Latest News

PRU-13: Pertembungan Ghani Othman-Lim Kit Siang Menjadi Kenyataan

Datuk Abdul Ghani Othman telah dicalonkan bagi kerusi Parlimen Gelang Patah. Dengan pencalonan itu, maka beliau bertembung dengan Lim Kit Siang.

Sementera itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas sementara Datuk Nur Jazlan Mohamaed kekal bertanding di kerusi Parlimen Pulai.

Keputusan Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi itu bertanding di Dun Permas menguatkan spekulasi beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar jika BN kembali memerintah negeri itu selepas pilihan raya nanti.

Pengumuman nama calon BN Johor dibuat oleh Setiausaha Kerja BN Johor, Ramli Bohani.

Ketika nama Ghani diumumkan sebagai calon hadirin memberikan gemuruh kepada beliau.

Ghani ketika ditemui berkata berasa lega sejak 20 hari yang lalu.

Sekurang-kurangnya tiga kerusi tidak diumumkan iaitu, Parlimen Tanjung Piai, dan kerusi Dun Senai serta Pekan Nenas.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan merupakan kerusi milik MCA dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Wakil BN memberitahu penangguhan itu disebabkan oleh penukaran di saat akhir dalam senarai nama calon.

0 Response to "PRU-13: Pertembungan Ghani Othman-Lim Kit Siang Menjadi Kenyataan"

Blog Archive