Tuesday, April 09, 2013

Datuk Chua Jui Meng ke Parlimen Segamat

Datuk Chua Jui Meng pada awal pengelibatannya dalam politik adalah melalui MCA, parti kedua terbesar selepas Umno. Selepas berpenggal-penggal mewakili Parlimen Bakri, pada PRU-12 lalu, beliau digugurkan.

Persaingan dalaman dalam parti MCA penyebab utama Chua digugurkan.

Tahun 2010 Chua menyertai PKR dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi PKR Johor. Menjelang PRU-13, Chua bertegang urat dengan Pengerusi DAP Johor bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah. Kerana perbalahan itu, menyebabkan Lim Kit Siang mengambil kawasan itu. Ekoran kejadian itu, Chua menghilang selama dua minggu.

Selepas dua minggu, Chua mengadakan sidang media, menuduh bahawa beliau daripada rumahnhya, yakni Gelang Patah. Sambil itu, beliau mendakwa, belum ada pintu rumah yang terbuka untuknya.

Kini kemuskilan Chua itu sudah terjawab, apabila Anwar mengumumkan bahawa beliau dicalonkan di Parlimen Segamat. Parlimen Segamat adalah kawasan berbatasan dengan Negeri Melaka.

Menurut rekod pengundi Kawasan itu mempunyai undi berdaftar seimbang antara kaum melayu dan kaum cina, dan kira-kira 10 peratus pengundi kaum india.

Segamat diwakili oleh MIC melalui Dr S Subramaniam yang juga Menteri Persekutuan.

No comments:

Blog Archive