Wednesday, May 15, 2013

Noh Omar dan Shaziman antara Menteri Yang Digugurkan

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor antara nama yang digugurkan daripada senarai barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu.

Masing-masing sebelum ini memegang jawatan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani dan Menteri Kerja Raya.

Bukan itu sahaja senarai Kabinet kali ini menunjukkan penyertaan paling ramai wakil Sabah dan Sarawak dengan pelantikan 11 menteri dan timbalan menteri dari kedua-dua negeri berkenaan yang menunjukkan keyakinan Perdana Menteri dalam memenuhi aspirasi rakyat di Malaysia Timur.

Mereka termasuk Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup, Nancy Shukri, Datuk Joseph Entulu Belaun (semua Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Turut dilantik Datuk Richard Riot Jaem (Menteri Sumber Manusia), Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Menteri Tenaga, Air dan Teknologo Hijau) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Datuk Rohani Abdul Karim ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) turut tersenarai dalam barisan Kabinet baru kali ini.

No comments:

Blog Archive