Latest News

Anwar bertekad ke Putrajaya- melalui rampasan kuasa

ANWAR cuba mengapikan-apikan rakyat terutama penyokongnya, kononnya dia berhak menjadi Perdana Menteri kerana Pakatan Rakyat mendapat undi popular berbanding Barisnan nasional.

Anwar cuba membohongi dirinya dan juga memesong fikiran penyokongnya dengan hujah undi popular, sedangkan sistem demokrasi negara ini sama dengan United Kingdom atau Australia atau Kanada yang berasaskan sistem berparlimen, di mana penetuan kemenangan pada sebarang pilihanraya berasaskan jumlah kerusi, bukannya undi popular.

Anwar menafikan hak kawasan-kawasan parlimen yang amat luas tetapi kekurangan penduduk dan menyamakan dengan kawasan bandar seperti Bukit Bintang, Petaling Jaya atau Gelang Patah.

Pada PRU-13 yang baru sahaja berlabuh, kebanyakan kawasan bandar memilih Pakatan Rakyat, manakala kawasan luar bandar memilih Barisan Nasional.

Undi popular Pakatan Rakyat diperolehi memelalui sokongan pengundi bandar yang rata-rata di atas 50 peratus jumlahnya berbanding dengan kawasan luar bandar.

Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, undi popular bukan menunjukkan pemenang, melainkan jumlah kerusi.

Pada PRU-13 yang lalu, BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat 89. Kebanyakan kerusi BN diperolehi daripada kawasan luar bandar, manakala PR daripada bandar-bandar.

Malam ini, Anwar menghimpun penduduk bandar di Stadium Kelana Jaya, dan pada Sabtu di Pulau Pinang dan Jumaat di Ipoh Perak.

Anwar bertekad akan menggerakan himpunan penyokongnya sehinggalah kerajaan yang dipilih rakyat melalui sistem demokarsi negara kita tumbang. Anwar mahu mengwujudkan "Arab Spring" di negara ini, sehinggalah dia berjaya merampas kuasa.

Kami rakyat yang cintakan perdamaian, dan menjujung sistem demokrasi berparlimen negara menyeru kepada pasukan keselamatan negara, agar segera menghentikan TINDAK TANDUK ANWAR INI. Kami tidak rela, pilihan kami yang berasaskan sistem demokrasi dirampas dengan cara KOTOR seperti mana dirancang oleh Anwar dan kawan-kawannya.

2 Responses to "Anwar bertekad ke Putrajaya- melalui rampasan kuasa"

DDL said...

Itu sudah pasti!

cahaya pelangi said...

hidung tak mancong, pipi tersorong2.. pun orang hingin tak sedar2 diri lagi... bile le si peliwat ni nak mampos...... virus negara.

Blog Archive