Wednesday, May 22, 2013

Blackout 505: Anwar cuba tutup kegagalannya

PKR mahu menidakan keputusan buruknya  dalam pilihan raya umum (PRU) lalu berbanding PAS dan DAP sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat. 

Meskipun bertanding paling banyak kerusi di peringkat Parlimen iaitu 99 kerusi, tapi PKR hanya menang 30 kerusi Parlimen. Peratusan kemenangannya hanya 30.03 peratus berbanding DAP 74.51 peratus (38 daripada 51); Umno 73.33 peratus (88 daripada 120) dan PBB 100 peratus (14 daripada 14).

Kini PKR bukan lagi parti yang menguasai kerusi dalam barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Anwar  perlu  mendapat belas ihsan khususnya DAP yang memenangi 38 kerusi Parlimen untuk menjadi Ketua Pembangkang.

PAS meskipun hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat, tetapi PAS menguasai jumlah kerusi yang besar di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan 85 kerusi DUN. 

Begitu juga DAP yang mempunyai 95 kerusi DUN di seluruh negara. PKR pula jauh ketinggalan iaitu dengan hanya mempunyai 49 kerusi DUN.

Agak menghairankan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai "pimpinan utama" Pakatan sebenarnya terpaksa bergantung kekuatannya kepada PAS, bahkan kepada DAP. 

Partinya sendiri menjadi parti yang lemah dalam gabungan Pakatan.

Apabila keputusan PRU mendapati BN berjaya mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan, Anwar segera membuat sidang media di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur. 

Apa yang berlaku malam itu, Anwar menayangkan sebuah video kononnya seorang pengundi hantu ditangkap. 

Video berkenaan bukanlah unik dan hanya diambil daripada sebuah Facebook yang mana sudah ramai orang mengetahui keadaan itu lebih awal, termasuklah para media.

Dalam keadaan yang kelihatan tergesa-gesa, Anwar bersama beberapa orangnya pun mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan "Blackout 505".

Dia perlu membuat perhimpunan itu segera dan secara bersiri untuk menutup kelemahannya yang gagal dalam misi menawan Putrajaya. 

Anwar meletakkan kegagalannya  dan cuba untuk mengambing-hitamkan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).

Langkah untuk mengadakan siri perhimpunan "Blackout 505" itu tidak pula mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan pimpinan tertinggi PAS dan DAP. 

Ramai yang mula menyedari bahawa siri perhimpunan itu hanya untuk menutup kelemahan Anwar dan Pakatan secara umumnya di mata rakyat jelata.

No comments:

Blog Archive