Thursday, May 09, 2013

Kaum Melayu/Bumiputera tolak Anwar

Tiga negeri penyumbang utama kepada kerusi-kerusi Bn iaitu Sarawak, Sabah dan Johor. Tiga negeri itu menyumbang 68 kerusi parlimen daripada 133 yang dimenangi Bn pada PRU-13 lalu.

Sarawak menyubang 25 kerusi, Sabah 22, manakala Johor 21.

Negeri-negeri lain yang menyumbang kerusi kepada Bn adalah Perak-12; Kedah-10; Pahang-10; Kelantan-5; Negeri Sembilan-5; Selangor-4; Terengganu-4, Perlis-3; Labuan-1 dan Putrajaya-1.

Manakala daripada segi parti, Umno menyumbang 88 kerusi diiukti PBB-14. Meskipun MCA mengalami kekalahan teruk, namun parti itu masih menyumbang 7 kerusi parlimen. Parti-parti yang turut menyumbang kepada kemenangan BN adalah PRS-6; PBS-4; MIC-4; Upko-3; SPDP-1; SUPP-1; PBRS-1 dan Gerakan-1. Parti yang gagal menyumbang di peringkat parlimen adalah LDP dan PPP.

Komponen parti yang mencapai kemenangan 100 peratus adalah PBB, diikuti Umno 88 peratus, UPKO 75 peratus; manakala parti yang mengalamai kekalahan teruk adalah ada lDP-100 peratus diperingkat Parlimen dan PPP, diikuti Gerakan 9 peratus kemenangan; SUPP 17 peratus; MCA-19 perstus dan SPDP-25 peratus kemenangan.

Berasaskan taburan jumlah kerusi, nampaknya melayu/bumiputera adalah penyumbang besar kepada kemenangan BN dengan 117 kerusi.

Berasaskan kepada jumlah kerusi yang dimenagi Bn melalui kerusi melayu/bumiputera, bermakna kaum itu menolak Anwar Ibrahim.

Jumlah kerusi bumiputera itu boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah tanpa penyertaan kaum cina dan india. Namun prinsip BN yang berkongsi kuasa, dengan mengiktiraf sumbangan sekecil manapun sumbangan kaum-kaum lain, maka pembentukan kabinet Persekutuan akan mencerinmin komposisi kaum di negara ini.

Disebabkan MCA telah awal-awal lagi menolak sebarang jawatan, kalau mengalami penolakan daripada kaumnya, maka peranan kaum cina dalam kabinet Najib nanti akan dipikul oleh dua calon kaum yang menang iaitu satu daripada SUPP dan satu daripada Gerakan, serta satu dari PBS daripada Sabah.

No comments:

Blog Archive