Saturday, May 11, 2013

Anwar Meroyan- Lim Guan Eng Happy-Happy

Anwar mendakwa 120,000 hadir di Kelana Jaya pada malam 8 Mei. Kapasiti Stadium yang kecil itu hanya boleh memuatkan 40,000. Namun kerana manusia disusun  bagaikan sadin, maka 120,000 boleh muat.

Mereka yang hadir 80 peratus kaum cina; sesuai dengan keputusan PRU-13, bahawa kaum itu menolak BN.

Sokongan kaum cina melalui tsunami politik kaum itu terhadap BN, atas sebab BN terlalu mengikut permintaan kaum itu apabila didesak. Mereka melihat, bahawa kaum melayu akan cair kalau didesak. 

Kaum cina menolak BN, semasa PRU-13 walaupun mereka tahu tidak akan boleh menumbangkan kerajaan bumiputera; namun mereka memperlihatkan soladiriti agar kaum melayu takut.

Anwar juga tahu, bahawa kaum melayu/bumiputera tidak menyokongnya. Sebagai fakta daripada 222 kerusi parlimen, 117 kerusi menolaknya dan sebahagian kaum cina dan india yang mewakili 16 kerusi menolaknya.

Kini Anwar mempergunakan kaum cina melalui jelajahnya menolak keputusan PRU-13, namun Anwar lupa bahawa salah seorang kaum cina itu kini happy-happy sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua.

Anwar memang orang jalanan. Azmin Ali sekutu utamanya dalam tindakan-tindakan demonstrasi, kini sedar, bahawa beliau dipergunakan Anwar. Azmin sebelum himpunan protes di Kelana jaya, mengutuk himpunan itu. Sebagai membuktikan bahawa Timbalan Presiden PKR itu tidak setuju dengan cara Anwar, beliau tidak menyertai himpunan itu. 

Anwar merencanakan himpunan malam ini di Pulau Pinang. Sudah tentu himpunan itu akan dihadiri ratusan ribu, kerana Pulau Pinang adalah wilayah kaum cina.

No comments:

Blog Archive