive