Wednesday, May 15, 2013

Jemaah Menteri Malaysia: Bila-bila masa diumumkan- Apa kah Ong Tee Kiat salah satu daripadanya?

MESKIPUN Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan beliau akan dilantik sebagai Senator dan bakal menjadi menteri, namun bagai penyelesaian wakil kaum cina dalam kabinet Najib, nama mantan Presiden dan Menteri itu dikatakan dalam senarai.

Jemaah menteri yang bakal diumumkan bakal diisi berasaskan komposi kaum berasaskan kepada pencapaian parti masing-masing.

Tidak dinafikan, bahawa Umno dan PBB akan mengisi kebanyakan kementerian kemudian diikuti parti-parti bumiputera seperti PRS, Upko dan PBS.

Golongan muda juga akan mengisi antara 2-3 kementerian demikian juga wanita.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dijangka akan dilantik sebagai menteri penuh pada musim ini, memandangkan pencapaiannya pada PRU lalu dengan menggandakan jumlah majoritinya, berbanding calon-calon lain yang mengalami pengurangan majoriti.

Khairy dilihat sebagai asset kepada BN, walaupun dianggap sebagai liabilti kepada parti oleh setengah pihak pada masa lalu; namun berasasan keputusan PRU-13, peranan beliau menarik golongan muda memilih BN, memungkinkan Umno menambah kerusi daripada 79 pada tahun 2008 kepada 88 pada PRU lalu.

Selain itu beberapa golongan muda daripada Sabah dan Sarawak antaranya MP Kota Belud Datuk Rahman Dahalan dijangka akan menyertai jemaah menteri persekutuan pada musim ini.

No comments:

Blog Archive