Monday, April 08, 2013

Parti Pas kini bukan Parti Islam Lagi

KEPUTUSAN parti Pas mencalonkan bukan islam pada PRU-13 ini menguatkan lagi kedudukan Parti itu, bahawa memang sah sudah bukan lagi parti islam sepertimana penubuhannya. Tahun 2009, Pas telah menukar asas perjuangannya daripada menubuhkan negara islam, kepada negara berkebajikan.

Kelab Penyokong Pas yang tergolong daripada rakyat yang bukan beragama islam yang dipengerusikan oleh seorang penganut kuat agama krstian Hu Pang Chow, 58 dan bersama 3 ahli kelab itu akan bertanding mewakili Pas pada pilihanraya kali ini.

Hu akan bertanding di P148 Ayer Hitam Johor. Pada PRU-12, kawasan Parlimen Ayer Hitam dimenangi calon BN Dr Wee Kah Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dengan majoriti 13,909 mengalahkan calon Pas Hussin Sujak.

Hu merupakan ahli Pas sejak tahun 1999 dan menubuhkan Kelab Penyokong Pas daripada kalangan bukan islam pada tahun 2004.

No comments:

Blog Archive