Latest News

Coret-Coret Kabinet Najib

Barisan kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun diketahui umum melalui pengumuman secara langsung pada jam 5 petang Rabu.

Dalam pengumuman tersebut, antara menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing ialah;

> Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal;

> Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah;

> Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan;

> Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Muka lama yang bertukar portfolio pula termasuklah;

> Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia;

> Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam kini Menteri Kesihatan.

> Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan;

> Datuk Seri G.Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Barisan Kabinet kali ini turut menyaksikan enam timbalan menteri dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Mereka ialah;

> Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya);

> Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat);

> Bekas Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot (Menteri Sumber Manusia);

> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan);

> Bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri) dan;

> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Dan yang digugurkan pula ialah;

> Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan;

> Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

0 Response to "Coret-Coret Kabinet Najib"

Blog Archive