Thursday, May 16, 2013

Black 505- Siapa Yang Terlibat

Jumlah pengundi negara melebihi 13 juta sepertimana digunakan pada PRU-13; manakala penduduk negara ini menghampiri 29 juta.

Black 505 yang diaktifkan oleh Anwar bermula malam 8 Mei lalu di Kelana Jaya, kemudian di ikuti Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan dan Ulu Tiram, hanya berjaya mengumpulkan 400,000 menurut MP Pandan Rafizi Ramli.

Apa yang Pakatan cuba tunjukkan dengan jumlah itu? sedangkan jumlah itu hanya 3 peratus daripada jumlah pengundi, selain itu, daripada jumlah itu, adalah penyokong bergerak Pakatan.

Memaksa kehendak minoriti kepada majotiti bukan cara demokrasi, tapi cara paksaan. Bayangkan, jika puak-puak ini diberi peluang berkuasa, sudah pasti mereka akan mempraktikkan menghalalkan cara.

Untuk sementara, kuasa menghalalkan cara belum dipraktikkan di negeri-negeri yang mereka kuasai, atas sebab kerajaan persekutuan, belum lagi milik mereka.

Percayalah, apabila kumpulan tertentu yang dikuasai oleh mereka yang mabuk kuasa dan kedudukan, maka akan mempertahankan kuasa itu dengan cara apapun.

Black 505, yang digerakan oleh Anwar rata-rata disertai remaja kaum cina; atas sebab apa, mereka membayangkan mendapat kuasa politik, seperti mana plan pemimpin mereka; selepas kuasa ekonomi telah dikuasai.

Adalah lumrah, apabila ekonomi sudah dikuasai, maka plan selanjutnya adalah kuasa. Seorang kawan yang kaya raya, pernah berkata " Kuasa politik walaupun dilihat daripada segi kewangan sungguh kecil, namun STATUS membezakan segala-galanya" Sebenarnya ini yang ingin dicapai, oleh golongan itu.

Selain itu, rancangan pihak tertentu daripada negara luar, yang mempunyai rancangan strategik di rantau ini, sedang mempergunakan proxi mereka untuk bertapak, agar supaya mudah diatur mengikut telunjuk mereka.

Negara tertentu itu tidak suka terhadap kerajaan yang mengontrol Selat Melaka, kerana selat itu merupakan laluan antara barat dan timur. 

Pencerobohan Lahad Datu pada awal Februari lalu, ada hubungan dengan perancangan itu, agar supaya satu  kawasan boleh digunakan oleh negara itu bagi menggantikan Subic Filipina.

Disebabkan proxi negara itu kalah dalam PRU-13 secara demokrasi, maka kini mereka menggerakan demonstrasi jalanan, agar supaya rakyat terhasut sepertimana Arab Spring; namun keinginan mereka tidak akan menjadi, kerana majoriti rakyat negara ini masih waras dan mengesan muslihat mereka itu.

Tidak campur tangan pihak polis terhadap himpunan yang mereka lakukan, mencerminkan, bahawa tindakan mereka itu, hanya meliputi penyokong mereka, dan tidak mempengaruhi rakyat majoriti.

Membiarkan mereka melolong ke sana ke mari, pada pada akhirnya akan membosankan mereka sendiri. Selepas itu, berhenti, tanpa penghujung.

No comments:

Blog Archive