Monday, April 15, 2013

Video Seks: Kenapa Mustafa Ali Enggan Report Polis?

Awal-awal isu video yang dikaitkan dengan Mustafa Ali timbul,blog ini cuba sedaya upaya mengelak untuk membicarakan kes berkenaan. Kerana bagi saya ianya amat memalukan.

Namun begitu apabila Pas dan konco-konconya termasuklah peguam Mustafa Ali yang dengan kurang ajarnya menuduh Umno yang menghasilkan video berkenaan, perasaan simpati saya terhadapnya mula pudar.

Mereka kata itu semua fitnah. Mustafa Ali sendiri pun dalam ceramahnya dua hari lepas juga mengatakan itu fitnah Umno.

Mereka akan cuba sedaya upaya meyakinkan penyokong mereka bahawa itu adalah fitnah.

Saya nak ajak rakan-rakan semua berfikir secara logik. Mustafa Ali bukanlah individu yang menjadi ancaman kepada Umno dan negara. Dia tidak terlibat dengan pihak-pihak asing untuk timbulkan huru hara dalam negara. Dia tidak terlibat merancang keganasan di Lahad Datu. Mustafa Ali adalah antara individu dalam Pas yang pro kerajaan perpaduan. Senang cerita, Umno tidak ada masalah yang besar dengan beliau.

Jadi untuk apakah Umno nak buat satu video lucah untuk mendajalkannya ? Kalau kita nak hasilkan video sebegitu rupa, lebih baik kita buat video yang memaparkan pemimpin-pemimpin Pas yang selama ini lantang menyerang Umno seperti Mahfuz Omar atau Husam Musa.

Kita semua ada fikiran dan akal yang waras. Cuba kita fikir,mampukah Umno untuk menghasilkan satu video yang lengkap dengan suara loghat Terengganu seperti mana percakapan Mustafa Ali selama ini ?

Cuba anda cari di You Tube (maaf tak dapat sediakan link,pakai BB) mana-mana sidang media atau ceramah Mustafa Ali. Anda dengar betul-betul tutur kata percakapannya. Kemudian pandai-pandailah dimana anda nak cari video yang sedang heboh sekarang, dan dengar betul-betul suara lelaki dalam video tu. Bandingkan dengan suara yang di You Tube.

Puak-puak Pas memberi alasan bahawa macam-macam teknologi yang ada sekarang yang boleh digunakan untuk menghasilkan video seperti itu.

Kita tak nafikan memang ada teknologi. Tetapi teknologi yang direka cipta tak mampu menghasilkan sesuatu seperti yang asli dan siap dengan suara loghat Terengganu.

Pas dan Mustafa Ali boleh menipu orang ramai dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah fitnah Umno.

Tapi Mustafa Ali tak mampu untuk menipu dirinya sendiri, menipu isterinya dan anak-anaknya. Isteri tahu pakaian suaminya. Anak-anak pun tahu pakaian ayah mereka.

Sebagai rakan rapat Mustafa Ali, saya yakin Haji Hadi sendiri pun tahu pakaian dan cara Mustafa Ali.

Tapi orang-orang Umno tak tahu yang Mustafa Ali jenis pakai singlet putih di dalam dan seluar dalam crocodile untuk mereka hasilkan video berkenaan.

Kakitangan pejabat Pas pun tahu jenis beg yang selalu dibawa setiausaha agung mereka setiap kali masuk pejabat.

Mustafa Ali kata itu fitnah Umno. Tetapi kenapa sampai hari ini Mustafa Ali tak muncul menafikan kecacatan yang ada dalam video tersebut. Contohnya, mungkin dia boleh kata saya tak pakai singlet jenis begitu. Itu bukan beg saya. Beg saya begini. Paling komang pun dia kata perut lelaki dalam video itu lebih buncit daripada perut saya.

Seperti yang saya katakan semalam,kes ini kes berat. Ianya melibatkan maruah. Bukan setakat maruah laki bini tetapi maruah anak cucu dan cicit. Juga maruah sebuah parti islam yang berusia lebih 50 tahun. Yang pelik kenapa Mustafa Ali dan Pas tidak mengambil langkah membuat laporan polis ? 
Apakah mereka telah mengambil iktibar dari kes laporan polis oleh mantan TPM pada tahun 1998 ? Dimana pada masa itu Anwar membuat laporan polis terhadap buku 50 dalil yang mengatakan dia terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.

Selepas membuat laporan polis berkenaan, ,Anwar meminta Ketua Polis Negara supaya mengarahkan kes berkenaan disiasat oleh SAC II Musa Hasan yang pada masa itu bertugas di bahagian perundangan PDRM. Musa pun terkejut kenapa pula dia yang menjadi pilihan Anwar sedangkan dia bukan seorang pegawai penyiasat dan tidak terlibat dengan kes-kes seperti itu.

Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Musa Hasan adalah adik beradik Fuad Hasan. Dan Fuad Hasan ketika itu seorang Adun di Selangor adalah pengikut setia Anwar. Anwar berharap dengan memilih Musa Hasan maka dia dapat mempergunakan Fuad Hasan bagi mempengaruhi Musa supaya kesnya tidak disiasat dan tahu-tahu Musa umum Anwar tidak bersalah. Tuduhan ke atasnya adalah fitnah.

Rupa-rupanya Anwar silap pilih pegawai penyiasat. Musa Hasan siasat betul-betul kes berkenaan dan adiknya Fuad Hasan pun hampir-hampir ditangkapnya. Siasat punya siasat akhirnya Musa menemui segala bukti yang mengaitkan Anwar dengan kegiatan liwat. Segala laporan dan bukti yang disiasat Musa dibentangkan kepada Tun M. Maka kantoilah Anwar ditangan pegawai penyiasat yang dia sendiri pilih. Sebab itu Anwar benci dan marah semarah-marahnya kepada Tan Sri Musa Hasan.

Bermula dari situlah pemimpin-pemimpin politik tidak berani lagi membuat laporan polis jika ada tuduhan atau skandal yang dilemparkan kepada mereka. Apa yang terjadi kepada Anwar dijadikan pengajaran yang berguna kepada semua orang-orang politik.

Sebab itu dalam kes Mustafa Ali ini, kalau dia yakin tidak bersalah dan difitnah pergilah buat laporan polis. Kalau tak berani nak buat laporan, maknanya ada sesuatu yang tidak kenalah.

Jangan pula bagi alasan hilang kepercayaan kepada polis. Selama ini orang cabut bendera Pas pun kamu buat laporan polis. Tak kan ini kes yang besar yang melibatkan maruah dan kredibiliti, kamu tak mahu repot ?
Akhir kata, kita semua dikurniakan akal fikiran yang waras, maka kita fikirlah dengan terbaik samada apa yang berlaku itu adalah fitnah atau pun tulin. Jangan tipu diri kita sendiri. Terimalah kebenaran walaupun pahit untuk ditelan dan setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Nukilan RBF

3 comments:

Faris Abdat said...

Saya nak ajak kamu berfikir secara logik -

a ) Mustafa Ali diserang oleh UMNO bukan kerana dia Mustafa Ali tetapi kerana dia adalah salah seorang orang kuat PAS.

Sasaran UMNO ialah PAS sebagai sebuah parti - bukannya Mustafa Ali sebagai seorang individu.

Jadi tidak timbul hujah yang UMNO tiada sebab untuk menyerang Mustafa Ali. Hakikatnya ialah sebabnya banyak - yakni untuk menjatuhkan PAS dengan menjatuhkan pemimpin-pemimpinnya.

Pakailah logik bila nak berhujah ya.

2 ) Kenapa UMNO tak serang Mahfuz Omar atau Husam Musa ?

Sebab belum jumpa orang-orang biasa yang wajah mereka seiras dengan Mahfuz atau Husam.

Takkan nak buat video seks Mahfuz Omar nak pakai orang yang wajahnya macam Mr Os kan ?

3 ) Bertaubatlah kamu semua yang menuduh orang lain berzina.

Jika ternyata nanti bukan Mustafa Ali orang di dalam video itu, awak sudah melakukan dosa yang cukup besar.

Tak takut dosa ke ?

Mula-mula video Anwar, kemudian Nurul Izzah ( yang gambarnya blur bukan kepayang tapi berani kata kononnya Nurul Izzah ) dan sekarang Mustafa Ali.

Astaghfirullah hal adzim.

minyakpanas said...

kalau nak buat video tipu baik buat kat presiden party nak buat apa fitnah BALACAI buang masa dan tenaga.... kalau dah keluar tu maknanya betulah tu... tak de masa nak tayang video tipu....

Unknown said...

mule2 mmg lah muke sme mustafa ali 100%

Minit ke 6:43

kalo tgk betol2 masa nak duduk pakai spender, jelas ada TANDA TITIK di dahi pelakon tersebut dan iras muka pelakon itu 70% TAK SAMA seperti muka Mustafa Ali.. Ok.. Kita lihat printscreen seterusnya..



Minit ke 6:46

Tanda didahi pelakon sudah HILANG. Wajah pula berubah dan kelihatan 92% mirip Mustafa Ali..


Minit ke 6:52

Semasa mahu bangun semula dari tepi katil, tanda didahi yang hilang kelihatan semula. Muka pelakon berubah kembali kepada muka di printscreen minit ke 6:43

Blog Archive